Order Guidelines

Tuesday, December 11, 2012

Baju Baju Baru!

Assalamualaikum~

BBB. 3B. TripleB. Itulah yang paling gembira. Baju Baju Baru!!! Kalau setakat BB or 2B or Double B  merangkap Baju Baru tu biasa ngat kan. Kalau Baju Baju, meaning more than one! Ahaks.

Okay saje je nak tayang baju baru kat sini. Sebab ai hepi, jadi kalau hepi, selain dari bersyukur (hehe), ada certain things boleh di share kat blog, like this :D

Okay nak start dengan baju beli online. This kurti I bought from Myntra.com. Tah, tak hingin nak beli pun sebenarnya sebab time tu nak beli si converse merah tu je. Tapi sebab nak guna jugak baucer Rs500 tu, kena minimum purchase Rs1500 sedangkan harga converse merah tu Rs1099 je. Hence hence hence nak taknak kena paksa diri gak beli sehelai baju. Baik terpaksa beli baju dari terpaksa beli benda lain kannnnn. Hah sebenarnya banyak je yang lagi cantik tapi harga dia cam tak cun cun nak kasi total purchase Rs1500. Masalahnya nanti haku kena bayar lebih! Whichhhh haku tak sukeee! Kalau niat dah memang nak shopping mahal-mahal takdelah aku bermati-matian nak guna baucer kan. Haha. So, harga baju ni paling ngam ngam mengikut perkiraan aku. Rs417 kot. Tak ingat dah. Yang lain semua tak ngam. Maka secara automatissssnya juga kasut converse aku menjadi lebih murah.... Wakakakaka hebat en walaupun Math aku dapat band 5 je dalam exam IB ritu. Kahkah


Haha.. ni lah kurti nyeeeewww.. Lengan pendek, so bisa aja dipadankan bersama cardigan labuh mahupun inner tshirt di dalam.. Ingattt! Guna inner tshirt.. perlunya lengan tu tak ketat ye. Kadang-kadang orang pakai inner baju tu je sedangkan kainnya nipis, ketat lak tu kan.

So semalam gua pegi kelas pakai dengan cardigan merah labuh and shawl merah juga. Mapuihhh kalau kerbau nampak ni memang kena lari pecut la kan dah la naik basikal merah mehehehe.. eh kerbau kan binatang yang kejar kalau kaler merah tu? Bukan lembu kan?


Haritu kawan dari Bangalore dan Belgaum datang Manipal untuk datang event Lagenda 2012. Malam time diorang balik tu kitorang gathering classmates MD62 masa kat Kolej Mara Seremban kat foodcourt universiti, and gua pakai kurti baru! Hihi. Time tu pakai dengan inner tshirt. Tudung purple sebab bunga kurti tu kaler purple.. hihi



Lawa en baju ni. Please la kata lawa bukan selalu aku buat review baju sendiri wakakakakaka


Oh and semalam jugak aku pegi kat Patil tailor tu, sebab dulu ada hantar tempah kain sari buat jubah mengikut citarasaku dan kain pasang cotton nak buat kurti satu set dengan seluar dia sekali. Tengok-tengok kurti pakcik tu suruh amik esok.. Nasib jubah ai dah siap. Hehe


Kain murah, upahan juga sangattttt murah kalau nak banding dengan hantar jahit kat Malaysia. Pastinya aku akan tempah baju banyak banyak di India!!! Jubah ni gua mintak pakcik tu jahitkan cam princess cut, ala yang kembang kat bawah tu. Explain laaa kat pakcik tu 'i want it to be broader, wider whatsoever at the bottom part, but not too wide, but wide laaaaah'. Zzzzzz

Yang tak bestnya lengan ni terpendek sikit, memang kena pakai handsock la kan sebab dia tak cukup panjang. Aku kalau lagi panjang lengan lagi suka. Tapi idok le panjang berjeler jeler bebenor tuuu.

Hari ni pegi kelas pakai jubah baru! Hihik

*converse merahku tak dapat tayang lagi sebab tersilap amik saiz kasut, sepatutnya amik UK5 je, ni sebab takut tak muat, gi amik UK6. Panjang la, tapi, sebab susah sangat nak mintak tukar kat Myntra, aku redho je la. Pakai la stoking berlapis lapis nanti :'( esok baru that despatch guy hantar balik kasut tu kat ai sebab semalam gi hantar dulu kat dia before call Myntra untuk tau procedure dia. Ngeng nye ai buat begitu~ hahahahaha

K bai. Assalamualaikum!

Sunday, December 9, 2012

Our Belgaum Sister Was Here!



Date: 24 November 2012
Where where where?? : Manipal !

Well, that day was the last day of block exam for the BDS students. and guess what, budak budak Belgaum datang Manipal! One of our classmates kat KMS duly study kat Belgaum. Kitorang dari dulu dah declare dak dak satu kelas MD62 ni as siblings, tu pasal tajuk entri ni camtu ha. Haha takleh nak sweet lagi en. Gua ingat lagi, time tu gua dah nak keluar hostel nak pegi exam OSPE for Anatomy, tetiba masa kat floor 2 hostel tu, ternampak Nabila, and ada someone jalan dengan dia kat koridor floor 2 tu. Oleh sebab tak pasang lampu kat koridor tu, nampak samar-samar je la kan and sebab condition mata dah tak berapa nak best ni dengan tak pakai speknya, teruk sikit le nak nampak muka gadis tersebut, tetengok Izzah rupanya! And I was so excited that I ran into her while screaming "IZZAAAAAAH!!!"

Lepas tu tu tu kan, Izzah nampak, lalu Izzah pun berlari dan menjerit namaku! Lalu kami berpeluk sampai Izzah melanggar hidungku. Sakittttt! Haha tu la camne gua jumpe Izzah first time kat Manipal ni. Sumpah rindu gile dowh kat siblings yang luar kawasan Manipal ni.

