Assalamualaikum.
Hi.
Hehee
Well
I'M 20!
OFFICIALLY (yada yadaaa)
Hahahaha
Aaaaa no more umur teen teen ni :'(
Hesh 20 tu macam sesuai je nak kawen kuikuikui
Haha.. okay nak share sikit je pasal birthday tahun ni. Before that, ni entri pasal birthday tahun lepas;
Tau tak, 20 tahun ni macam special special walaupun hakikatnya gua sangat menidakkan sangat kehadiran umur 20 ni. Mannn macam tak cool dah hahahahahahhaa. Tapi siapa tau, bila kite macam nak taknak tu la something yang big pulak akan datang kat kite. Seriously. Gua memang tak sangka macam best gila birthday tahun ni. Memula masa minggu lepas, gua dah plan my 20th birthday wishes, nak makan kek and nak pegi pantai. Makan kek tu pasal sepanjang sebulan dok kat manipal ni takpernah lagi makan kek. So, I planned to have my 'birthday celebration' secretly. Macam just pegi foodcourt, beli cake 2 slices, makan, and yeay, happy birthday to me.. Pastu nak ajak kawan pegi pantai on my birthday, without telling them yang that day is my birthday. I just want to keep everything secret. Haha. Tak tau asal weh.
Oh before tu kan, ada sembang dengan Syaza, Mia, and Qila pasal ada sorang ni tulis pasal dia punye best birthday ever sebab dapat kereta Audi and we all like, "Yaaa memang la best, heaven kot dapat Audi as your birthday present", and then cerita cerita lagi pasal birthday, pastu Mia kata dia ingat birthday gua. And I was like "Mia? Ingat birthday kite? Hamagad who shuweeet!" and seraya berkata "Nanti nak tweet la 'Best birthday evaaa sebab ada orang ingat birthdate gua". Hahaha k tapi tak tweet pun cenggitu k.
And akhirnya semua kembali senyap, and tiba2 je bulan Oktober datang, and tengok-tengok dah 13/10. Oh pada hari yang sama minggu lepasnya ialah birthday ayah. How sweet kan. Hehe. Okay masa malam 12/10 tu kan, gua buat benda alah kat bawah ni dalam henpon gua. Pastu instagram masa pukul 12am waktu Malaysia. Masa tu kat India pukul 9:30pm cam tu la.
Pastu skype dengan Fo9. And lepas dah lama-lama sembang dalam skype, barulah tetibe deme nyanyi lagu happy birthday. Haha. Kamaliah kata tu la tujuannya ajak semua skype malam tu. Kamaliah, sho shuweet la. Hahaha. Pastu kawan-kawan KMS ada yang dah start post kat wall FB gua untuk wish birthday. Ermm lepas tu kan, masa pukul 12:00am waktu India, tetiba ada masuk call kat henpon. Nombor nye tak kenal lak tu. Gua pun dah macam "Aih asal lak tempe leh nak tersilap call malam malam buta macam ni? (Pasalnya tempe/ orang local kat sini suke tersalah call ke nombor orang. Tak tau apasal) Pastu jawab la call tu. Dengan confidentnya terus gua cakap "Who's this?" Sekali orang tu cakap "Namaste. Namaste. I love you." -.- Pastu dengar bunyi orang gelak-gelak kat belakang. Dasar! Rupenye Anis, Hedaya dengan Jaie yang call tu! Dasarrr! Hahahaha. Diorang pun wish birthday.
Masa tu kan, Mia or Syaza tak wish pun lagi. Tak tau kenapa tapi gua mesti ingat dua nama ni pasal Mia memang tau birthdate gua, and Syaza, entahla, sebab dia macam mesti akan wish punye! Haha. Tapi, still tak wish. Gua pun macam.. :( haha
And tak berapa lama lepas tu, Wani datang bilik. Ceyy Wani wish birthday, pastu tanya "Diorang tak mai lagi ke??" Okay korang. Wani dah bocorkan rahsie korang weh. Hahahaha. And sembang sembang dengan Wani, and tak lama lepas tu, ada banyak kaki kelihatan kat luar pintu bilik menerusi pantulan kat lantai bilik ewaaaah.
