Assalamualaikum
Hi! Okay nak start entri ni dengan link ni:
Ahha.. berapa bulan punya entri tu eh? Yada yada yadaaa.. tu entri perasaan hepi lepas dapat result IB, i knowww. haha. Just nak tulis kat sini,
WELL I'VE STEPPED MY FEET IN THAT BUILDING!
K simple je. Maknanya gua dah ada kat Manipal la. Eyuppp 2 tahun punye menunggu dengan penat lelah dalam IB, akhirnya kite dah sampai dah ke Manipal University! How cool is that. Sooooo cool.. Yela, sejak Manipal University jadi universiti idaman sejak masuk KMS (yela, tak pernah target pun nak study overseas kan), memang target sepanjang 2 tahun buat IB is, MANIPAL UNIVERSITY. Alhamdulillah Allah bagi peluang ni untuk menimba ilmu di tempat orang, merasa pengalaman hidup kat tempat asing, dan paling penting, mula belajar berdikari dengan sebenar-benarnya. It's true la kan sebabbbb... bukan boleh selalu balik rumah kan?? haha
Hari ni, 11 Oktober 2012. Kire dah sebulan beberapa hari la dah menetap kat Manipal ni. Seronok wehhh gua cakap sama lu. Iklim dia lebih kurang Malaysia, so takde masalah kot kalau korang nak adapt kat sini. Just, kat India ni kan, dia panas macam biasa biasa je, takde la macam yang orang gembar gemburkan kata "Woihh panas gila la weh kat India tu! Tak kuasa ai nak ke sana~" cenggitu kan.. Yang penting, walaupun panas, tapi kat sini sentiasa berangin andddd.. angin dia sejuk tau! Bukan rasa macam angin kering tu. So nyaman je.. hihi
And kat India ni waktu dia lambat 2 jam setengah dari waktu kat Malaysia. So masa awal2 tu nak contact orang kat Malaysia, ada masalah dari segi pertembungan masa tu pulak. Yela, kat India baru pukul 9:00 pm, macam waktu sesuai gile la nak call family kan, sekali kat Malaysia dah pukul 11:30pm. Mana syok call family lambat2 cenggitu cenggini kannn.
Oh lagi satu nak cerita, kat sini hari dia start cepat tau. Pukul 6:00 am tu dah start terang dah. Tapi kelas kitorang still start pukul 8:00 am jugakkk. Haha. Zohor macam dalam pukul 12:30 tengahari tu dah masuk dah. Habis kelas paling lambat pukul 5:00pm, and Maghrib masuk dalam pukul 6:30 pm. Best kan semuanya awal? And sebab tu jugak la tido pukul 12 tengah malam tu dah kire macam lambat dah tu. Haha.
Okay so now nak share setiap apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas fly off to Manipal :)
Ni persediaan ye. So, maknanya fasa Sebelum la ni. Hand luggage yang kecik kaler purple tu, berat maximum 7kg. Lugage besar pulak, 20kg. Tapi kalau nak bawak lebih pun boleh.. tapi pegi la buat Grads Card MAS tu kan. Ada je kawan kata rugi buat grads card tu sebab dia expire within 1 year, tapi gua buat jugak sebab gua terlebih 4kg, and kalau tak silap 1kg extra kena bayar RM50. Rugi wooo. Buat grads card baru RM30. Haha. Tapi kat Chennai Airport nanti pulak, grads card tu tak applicable, so still kena bayar untuk baki berat tu but no worries la, murah je. Dalam RM60 camtu la kena untuk TOTAL EXTRA WEIGHT, bukan sekilo RM60 tau. Haha. Tapi still, gua sayang duit gua! Gua tak suke gak aaa kena bayar tu tapi asalkan bayar sekali je, takpe la kan.. Daripada kena bayar kat dua-dua tempat KLIA dengan Chennai kan. Haha
Oh dalam gambar tu ada yang dibungkus dengan plastik kan? Tu vacuum seal tu. Plastik tu boleh mampatkan comforter korang dengan bagus sekali. Menurut hemat saya, cey, plastik vacuum tu sangat efisien untuk benda yang agak fluffy2 ni, macam comforter *Eh betul ke penggunaan perkataan fluffy kat situ* . Sebabnya, seriously comforter yang tebal tu korang boleh nipiskan dengan sekelip mata sahaja! Kalau untuk bebaju lak, agak kurang efisien la. Sebab baju tu kan dah sedia ada mampat kan, nak mampat cemana lagi kan. Haha. So, kesimpulannya, vacuum plastic berfungsi untuk menjimatkan ruang dalam luggage. Tu je. Haha. Ehem, leh beli kat Daiso ye *Takde niat nak promote ponnn*
Tadaaaa! Beg beg ke India! Lawa en Pierre Cardin kaler merah tu. Half price woooo beli kat AEON... hahahahahahahahaha
Okayyy, so, hari penerbangan jatuh pada hariiiiiii...... AHAD 9/9/2012 ! Sobs sobs dihhh ngat... Petang 9/9 tu dah kena berkumpul kat KLIA bersama budak budak MARA yang MOSTLYnye budak KMS jugak (weeeee! :D) pada jam 6:00pm. Flight pulak jam 10:35 pm. Please lah kata sedih. Setahun kot baru jumpe balik dengan family TT______TT
Ayah~
Ni dengan dak dak perempuan MD62 tapi bukan semua lah. Masa nak menunggu masuk ke ruang menunggu untuk menunggu pesawat (Yih? Menunggu-ception?)
