Order Guidelines

Sunday, January 22, 2012

Roses Are Red

Assalamualaikum! Hehe kali ni nak tulis entri gatai. Impian Perkahwinan~ waaaah O__O
Eit ramai je orang buat entri macam ni. Ni bukan gatai okay.. ni namanya creative thinking. wakakaka. Tak creative thinking lamgsung pun sebenarnya =.=

Okay la sebenarnya mula-mula just fikir pasal baju sebab baju pengantin sekarang ni banyak yang geteq-geteq sikit. Jarang-jarang pastu kena pakai inner. Macam tak best. Actually I have think of this matter for a long time; I WANT A WHITE WEDDING DRESS. Hehe. Then tetiba terfikir nak baju pengantin yang jubah punya. Dia macam berlapis-lapis sikit dengan lapisan kat luarnya nipis dan jarang. Waaaah tanteknyewwww... 

Oh my goshh hampir sebijik macam kat bawah ni. Tapi bukan 100% macam ni la. And hujung lengan tu pun taknak yang macam tu. 


And guess what I told my mom?
"Ibu nanti orang punya baju kawin nak tempah kat fashion designer la. Hikhik"
Ibu said, "Kalau nak, kumpul duit sendiri."

Yezzaaa.. if i want it, then i have to get it. I HAVE TO. Haha. We'll see, Insha Allah.

Okay then haritu sembang dengan Fiqah pasal nak kaler ape untuk tema kawin. Then gua cakap gua nak semua kaler putih gading and hiasannya ialah ros merah. Aummm gojesnyewwww !! *mata bersinar*

Macam kek kat bawah ni, gojes kan? Syaratnya nak bunga ros merah je. Nothing else.


And it have to be RED ROSES. Bukan merah macam gambar kat bawah ni. Nak merah betul. Wuuu~ gojes sekali lagi.






Yess exactly like this one. So cuci la mata tengok gambar-gambar bunge ros ni~







Yang atas ni oren-oren sikit. Takmau. Tapi gambarnye agak menepati tema~




Okay niceeeee. Taknak la katil macam ni tapi just nak kata ni dah macam cerita Eiffel I'm In Love je kan. haha. It looks quite nice.



 Wahhh bestnya bilik macam ni ! Syok gilaaaa tido.

 This one sangat menepati tema! Tapi tak minat sangat. But still, dia nampak cantik sangat. Love love love~

But wait. Shut up... Bedroom is not in my planning list yet. So stop until here. K dah merepek jauh sangat dah sampai ke katil. Em harap-harap dapatlah impian terlaksana. Hehe

Pape pun, wedding plan ni semua tak de la penting mana, yang penting ialah siapa bakal suami anda itu. I don't demand for a perfect man to be my husband because I know that I'm not that perfect to have one. I only deserved for a man that can truly love me and the one who can take me with him until Jannah. Insha Allah.

Nak demand lelaki yang baik-baik sangat pun rasanya tak layak sebab diri ni bukannya baik yang sangat-sangat baik tu. Huhu. Papepun Allah dah tentukan jodoh kita, so just wait for that time to come to you. Maybe we should stop forcing ourselves to run to the 'time' because at the end we still can reach that point even though it might took a lot of time and patience.


Akhir kata, "ni pengapit saya". Sekian terima kasih.



Saturday, January 21, 2012

Contest Hijab4Nisa: Saya Bangga Berhijab!


Gambar kawan-kawan :)

Assalamualaikum..
Sebenarnya dah lama dah nak buat entri ni, cuma masa tak mengizinkan memandangkan sem terakhir sudah bermula.

