Order Guidelines

Saturday, January 7, 2012

The Cat Is Ciwet-ing Your Condo

Assalamualaikum!

Yes... dengar tajuk pun rasa nak muntah. Actually kat aras kitorang ni tak tau la apa badinya, kucing asyik berak je! Aras lain tak. Maybe sebab kucing suke melepak kat aras kitorang? Habis dari aras yang wangi dengan bau bedak, jadi busuk dengan bau taik kucing!


BORHAN

Kasanova KMS. Jantan rebutan. Terhangat di pasaran.
Nampak je hot. Tapi kaki bewwwak!!! Bewak is berak okay. Berak is nyahtinja.
Lepas cuti sem 3 ni, Borhan takde lagi datang menjenguk ke aras kitorang. Tapi kalau sem-sem dulu, dia suka bagi orang bengang sebab dia suke bewwak ciwwet kat aras ni! Da la kalernye kaler kelabu. Tak tau kenapa. Kucing kalau cirit memang kaler kelabu ke? Macam kucing sakit je. Tapi cirit dia memang kaler kelabu! Macam kaler simen yang baru dibancuh tu. Ha macam tu lah. Baunye jangan cakap lah. BUSUKKK!!!!


STELLA

Ni lak awek baru kat kolej ni. Bakal jadi bini Borhan lettew. Takkan la dia nak kat Kassim tu lak. Kassim tu dah la takat lepak kat DS je (DS=Dewan Selera). Kassim tu ala-ala Kassim Selamat, sebab mata dia buta sebelah. Kesian dia :(

Stella ni nama watak dalam drama Trem Bernama Desire yang kitorang belajar dalam subjek Malay A1 sem 4 ni. Tak tau kenapa mesti panggil kucing ni Stella. Sebab nama Stella tu dengar macam anggun-anggun sikit sepertimana kucing ni ke?? hahaha...

Yang penting.. baru-baru ni Stella gemor lepak kat aras kitorang, dan tahniah! Harini dan semalam dia dah ciwwwet kat aras ni -..-''

Dan kalernye sama dengan kaler ciwet Borhan, iaitu kaler bancuhan simen T___T
Busukkkk sangat! Kalau keluar dari bilik, kena tahan nafas!

Tambah-tambah kan, sepanjang jalan kat lorong aras tempat dia bewwak tu, walaupun tengah tahan nafas, tiba-tiba ada angin-angin sepoi-sepoi bahasa datang. Walaupun tak bau, tapi tak ke rasa macam muka dan seluruh badan korang terkena tempias bau ciwwet tu? Eeeee! Bau tu kan chemical dalam udara, sekali ditempiaskan ke muka kita, so muka kite ada terkena chemical bau taik kucing tu T___T

aaaaaaaaaa sedihhhnya!!!!


(tapi kucing-kucing ni memang comel)

No comments:

Post a Comment