Anddddd... sapa yang bertuah duduk kat sebelah Iliana kalau bukan Wan Alia! Haha. K sebenarnya Alia lagi bertuah sebab dapat duduk tepi tingkap manakala aku hanyalah penduduk seat kedua sebelah tingkap TT__TT
Tapi takde nampak apa pun kat luar tingkap tu sebab malam kan. Tapi masa mula-mula tu, dapatlah tengok lampu lampu bergemerlapan di malam hari. Awwww.
Kidin dengan Dadau dasar dapat seat sebelah menyebelah =.=''
Maaf punggung pramugari tu harapnya tidak mencuri pandangan anda. Wahahaha blog ai bersih k. Tidak ada unsur-unsur 18 tahun ke atas yang ada cumalah 20 tahun ke atas WAHAHAHAHAHA (eh padahal pengelola blog belum berusia 20 lagi k. Hebat)
Mata bengkak mungkin kerana mengantuk, atau, menangis? Retoris semata-mata. Persoalan yang tidak memerlukan jawapan *Malay A1 SL*
Ni namanya late dinner! Pukul 11 lebih dapat makan nasi dengan kari awwwhh memang nak melatih i'olls makan ala-ala indian tambah-tambah ada capati pulak kan. Sedap u'olls.
Oh before makan nasik kan, diorang ada kasik kacang MAS. I thought bungkusan tu biskut macam biskut Lexus yang sedap tu kan, sekali bukak bukak dapat kacang which I quite dont like actually. Tapi sebab lapo ngattt, makan je la. Pastu sambil makan tertumpah lak kacang tu kat laluan antara seat tu.. Tiba-tiba lalu lak seorang stewardess ni lalu kat situ, lalu Iliana buat-buat pandang tempat lain lalu stewardess tu terperanjat bila dia terpijak kacang-kacang tu seraya berkata,
"Ehhh macam mana boleh ada kacang kat sini ni? Ish ish...."
Lembut je dia berkata u'ols. K tak suke dah le tulis 'u'ols' ni =.='
Ibu dengan ayah kalau baca ni mesti geleng kepala dan akan mengimbas kembali rentetan demi rentetan peristiwa tumpah air minuman yang pelbagai jenis setiap kali keluar makan kat kedai-kedai makan masa zaman dulu-dulu.
Ai kini dah berubah k. No tumpah-tumpah air dah wakakakakaka
Eh lupa sebenarnya masa hari graduation IB ritu pun tertumpahkan air sirap kat atas meja. Habis basah terkena baju. Tapi nasib baik la baju pun kaler maroon, tak nampak. And that happened just a few minutes before I came up to the stage untuk amik diploma -..- serious dowhhhh nasib baik baju kaler maroon kalau tak rosak gamba grad guaaa!!!
About 2:15 am waktu Malaysia, kitorang sampai kat Chennai Airport! Waktu tempatan, lebih kurang 11:45 pm cam tu la.
Penat weh.. dalam kapal terobang tu dah la gua takleh tido, pastu ni dah pukul berapa kan. Ngantok sangat!