Memandangkan tajuk yang diberi ialah Saya Bangga Berhijab, saya teringin nak berkongsi cerita dan pandangan mengenai hijab. Saya nak mulakan dengan status pertama facebook saya dalam tahun 2012 ni:

"2012 NOW. Status pertama dalam tahun 2012. Saya ingin menyentuh mengenai hijab. Saya hanya ingin menjawab tohmahan orang-orang terutamanya media Barat (ruginya deme tak baca!!) terhadap pemakaian hijab. Hijab tidak mengongkong perempuan. What the heaven wehh hijab mengongkong perempuan? Apa kongkongannya? Haha pelik dowhh korang punya pemikiran. Pakai tudung sama je dengan pakai baju, then kenapa korang tak kata pakai baju tu satu kongkongan? Pakai tudung ni tak mengganggu minda untuk menuntut ilmu pun.. Kalau macam tu kenapa kawan-kawan saya boleh berjaya? Well, your otak has nothing to do with ur hijab. Lagi satu, berhijab ni satu paksaan turun temurun? No no no...haha.. ai pilih untuk berhijab. It is my choice. Saya memang nak pakai tudung. Without tudung, I am no longer Iliana Yusoff...haha.. YES! Tamat."


Bagi saya, berhijab merupakan sesuatu yang memang fitrah, memang tak boleh dipisahkan dari dalam diri. Cubalah tanya mana-mana perempuan yang berhijab (yang pastinya berhijab kerana Allah), kalau diberi peluang untuk membuka tudung di depan ajnabi, mahukah mereka? Kalau kes macam ni, bermakna mereka memang berhijab untuk hidup mereka.

Dengan hijab, saya rasa lebih secure. Orang tak memandang, dan yang penting rasa lengkap terlindung apabila keluar rumah. Okay lah nak share sikit tips pasal pakai tudung melalui pengalaman saya sendiri. Harap-harap bermanfaat~

Saya bukanlah pemakai tudung bundar atau tudung bulat, namun saya masih mampu menutup apa yang patut, Insha Allah. Saya pakai je tudung bidang 60, bidang 50, tudung bidang 45 pun saya pakai. Kfine, kalau ada yang rasa tak bergaya pakai tudung petak, korang boleh je pakai shawl or pashmina. Tapi tolonggglah. Satu je. Pakailah ikut syariat Islam. Tak susah pun.

Sekarang ni, saya memakai 4 jenis tudung; bidang 45, bidang 50, bidang 60, dan pashmina. Paling secure ialah tudung bidang 50 dan bidang 60 kalau nak buat style pin kiri kanan. Tudung bidang 45 seriously memang tak sesuai buat style tu, or else korang tak dapat nak tutup yang sepatutnya dengan sempurna. Seriously. Dah banyak tengok dah ni. Huhu. Kalau pakai tudung bidang 45, pakai yang tak jarang punya. Dan jangan selempang-selempang. Pakai straight sahaja, then pinkan so that tak terlihat dada dan tengkuk korang dari celah-celah sambungan antara dua ekor tudung kat bahagian depan tu. Memang menutup kan? ^^ Somehow, dari sisi pun kadang-kadang terdedah jugak bahagian dada kan? Kalau boleh, pinkan la mana-mana part tudung tu dengan baju yang dipakai so that tudung tu takkan mudah terbang dan lebih secure pada badan anda.

Kalau pakai tudung bidang 50 or 60, saya akan selempang kiri kanan. Kalau tak, saya akan buat style macam Maria Elena ni pakai:

Gambar pinjam dari fanpage Maria Elena. huhu. Boleh tak? Just nak buat contoh.. =3

Oh I love this style. Ingat ya, style macam ni hanya boleh dibuat menggunakan tudung bidang 50 atau 60 ya. Janganlah cuba buat dengan tudung bidang 45. Tak selamat. I tell ya.

Pasal pashmina pulak (saya tak pakai shawl, saya pakai pashmina sahaja), senang je. Normally pashmina ni saiznya besar. Kalau pakai, confirm boleh tutup badan depan belakang! Just ianya terpulang pada cara korang pakai. Kalau betul caranya, maka labuhlah ia. Saya ada membeli pashmina yang satu ni secara online, bila dapat, wah memang lebar gila pashmina dia. Saya pakai memang boleh tutup sampai ke perutlah. Tapi bila tengok model tu pakai pashmina yang sama, pendek. Atas dada pulak tu. Hairan kan? Macam mana diorang boleh lilit-lilit pashmina yang besar tu sampai boleh jadi pendek. Tak tercekik ke? Haha. Ini bukan perli tapi pertanyaan. Ikhlas ni.