Then petang tu, kitorang bawak Izzah pegi End Point, well tu je la kan tempat yang menarik kat Manipal ni (yang dekat je ehh.. kalau jauh sikit ada je tempat best) selain dari Museum of Anatomy and Pathology (MAP) kitorang yang gah tu. So, I think I would like to let the pictures do the story telling to you. It's easier, for me and you. Hikhik

Izzah is the one at the centre!

Me with my new bike! Red okayyy. Haha. Oh I bought this secondhan Hercules from a MIT (Manipal Institute of Technology) student, an African muslim :D


End Point garden :)


Syaza's instax


Manipal's and Belgaum's



Iliana Afiqah Nabila Wani Sarah Syaza and I was standing on my bicycle actually haha



Sarah!




Lastly. Syaza kata aku nampak jelita dalam gamba ni wakakakaka kbai.
Assalamualaikum.

Miss you Izzah!
And I miss us, MD62 as a team, siblings and classmates, in A CLASS :)

Monday, December 3, 2012

Hai Saya Berdilemma Sarcolemma

Assalamualaikum.
Izinkan aku menggunakan kata ganti diri 'aku' dan 'gua'  dalam entri ni.

Aku sebenarnya ada krisis sekarang ni. Krisis ni berlanjutan sejak dari sebulan atau lebih yang lalu. Tau la, dok India ni kasut cepat rosak. Kasut pe tah tu yang aku baru beli seminggu before fly kat Mid Valley, harga cam leh tahan la kan. RM69 kot. Kalau gua, memang tak la kan nak beli kasut rege cam tu (kuikui). Gua takat RM40 pun nak sesak nafas dah. Letak kat kaki je pun kan. Hikhik. Namun, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, namun tidak menghasilkan sebarang pelangi o.O''

Kasut tu dah nak hancur! Okay, satu, aku blame maybe kualiti material kasut tu tak good good sangat kot. Dua, aku blame cuaca India yang time baru fly sini dulu, tengah musim monsun. Hujan memanjang makanya kasut tersebut basah kering basah kering lalu trigger ia untuk macam nak mereput kahkah. Tiga, aku blame batu-batu kerikil (ceyyy) kat depan International Hostel ni. Korang bayangkan la, semua batu saiz nak besar-besar penumbuk ni ha. Jalan pun sakit kaki. Apatah lagi kasut yang ada direct contact dengan jalan tu. Memang merosakkan kasut. Well orang lain pun komplen kata kasut cepat rosak pasal jalan tu. Okay jalan tu adalah gua rasa faktor terbesar kasut cepat rosak. Nombor 2 tu abaikan lah. Tak baik en menyalahkan takdir. Hihi

So sejak lebih sebulan yang lalu aku survey kekasut ni kat online shopping sites antaranya Myntra, Jabong, Flipkart mahupun Snapdeal. Tapi kasut yang gua suke tu dalam Jabong la. Converse merah. Masalahnya harga dia Rs.1099 (rm64.65) which sebenarnya standard la kan, tapi sebab bajet kedekut sangat nak cari kot kot ada yang lagi murah, tak jadi beli kasut tu. So berminat jugak dengan kasut Converse kaler turquoise ni, murah je, Rs.800 something, which kalau convert duit Malaysia, around RM48 something camtu la. Tapi aku menggantungkan perasaan nak beli tu...... sampailah sekarang. Tengok-tengok kasut turqoise tu, DAH HABIS... Tahniah Iliana... Eh no, dah habis tu masa a few weeks before ni. Sebab masa tu nak beli beg Nike kat Myntra, so ingat leh order sekali kasut kat Jabong tu, tapi tu la takde rezeki kan. Last last tak beli..

Harini bukak Jabong, tengok-tengok kasut tu dah harga asal balik (sebelum ni ada diskaun), sama harga dengan Converse merah. Cait! Baik aku beli converse merah! Dah la converse merah memang dah lama menjadi idaman kelbuku... hikhik

Tapi, tu la krisisnya sekarang. Now hal duit dah jadi nombor dua (ceyy ingat kaya sangat la tu), and hal kaler tu jadi prioriti. Camne ah? Takut ah susah nak pakai kaler merah ni. Baju dah la tak menentu je kaler aku ni. Kang cam orang gila kang pegi kelas =.= Nak beli sangatttttt dah ni tapi tu je yang jadi penghalang. Makanya, gua pun pegi google "people with red converse sneakers" sebab nak kukuhkan keyakinan dan harapan gua untuk ada converse merah ni hihi. Dan lepas tu rajin lak en nak buat kolaj pasal nak letak kat blog ni. Hehe. Nasib la laptop ni ada apps untuk buat kolaj terus.. senang.. hihi


Hah lawa en. Dah cakap dah.. Dah la ramai orang fofuler pakai converse merah hihi. Well, citarasa orang-orang fofuler memang amat selari dengan ai~ miahahahaha

Oh ada kaki Kristen Stewart dalam kolaj tu. Hihi

Makanya, aku berpandangan ke hadapan untuk order kasut ni *muka serius mata pandang ke arah cahaya matahari*

Pastinya aku nampak lebih yakin dengan secalit warna merah di kaki (wakakakakakaka). Kalau gua dah dapat kasut ni, pasti gua kabarkan di blog ini hihihi

Tak sabarnyeeee. Babai kasut hancurku. Hi adik manis merah ku yang baru~

Masalahnya.....
 aku malas nak order lagi ni, tapi rasa nak je kasut tu ada sekarang, tapi.....



p/s: sarcolemma tu kalau nak tau gi google sendiri. Aku bukan buku physiology di sini.