Then sementara nak tunggu flight Chennai-Bangalore, duduk la dalam airport Chennai yang tak berapa nak best ni. Mengantuk sangat tapi sangat sangat takleh nak tido kat situ! Padahal tempe (orang local sana) selamba je tido atas lantai siap bawak selimut lagi buat lapik tido sementara nak tunggu flight. Hahaha. Dah la takleh nak mesej family kata dah sampai India. Kawan kata 'roaming, roaming' whaddaheaven with roaming pun gua tak reti nak buat so give up je la kan harharhar
Dalam pukul 4 am lebih waktu Malaysia, kat Chennai ni dalam pukul 1 am lebih waktu tempatan, barulah dapat naik flight Jet Airways or dalam tiket dia tulis Jet Konnect. Hikhiks lucu la nama dia. Hey diam sebenarnya tak lawak pun. Erm gua tak naik pun pesawat rempah ratus seperti dalam rajah di atas ni. Saje je nak tangkap gamba. Sekali lagi, gua dapat second seat dari seat tepi tingkap. WHY U NO GIVE ME THE SEAT NEXT TO THE WINDOW?? Gerrrram aih asyik dapat second, second je -..-
So here is the ticket. Tapi ni tiket Bangalore-Mangalore. Okay perjalanan kitorang actually macam ni;
KLIA-Chennai-Bangalore-Mangalore-Manipal
Ha Mangalore-Manipal tu kena naik bas tau. Itu lain cerita. Karang kite cerita ehh.
So so so.. kitorang sampai Bangalore airport dari Chennai tak ingat lah pukul berapa. Tapi flight tu dalam lebih kurang sejam je kot (apasal tetiba teringat bau formalin dalam dissection hall tu time menaip ni?)
Pastu kan, kena tunggu lagi untuk flight ke Mangalore pulak. Seriously guaaa tired sangaaaaat! So duduk kat tempat menunggu tu. Nasib baik ada seat. Kitorang duduk la beramai-ramai kat situ. Sekali, MashaAllah, FLIGHT DELAY! Ha duduk la kau kat situ sampai tertido-tido. I can't remember how many times did I sleep, awake, sleep, awake. Sumpah rasa penat yang sangat sangat sangat tau kan??
Bila sedar-sedar, dah siang dah pun. Erm nasib baik Bangalore airport tu lawa eh tetiba je kan nak kata lawa ni. So pegi la toilet la, pegi jalan sikit pastu duduk balik. Sekali, pappppp.. FLIGHT DELAY LAGI! Huhhh geram sungguh. I cant remember what i did after that. I think I went to sleep again. Hahahaha mengantok si-ottttt kot kan... And dipendekkan cerita, entah pukul berapa pagi tah baru dapat naik flight.
Oleh sebab hari dah siang, dapatlah tangkap gambar awan dari udara! Waaauuuu beshnyaaa! Hahahahaa. So ini ialah pemandangan udara Bengaluru aka Bangalore.
Semakin tinggi, dan semakin hilanglah jejak bumi.. ceyy ayat.
...Dan akhirnya.. dah sampai Mangalore! Huuuu penat kan. Baca pun penat kan. Please la kata penat.
Anddd.. these were the buses! Manipal University lagi tulisnya tapi bas ala-ala bas sekolah. Hahahaha. Ala kat sini memang standard bas kolej ke bas universiti ke guna bas kuning ni. Malaysia je loaded gila pakai bas lelawa en. Hahahaha
Naik bas pun dekat nak sejam kot baru sampai Manipal. Bayangkan, dia bawak dah la macam bawak roller coaster, pastu jalan ber-bumpy bumpy lak kan. Memang aaa buat mengantuk. So tido lagi! Haha. Awal-awal je bunyi riuh rendah dalam bas pasal bas dipandu macam gila turun bukit pastu masa tu tak biasa lagi dengan culture jalanan India yang memang sentiasa kena guna hon as a way of communicating with other vehicles kat atas jalan tu, so semua la dok gelak-gelak sebab rasa benda tu pelik sangaaaat! Haha
Oh, pasal benda ni, ada Hazim tulis dalam blog entry dia yang ni:
Feel free to read. Ada gamba bebudak ni tido lagi dalam bas tu. Haha
Okay adik-adik dentistry KMS dan adik-adik medic yang pilih Manipal, this is YOUR future university's main building. Ai dah sampai dahhh~ hahahaa~ Lawa kan. Dentistry students, tiap-tiap hari korang akan masuk bangunan ni pasal Faculty of Dentistry where all dentistry labs ada kat main building ni. While lecture halls, dissection hall, fisio lab, biochem lab, and segala jenis lab yang ada kat sini, semua terletak kat luar main building ni.