Kalau nak tau macam mana cara nak pakai pashmina yang menutup dengan betul, rajin-rajinlah buat research. Internet kan ada. Youtube kan ada. Senang. Saya sebenarnya baru lagi pakai pashmina. Start tahun 2010. Masa tu rajinlah nak buat research semua ni, bereksperimentasi cara-cara pakai pashmina/shawl. Semua jenis style saya cuba. Yang penting kena ada keinginan. Lepas cuba macam-macam jenis style, dari situ kite boleh nilai yang mana terbaik untuk kita. Saya dah ada reject beberapa jenis style yang saya cuba memandangkan ianya tidak mampu menutup apa yang patut dengan sempurna, dan juga kadang-kadang tu agak payah untuk dipakai dan tidak secure. Macam senang je tercabut kalau ditiup angin. Haha. Sebenarnya pakai pashmina ni memang akan menutup dada.. cara tu je yang nak kena betul.

Kalau rasa kurang secure dengan pashmina tu, maybe rasa macam dari sisi tak berapa nak secure, pandai-pandai pinkan mana yang patut mengikut keselesaan. Yang penting, pakai pashmina MEMANG boleh menutup aurat.. huhu

All in all, semuanya terpulang kepada diri kita sendiri. Kita bebas untuk memakai apa-apa jenis tudung. Macam-macam ada kan? Tapi pilihlah yang betul-betul terbaik untuk kita di dunia dan di akhirat. Yang penting, saya rasa sangat gembira berhijab kerana itu adalah identiti kita sebagai Muslimah. Semalam sahaja saya dah dua kali mendapat pengalaman yang saya kira menarik sebab rasanya macam tak pernah berlaku dalam hidup saya sebelum ni, dan saya rasa ianya ada kaitan dengan pemakaian tudung saya yang pada waktu tu ialah tudung bidang 60 yang dipinjam dari seorang sahabat. Huhu. Berhijab juga merupakan perisai kita dari diserang dengan pandangan-pandangan yang tidak baik dari orang lain.

Untuk cadangan pula, saya ingin mencadangkan supaya Hijab4Nisa mempelbagaikan lagi koleksi pashmina memandangkan saya ni peminat pashmina. Kebanyakan pashmina yang dijual oleh Hijab4Nisa sudah sold out, jadi saya tak dapat membelinya bila saya dah sukaaaaaaa sangat kat pashmina tu dulu :'(

Lagi, saya harap Hijab4Nisa ada buat macam aktiviti mengumpul point untuk setiap pembelian. Macam mana nak explain ni ye. Haha. Macam contohnya kalau kita beli dari Hijab4Nisa untuk sekian sekian, Kita akan memperoleh point sekian sekian. At a certain value of point, kita boleh redeem hadiah or boleh dapatkan item dari Hijab4Nisa dengan diskaun. Huhu.

Semoga Nijab4Nisa akan dapat terus membekalkan tudung-tudung yang menepati syarak untuk muslimah. Keep goin ! :)

Bertudunglah dengan sempurna,
Tak rugi untuk mencuba.
Wear It Right :)

Assalamualaikum.

Saya nak tag Hidayah Hanafi dan Aida !! :) Join la kalau rajin. huhu
Link contest ni boleh dapat kat sidebar blog ni ye~ Sekian terima kasih :)

Friday, January 13, 2012

Budak ON-OFF


*gambar ihsan Google*

Apa itu budak ON-OFF? Orang panggil seseorang tu macam ni bila dia tu seorang perempuan islam yang kadang-kadang pakai tudung, dan kadang-kadang bukak tudung. Maaf la, sebab saya rasa adalah lebih menyakitkan hati bila seseorang tu jadi budak ON-OFF berbanding orang yang memang free hair. Takde la kasar sangat sampai sakit hati kan, just rasa tak suka je. Haha. Memang kalau orang yang free hair tu kalau ikutkan logicnya worse than these ON-OFF kids, tapi tengok sini:

