Order Guidelines

Tuesday, December 11, 2012

Baju Baju Baru!

Assalamualaikum~

BBB. 3B. TripleB. Itulah yang paling gembira. Baju Baju Baru!!! Kalau setakat BB or 2B or Double B  merangkap Baju Baru tu biasa ngat kan. Kalau Baju Baju, meaning more than one! Ahaks.

Okay saje je nak tayang baju baru kat sini. Sebab ai hepi, jadi kalau hepi, selain dari bersyukur (hehe), ada certain things boleh di share kat blog, like this :D

Okay nak start dengan baju beli online. This kurti I bought from Myntra.com. Tah, tak hingin nak beli pun sebenarnya sebab time tu nak beli si converse merah tu je. Tapi sebab nak guna jugak baucer Rs500 tu, kena minimum purchase Rs1500 sedangkan harga converse merah tu Rs1099 je. Hence hence hence nak taknak kena paksa diri gak beli sehelai baju. Baik terpaksa beli baju dari terpaksa beli benda lain kannnnn. Hah sebenarnya banyak je yang lagi cantik tapi harga dia cam tak cun cun nak kasi total purchase Rs1500. Masalahnya nanti haku kena bayar lebih! Whichhhh haku tak sukeee! Kalau niat dah memang nak shopping mahal-mahal takdelah aku bermati-matian nak guna baucer kan. Haha. So, harga baju ni paling ngam ngam mengikut perkiraan aku. Rs417 kot. Tak ingat dah. Yang lain semua tak ngam. Maka secara automatissssnya juga kasut converse aku menjadi lebih murah.... Wakakakaka hebat en walaupun Math aku dapat band 5 je dalam exam IB ritu. Kahkah


Haha.. ni lah kurti nyeeeewww.. Lengan pendek, so bisa aja dipadankan bersama cardigan labuh mahupun inner tshirt di dalam.. Ingattt! Guna inner tshirt.. perlunya lengan tu tak ketat ye. Kadang-kadang orang pakai inner baju tu je sedangkan kainnya nipis, ketat lak tu kan.

So semalam gua pegi kelas pakai dengan cardigan merah labuh and shawl merah juga. Mapuihhh kalau kerbau nampak ni memang kena lari pecut la kan dah la naik basikal merah mehehehe.. eh kerbau kan binatang yang kejar kalau kaler merah tu? Bukan lembu kan?


Haritu kawan dari Bangalore dan Belgaum datang Manipal untuk datang event Lagenda 2012. Malam time diorang balik tu kitorang gathering classmates MD62 masa kat Kolej Mara Seremban kat foodcourt universiti, and gua pakai kurti baru! Hihi. Time tu pakai dengan inner tshirt. Tudung purple sebab bunga kurti tu kaler purple.. hihi



Lawa en baju ni. Please la kata lawa bukan selalu aku buat review baju sendiri wakakakakaka


Oh and semalam jugak aku pegi kat Patil tailor tu, sebab dulu ada hantar tempah kain sari buat jubah mengikut citarasaku dan kain pasang cotton nak buat kurti satu set dengan seluar dia sekali. Tengok-tengok kurti pakcik tu suruh amik esok.. Nasib jubah ai dah siap. Hehe


Kain murah, upahan juga sangattttt murah kalau nak banding dengan hantar jahit kat Malaysia. Pastinya aku akan tempah baju banyak banyak di India!!! Jubah ni gua mintak pakcik tu jahitkan cam princess cut, ala yang kembang kat bawah tu. Explain laaa kat pakcik tu 'i want it to be broader, wider whatsoever at the bottom part, but not too wide, but wide laaaaah'. Zzzzzz

Yang tak bestnya lengan ni terpendek sikit, memang kena pakai handsock la kan sebab dia tak cukup panjang. Aku kalau lagi panjang lengan lagi suka. Tapi idok le panjang berjeler jeler bebenor tuuu.

Hari ni pegi kelas pakai jubah baru! Hihik

*converse merahku tak dapat tayang lagi sebab tersilap amik saiz kasut, sepatutnya amik UK5 je, ni sebab takut tak muat, gi amik UK6. Panjang la, tapi, sebab susah sangat nak mintak tukar kat Myntra, aku redho je la. Pakai la stoking berlapis lapis nanti :'( esok baru that despatch guy hantar balik kasut tu kat ai sebab semalam gi hantar dulu kat dia before call Myntra untuk tau procedure dia. Ngeng nye ai buat begitu~ hahahahaha

K bai. Assalamualaikum!

1 comment:

  1. salam , nice , sis beli cardigan ue at mane ?? ade ke at Malaysia ae ?

    ReplyDelete