Okay sebenarnya masa mula-mula diorang sampai tu gua ada main sorok2 dalam selimut konon dah tido pastu bila sekali dengar diorang cakap "Takpe laa..." terus laju gua bangun and bukak pintu. Hahahaha. Perghh diorang datang bawak banner happy birthday kot. Tiba-tiba Qila bawak masuk kek yang ada lelilin.. heheheee
The cake
The banner
Ermm nak cerita semua benda memang sumpah tak tido malam gua nak menaipnya. Tapi seronok sangat! Syaza Mia Fiqah Nabila Farah Qila Sarah Wani ada dalam bilik ai malam tu, sembang-sembang, wish birthday, makan kek, and Mia pun menyampaikan hadiah. Hikhik.
Okay senang cakap, birthday surprise kali ni memang surprise sebab aku tak expect apa-apa for this 20th birthday dan bila kite tak expect apa-apa tu la Allah akan beri lebih pada kite. Kan? Seronokkkk sangat malam tu, seriously.
And hadiah tu gua bukak lepas diorang semua balik je.
And this is what they gave me,
Mia, Syaza, lacrimal gland activated gak la untuk keluarkan lacrimal fluid (segan doh nak tulis term biasa hahahaha) bila baca pe korang tulis dalam tu. Kite sukaaaa sangat dengan buku tu! Suka saaaaangat! Kite terharu la pendek cerita. Thanks a lot, korang antara penyumbang terbesar kepada 'Best Birthday Ever' kite. hehe. Oh gua ingat nak bagi buku tu nama AUDI gak. Well, I got an AUDI as birthday present on my 20th birthday gak kan. HAHAHAHAHA. And gua tido pukul 3am lebih masa tu. Haish. Esoknya mengantok dalam kelas -..-
Oh and today, 13/10/2012, hari Sabtu, tapi hari Sabtu kitorang tetap hari sekolah, makanya tetap pegi lecture macam biasa, tapi just half day je la. And tadi lepas habis practical Histo, gua gi duduk kejap kat tepi padang KMC Green ni sebab teringin nak dok situ. Best. Haha. Pastu Husni pun join. Tiba-tiba, Husni kata "Eh kite nak pegi foodcourt kejap la."
And beberapa minit gua tunggu kat situ sambil online, tiba-tiba Husni muncul balik dengan membawa sepotong kek. Auwwww kek lagi? Haha. Okay, another surprise.
Tengahari pulak kan, gua, Farah, Husni, Amy, Ijat, dengan Alia pegi lunch kat Dollops. Gua order chicken egg burger sebab memang dah lama gile teringin nak makan burger Dollops tu. And bila time nak bayar pulak, Amy kata "Eh kamu punye kite bayarkan." Wehhhh? Adegan tolak menolak pelawaan nak belanja tu biasala kan, tapi last-last amy bayarkan jugak sebab dia kata, nak belanja birthday girl :'( terharu amat ni. Koranggg ni memang la. Haha
Hi, i'm Chicken Egg Burger!
Malam pulak, Kak Atiah belanja makan kat Pizza Corner dan ajak menerusi Husni. Haha. Seronokkk! Thanks a lot kak Atiah dan kakak kakak yang lain yang turut memeriahkan suasana. hahahah
Tu tuuu. Orang yang belanja tu yang main tutup tutup mata tuuu. Hahaha
Yan Yan dan Husni
Huuu. What a blessful birthday.
Gua tak pernah rasa macam ni tau.
Dalam sehari dapat bermacam-macam.