1.       Pernah dengar tak ayat ni? Tak sure la, rasanya hadith kot, tapi saya takleh nak quote hadith ni sebab saya takde sumber, tapi saya pernah terbaca dan terdengar; beruntunglah orang-orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, rugilah orang-orang yang hari ini sama dengan semalam, dan celakalah orang-orang yang hari semalam lebih baik dari hari ini.
2.     So Nampak tak? At least kalau free hair, dia masih berpeluang untuk dapat “hari ini lebih baik daripada semalam”, tapi kalau ON-OFF ni? Hari dah pakai tudung, esok tak pakai lak, pastu pakai balik, tetiba rasa, eh, nak pakai balik la, dan lusa, em, takde mood nak pakai tudng hari ni.. They’re in the 3rd situation, that is “hari semalam lebih baik dari hari ini”.
3.     Tak ke rugi namanya tu? Dah dalam keadaan baik, kita pegi tuka jadi tak baik lak.

Kalau dah bertudung tu, tolonglah kekalkan dengan penampilan bertudung. Kalau masih belum bertudung tu, jangan berputus asa dalam mencari hidayah Allah. Hidayah untuk dicari, bukan untuk ditunggu semata-mata. Jangan cuba untuk menolak hidayah itu kalau anda rasa hidayah itu sampai kepada anda. Lembutkan hati, Insha Allah boleh!

Maaflah, sebab saya sangat rasa budak-budak ON-OFF ni takde pegangan hidup, takde prinsip, takde identity. Bayangkanlah, kalau pegangan untuk menutup aurat pun leh berubah-ubah macam lalang. Macam kalau korang tak suke seseorang artis la contohnya, punya kutuk kutuk kutuk, tetiba suka lak. Tak ke kawan-kawan korang kata korang tu takde pendirian? Ahaha.

Okay no offense ya. Hanya sekadar teguran yang bagi saya perlu untuk saya tegur sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Selagi saya tak melakukan sedemikian, insha Allah saya diberi kekuatan oleh Allah untuk menulis di blog ini bagi kategori ala-ala tazkirah macam ni. Haha.

Terima kasih pada yang sudi membaca. Jadilah orang yang saling ingat mengingati baru ummah kite bertambah kuat!
Assalamualaikum~

Stella

Assalamualaikum.

Tau tak, sekarang ni setiap hari kerja aku adalah mengacau Stella. Sapa Stella tu? Stella tu kucing putih cun baru yang suke melepak kat floor kitorang ni.

Yang penting gua benci betul kat dia semalam. Gua ternampak dia makan kepala ikan goreng yang tak tau mana dia kutip. Gua saje je datang dekat-dekat kat dia, saje nak tengok-tengok. Dia tengah busy makan, langsung tak pandang muka gua. Tapi dengan serta-merta dia gonggong kepala ikan tu pergi side lain bila aku datang dekat kat dia.

Hek eleh Stella.. macam gua nak sangat kat kepala ikan tu.

Ha lagi best harini, tadi lepas amik wudhu' dalam toilet, time keluar dari toilet tu nampak Stella lepak kat luar toilet. Well amik wudhu mesti la basah-basah kan kat rambut tu, so air tu menitis nitis. So what I did??? I pegi kat Stella, I mean atas Stella, then titiskan air kat atas dia. So Stella pun terkebil-kebil. Pastu titis lagi. Titis dan titis lagi! Pastu gua jerit kat Stella, "Cepat lari!!! Hujannnn!!!!!!" Stella pun lari, tapi air stil boleh dititiskan atas dia sampai satu tahap, Stella dah tak tahan so dia pun tingkatkan kelajuan larian dia. Okay ai pun dah sampai kat depan pintu bilik. Bye Stella. Best bergurau dengan awak. hikhik

Tapi kan, dengar cerita dia ni anak Borhan. So teori dia ni bakal jadi bini baru Borhan akan dimansuhkan.



Oh ya, semalam terjumpa kucing asing kat depan BA (Blok Akademik). Kat bawah kereta. Ai pun menurun la kat bawah kereta tu sebab ingatkan kucing tu Borhan, rupa-rupanya kucing asing! The most shocking thing is that, the kucing is juling! Scary dohh. Terkejut gua. Takmau dah mengintai kucing -..-

Saturday, January 7, 2012

The Cat Is Ciwet-ing Your Condo

Assalamualaikum!

