Order Guidelines

Friday, December 23, 2011

Malacca Family Trip Part 2

Tarikh: 18 Disember 2011
Keanggotaan: Family ai, family makyang, family paktam


Assalamualaikum....



Nah amik kau. Tak Melayu Hilang Di Dunia. Kalau tak tau sapa punya ayat ni memang tak payah dok kat Malaysia lah kan. hahaha. Pagi-pagi around 10.00 am kitorang keluar pergi cari tempat yang menarik lagi tak pernah dikunjungi kat Melaka. Yeah ni kat Makam Hang Tuah. Sapa tak kenal Hang Tuah pulak dipersilakan terjun ke laut yang penuh dengan ikan jerung macam dalam cerita kartun sekarang juge dan jangan naik-naik lagi.


Dear Hang Tuah,
Sekarang ni Melayu masih ada,
Melayu masih tak hilang nampaknya,
Tapi kenapa perangai Melayu dah macam bukan Melayu?
Tau tak orang Melayu rambut semua sama hitam,
dan maybe ada yang keperang-perangan sikit, tu pun bila kena cahaya matahari je.
Tapi sekarang ni ramai yang rambut kaler karat, ramai yang rambut kaler macam rainbow..
Diorang ingat cute le tu..
Tak pun! Muka Melayu tapi rambut? hehe sorrrry... tak sesuai langsung! hikhik

Lagi satu kan Hang Tuah, nak bagitau lagi,
Orang Melayu tak sampai setengah abad pun rasanya kenal dengan motosikal,
Tapi sekarang bukan main lagi main lumba-lumba kat atas jalan,
Nama diorang mat rempit..
Nama memang tak sedap,
Macam tu la juga sikapnya. Tak sedap.
Ada ke orang yang mempertahankan bukan semua mat rempit jahat or ada mat rempit yang baik..
Tapi kalau betul baik, kenapa mesti merempit?
Bukan ke merempit tu memudaratkan, boleh membahayakan nyawa,
yang mana merupakan larangan Islam?

Okay emo kejap. Kritikan sosial. SoSial.... hahaha





Ye, deme ni lagi. Balik-balik muka deme ni je kan? hahahahaha. Biasa la. Ai kan humble mumble.



Ni makamnya. Tapi kan, Hang Tuah ni betul-betul wujud ke? Atau sekadar mitos? Ada yang kata dia ni orang dari China sebenarnya, ada yang kata beliau punya makam ada di Indonesia dan...? Takde jawapan...hahahahaha

Tambahan: panjang wooooo makam dia..




Tun Teja

Saje je nak highlight kat sini sebab 5 tahun gua menjadi ahli tegar untuk rumah sukan Tun Teja kat SMK St. Bernadette's Convent. Hahahahaaaa~


Okay ini yang paling penting ye. Take note.



Sape ntah budak ni. Gua nak amik gambo. Dan-dan le nak baca lama-lama -..- hikhik. Takpe dik, membaca tu jambatan ilmu, baca laaaa~



Next Destination? Dataran Pahlawan lagi -..- hahaha. Tapi kitorang masuk Muzium Setem! Banyak kali dah pergi Melaka tapi ni 1st time masuk Muzium Setem!


Sekali lagi diulangi seperti di dalam entri yang lalu, ini belog gua, jadi pape pun memang wajib gua ada.
Tudung gua cukup labuh tak untuk cover apa-apa yang patut? Okay tak payah jawab -..-



Bebudak ni sukewww lettewww main-main dengan postbox.



Nak tunjuk ni surat pertama di dunia.




Bahagian ni yang paling menarik! Apa yang menariknya? Mari kite menghampirinya dengan lebih rapat...



Okay, dah nampak dah tahun bertuah di situ. Mari kite memilih tahun bertuah 1992 !!! dan mari tarik ia keluar!



Owww ade setem ikut tahun kat dalam tu.

Oh ya, kat sini la tempat gua dengan maktam shopping setem. Ala dalam entri pasal setem dulu dah cerita dah...



Muzium Setem dengan A' Famosa tu kat dalam satu kawasan la. So lepas tu pergi la dok depan A' Famosa. Tak naik pun bukit belakang tu. Penat. Dulu-dulu pun dah naik, so kali ni, no thanks la...




Ya.... dak-dak ni lagi. Gambar ni cantik kan? Iliana yang amik ^^,
Cantik kan kalernye? Ya Iliana yang edit ^^.



Pastu naik Menara Taming Sari pulak. Yes, dekat jugak dengan Muzium Setem dan A' Famosa. Semua ni kat dalam kawasan Dataran Pahlawan. Semua tempat menarik dihimpunkan dalam satu kawasan yang terhad lalu terhasillah masalah kesesakan jalan dan kepayahan mencari tempat parking =.=''




Tu diaaaa depa dah masuk dahhh...
Tak banyak tempat boleh nak pergi kat Melaka. Jalan sesak gila. Tambah-tambah hari Ahad kan. Hue memenatkan mengharungi jalan sesak walaupun hanya duduk dalam kereta -..-


Okay malam pulak kitorang makan di.........



Kitorang pilih meja yang lasttttttttttt sekali. Privacy pun privacy, pemandangan pokok bakau pun lawa, dan paling penting, dekat dengan pili air. Yeah



Tu semua lauk yang dipesan. Oh bukan semua, sebenarnya ada lagi yang belum sampai masa ni. Nasi memang diperuntukkan sikit je pada malam tu sebab aktiviti utamanya ialah meratah lauk! Ikan bakar, ikan pari bakar sambal, ikan 3 rasa, Sepahat masak halia, butter prawn.. ummm dappppnyeeeeee! Masa menaip ni dan-dan rase lapo lak.





Paktam memang jaguh untuk semua!



Ha memang ni semua Mira yang habiskan. Mira jaguh!! hahahahaha!!



Habiiiiiissss...!!! Liciiiiiiinnn....!!!
(hanya family je yang tau macam mana nak gayakan penyebutannya dan mengapa ia sedemikian. hahaha)



Akhir kata, Keluarga 69 !!!

***to be continued***

No comments:

Post a Comment