Thanks semua orang, membuatkan diriku terasa begitu berharga. Hhahahaha
Takde laaaa. Pasalnya kan, birthday ni jadi lagi bermakna sebab:
1. First time sambut di luar negara.
2. Jauh dari family.
3. Bertukar dari usia belasan ke puluhan adalah sesuatu yang BIG, at least bagi aku la. haha
4. Ramai kawan-kawan yang sangat macam tak berkira, seronok kan?
Oh and tadi masa PBL dalam lecture hall, Farah pegi announce birthday gua lak. Then satu lecture hall nyanyi lagu happy birthday. Awwww malu siottt haha. Habis plan nak rahsiakan birthday hancor luluh musnah! Hahaha
Ni antara wishes yang boleh dikongsikan kat blog. Thanks pada semuuuuua orang yang wish kat FB ke, Twitter, Instagram, Watsapp, Skype, dan ke talian Airtel +919611xxxxxx ai tuuu. Hahaha sangat sangat dihargai, tapi tak dapat nak share kat blog pasal laptop ni gua tak tau cemana nak printscreen. Hahahahaha lame ke tu.
Oh, tadi ayah ada call dari Kelantan. Ayah ke Kelantan pasal kerja, pastu ayah call nak wish birthday pasal ibu call ayah gitau pasal birthday gua. Haha tengs ibu and ayah.
Orang rinduuuu.. k rindu la gak kat kaklong dengan ijat. Haha
Orang rinduuuu.. k rindu la gak kat kaklong dengan ijat. Haha
Dari Kaklong yang berada kat UUM! |
Dari Eleena yang berada di Aussie! |
And this year, Iliana dapat birthday wishes dari manusia-manusia dari 4 negara; Malaysia, India, Australia, Poland. Hahaha tengsss semua! Serunuk ngat ngat! :)
Ada sikit point nak tambah,
1. Dan gua terharu sebenarnya dengan kawan-kawan gua, yang mana gua fikir, kalau kite betul-betul ikhlas dalam berkawan, even kalau ada misunderstanding sikit pun mesti takkan merosakkan ikatan persahabatan itu sendiri. Kawan sampai syurga kan janji kite semua? :D
2. Kite takkan tau apa perancangan masa depan yang Allah dah tetapkan untuk kite, dan sentiasa yakin bahawa perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kite.
3. Hari lahir tidak semestinya hari untuk bersuka ria, tapi ianya membawa satu fakta yang takkan berubah sampai bila-bila; pengorbanan ibu kita melahirkan kite yang bukan sikit sakitnya, kan?
4. Pertambahan umur itu bermakna kita semakin dekat dengan kematian. "Sesungguhnya yang paling dekat dengan manusia itu ialah KEMATIAN."
"I wished to have only two slices of cake bought by myself for this birthday, but Allah gave me more, I got birthday cakes for twice on my birthday. I wish no one would notice my birthday, but Allah gave me more, the whole BDS batch knew that day was my birthday."
Thus, Alhamdulillah :}
Tengs ibu, ayah, ijat, kaklong, maktam batu gajah, maksu dan aisyah, Mira, Sazreel panjang haha, kak Simaa, Kamaliah, Nadiah, Nabilah, Jijah, Man, Muna, Ony, Mia, Syaza, Wani, Nabila, Fiqah, Qila, Sarah, Abzarul, Izzat, Haiqal, Raja, Nadia (kawan FB), Wahida, Nasuha, Anis, Jaie, Hedaya, Hana, Pia, Charmaine, Pat (i know u wanna wish me tapi iliana tak dapat jawab call sebab dalam lecture hall haha), Izzah, Afiq, Ucop, YanYan, Kiwi, Husni, Amy, Haiza, Hasif, Eleena, Nina accounting, Kak Atiah, Husna, Hanis, Lins, Izzati Ariffin aka Ijat, Hazim, Yah, Nadia, Tieha, Azhaqqq, Azmir, Erma, Nobid, Ummu, Joe Yin dan Keerthana yang wish dalam lab histo, Chris the CR yang wish dalam lif, and the rest of BDS, KMS, and Convent punya bebudak yang mungkin kite terlepas taip. I appreciate each one of u!
Happy 20th birthday Iliana, me love you :D
Assalamualaikum dan bai!
No comments:
Post a Comment