Hah! Jom sambung balik. Lepas dah sampai Manipal, kitorang kena pegi hotel apa tah ni nama dia untuk macam welcoming ceremony la kut. Straight dari Mangalore airport k. Dah la penat kan, harap nak masuk hostel cepat cepat je time ni. Haha. So ini adalah MAKANAN INDIA PERTAMA yang ai makan.. wahhh
Kek dengan aiskrim. Sedap en.
Ha lepas habis tu, kitorang semua masuk hostel, amik luggages yang dah siap sedia disusun kat lobi hostel and naik lif ke bilik masing-masing. Mine is 1429 -.-'' Tingkat paling aaaaaatas sekali. Huuu. Ni pemandangan dari tingkat 14, tapi ni dari bilik Hanis. Bilik gua mengadap construction site je =.=
Hotel ni,,, ni bukan hostel tau. Kahkah
So now nak tunjuk sikit macam mana rupe dalam hostel macam hotel ni. Oh before that, nama hostel ni ialah New International Hostel.
Okay bukak je pintu, ni yang korang akan nampak. Ada sinki and kabinet. Perfect. Kalau nak masak. Beli je alatan memasak kan. Haha
Air Bisleri tu kena install. Sebabnya kat India mana leh masak or minum guna air paip macam kat Malaysia. Nanti kena diarrhoea padan muka.. hahaha...
Kat sebelah kiri laluan masuk tadi, ada toilet. Ni la rupe toilet kami. Katakan bahawa ianya lawa! Hahaha
Ni ruang utama dalam bilik.. iaitu ruang tido dan belajar dan melagho. hahaha
Kat foodcourt, memacam jenis makanan ada. Semuanya sedap-sedap so no worries kalau nak datang Manipal. Siap ada Subway ye foodcourt kitorang. Hahahaha. Ni makanan pertama yang gua makan kat foodcourt ni. Chicken Dum Briyani. Sedappp!
Kalau kat India, mesti popular dengan tuk-tuk kan? Or setengah orang eja dia as tut-tut but i believe the correct spelling is tuk-tuk. Tapi kat India, orang panggil benda alah ni 'auto'. Gambar ni diambik masa first time Iliana naik auto... hahaha...
Suasana dalam Interact Building yang menempatkan semua lecture halls. People in lab coats, lab coats, everywhere. Nama pun med school kan. Ahahahaha this is sooooo cool!
So itu je la introduction ke kehidupan di Manipal. Trust me, being in India is amazing! Buktinya, ai tak homesick pun.. Seronok je dok sini.. Besides, nak bagitau jugak ni, Dr. Wong the dentist pernah cakap kat gua masa 2010, before gua apply scholarship MARA untuk dentistry;
"You belajar kat India, you takkan dapat rasa hidup yang seronok macam kat negara lain, tapi kat India, you'll learn about life."
True yeahhhh.
Let's continue my story about India next time, in other entries, I hope so. Insha Allah. Bye!
Assalamualaikum ^^
Lagi kawan gua yang blogging pasal Manipal ialah Aida. Feel free to read, entries dia ada blend blend dengan tazkirah sekali. Hewhew bai!
Ya Allah. Bestnya. I would like to go there too! Pray for me sis. :')
ReplyDeletehaha best best.. insha Allah ada rezeki ada la nanti :D
Delete-izara-
ReplyDeleteTerima kasih sgt sbb sudi b'cerita.. naik juga smngt ksbaran tggu rsult mara! Best sgt3.. akak da finish study ke? *hehe, xbce profile akak..
Nice work. Very nice blog. Thanks for sharing this information. I hope that college students will find it useful. MBA College in Punjab
ReplyDeleteGreat and that i have a tremendous provide: How Much Renovate House house renovation london
ReplyDelete