Yes... dengar tajuk pun rasa nak muntah. Actually kat aras kitorang ni tak tau la apa badinya, kucing asyik berak je! Aras lain tak. Maybe sebab kucing suke melepak kat aras kitorang? Habis dari aras yang wangi dengan bau bedak, jadi busuk dengan bau taik kucing!


BORHAN

Kasanova KMS. Jantan rebutan. Terhangat di pasaran.
Nampak je hot. Tapi kaki bewwwak!!! Bewak is berak okay. Berak is nyahtinja.
Lepas cuti sem 3 ni, Borhan takde lagi datang menjenguk ke aras kitorang. Tapi kalau sem-sem dulu, dia suka bagi orang bengang sebab dia suke bewwak ciwwet kat aras ni! Da la kalernye kaler kelabu. Tak tau kenapa. Kucing kalau cirit memang kaler kelabu ke? Macam kucing sakit je. Tapi cirit dia memang kaler kelabu! Macam kaler simen yang baru dibancuh tu. Ha macam tu lah. Baunye jangan cakap lah. BUSUKKK!!!!


STELLA

Ni lak awek baru kat kolej ni. Bakal jadi bini Borhan lettew. Takkan la dia nak kat Kassim tu lak. Kassim tu dah la takat lepak kat DS je (DS=Dewan Selera). Kassim tu ala-ala Kassim Selamat, sebab mata dia buta sebelah. Kesian dia :(

Stella ni nama watak dalam drama Trem Bernama Desire yang kitorang belajar dalam subjek Malay A1 sem 4 ni. Tak tau kenapa mesti panggil kucing ni Stella. Sebab nama Stella tu dengar macam anggun-anggun sikit sepertimana kucing ni ke?? hahaha...

Yang penting.. baru-baru ni Stella gemor lepak kat aras kitorang, dan tahniah! Harini dan semalam dia dah ciwwwet kat aras ni -..-''

Dan kalernye sama dengan kaler ciwet Borhan, iaitu kaler bancuhan simen T___T
Busukkkk sangat! Kalau keluar dari bilik, kena tahan nafas!

Tambah-tambah kan, sepanjang jalan kat lorong aras tempat dia bewwak tu, walaupun tengah tahan nafas, tiba-tiba ada angin-angin sepoi-sepoi bahasa datang. Walaupun tak bau, tapi tak ke rasa macam muka dan seluruh badan korang terkena tempias bau ciwwet tu? Eeeee! Bau tu kan chemical dalam udara, sekali ditempiaskan ke muka kita, so muka kite ada terkena chemical bau taik kucing tu T___T

aaaaaaaaaa sedihhhnya!!!!


(tapi kucing-kucing ni memang comel)

Sunday, January 1, 2012

DAY 6: Favourite Book Character

30 Days Drawing Challenge

Date: 1/1/2012



Tak tau nak lukis apa =.=
Akhirnya decide untuk lukis Salma dari cerita Siri Salma a.k.a. Nancy Drew dalam bahasa Melayu. Rasanya lah buku ni terjemahan Nancy Drew sebab Siri Salma old version punya nama Siri Nancy Drew. Masa sekolah rendah suka gila baca novel penyiasatan. Best gila! Bukan Siri Salma je, Siri Hadi (Hardy Boys), Siri 5 Sekawan, pape je lah kan, tambah-tambah buku terjemahan Enyd Blyton. Best sangatttt! Oh rindunye zaman kanak-kanak :'(

So, saya bayangkan Salma ni berambut ikal dan cantik. Um, boleh la kot gambarannya macam yang ai lukis kat atas ni~~~ Nampak berkeyakinan dan ada ciri-ciri seorang penyiasat hebat tak? hahaha...




Ni pulak koleksi buku Siri Salma ai. Novel kanak-kanak, nipis je. Tapi terasa panjang bila seorang kanak-kanak yang baca. haha

Okay bye.
Assalamualaikum.