Order Guidelines

Showing posts with label Manipal. Show all posts
Showing posts with label Manipal. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Holi 2013


Assalamualaikum!
Minggu lepas, kecoh ramai orang mengenai khabar cuti dua hari dalam minggu ni. Yala, Manipal ni kering kontang dengan hari cuti. Bila ada satu hari cuti tu, unbelievable gila lah kan, apatah lagi 2 hari!
Dan beberapa hari yang aku, baru aku tau cuti apakah kedua-dua hari ini. 27 Mac 2013, bersamaan dengan hari ini, adalah hari sambutan perayaan dalam agama Hindu, iaitu Holi Day, atau dalam nama lainnya, Festival of Colours.

Kalau kita biasa tengok cerita Hindustan, mesti dah familiar dengan perayaan ni kan? Ala, yang scene diorang nyanyi ramai-ramai menari ramai-ramai pastu baling colourful powder beramai-ramai. Pastu poof! Jadilah meriah kawasan festival itu.. Okay disebabkan dari kecik dah penah tengok scene camni dalam movie, and perayaan ni macam tak pernah ditemui jek kat Malaysia (kan?), so bila dah ada kat India ni, of course la you akan jadi excited automatically kan?



Penjualan serbuk colourful ni berleluasa di kedai baldi (kehkeh students Manipal pasti kenal sama ini kedai baldi..)



Sebenarnya, aku ke kedai ni lepas pulang dari tengok budak-budak MMMC ni main baling-baling serbuk ni kat padang KMC Green. Dan disebabkan agak kecewa sebab beberapa hari sebelum tu aku sangat beria-ia mengharapkan ada celebration besar-besaran cam yang aku tengok dalam gambar-gambar kat Google image yang sangat meriah, contohnya dalam website ni, namun celebration macam tu tiada di Manipal, maka aku pun bersembang dengan pakcik tu,

"Sir, isn't there any celebration for this in Manipal?"

"No, but you can see people playing at the KMC field!"

"No, I mean the big celebration. In Udupi?"

"No, no. There's no celebration here, only at the northern part of India. You can see there at KMC Green, a lot of Malaysians are playing there, right?"

"Noooo! I don't want to see Malaysians, I want to see how local people celebrate it.. :'( "

"Haha.. no.. Only people at north India celebrate this. In Manipal, no. Here got people celebrating it because there are northern people came here.."

Oh, meaning memang takde la ek kat Manipal ni. Ada pun sebab ada students dari utara India, gitew?
Arghhh how disappointed I was! Ini semua pasal website ni la, gua tengok gambar-gambar dia tangkap punyalah awesome gila sampai teringin gak nak tengok celebration yang sebenar macam mana. Bukan nak join celebrate sekali, tak boleh pun kan, tapi just nak experience, nak tengok sendiri how local people celebrate it in their own way, yang nampak cam meriah gila tu. Tapi takpe la, takde rezeki kot wuwuwuuuu!



Okay so now, all I want to show to you is how people in Manipal (read: students) celebrate in, in their own way :3


This is only the beginning.. Hewhew..



That was where these students were playing. So, I introduce to all of you, this is the KMC Green!





My colourful classmates, Keerthana, Manpreet, and Dheren.. Hahahaha





The powder.







Memula Syaza dengan Dhoyah macam gua la, nak tangkap gambar je, sekali diorang pun kena baling.. Kahkah







Anjing pun nak join juge... Hihihi atotototo


Dapat tak cerita sepanjang celebration ni kat Manipal University ni? Because people said, a picture worth 1000 words, isn't it? So I just let these pictures to tell you a story worth 21 000 words, no need to type anymore.. Hahahahaha pandai tak pandai tak pandai tak??

Oh and as a reminder to all muslim sisters and brothers, kita tak boleh sambut perayaan ni kerana ia adalah perayaan keagamaan. Mula-mula ingatkan sambutan ni adalah perayaan cultural, tapi rupanya tidak. Kalau sekadar nak tengok, insha Allah boleh sebab ni bukan pemandangan biasa yang kita boleh selalu nampak kan? Dapat experience baru melihat budaya orang luar, di samping tu dapat cover story baru kat blog hihihi. Okay la, tu saja sebagai peringatan, terutamanya buat mereka yang bakal fly ke sini di masa hadapan. Sekurang-kurangnya korang tau la latar belakang perayaan ni sikit kan.




Main bantai je kan aku kejap melayu kejap english. Mana yang sempat dan mana best guna la kan. Kahkah.


Thanks for reading! Assalamualaikum!

Sunday, March 24, 2013

Volunteer Services Organisation: Asare, Home For the Mentally Challenged Citizens

Assalamualaikum!

Hai. Like I have told you in my previous entry, last Sunday, aku dengan Hazim pergi join satu program under VSO. So this is our first program! Wawawa.. excited kome! Program supposedly start jam 4:30 pm, so kitorang bertolak ke tempat tersebut lebih kurang 4:20 pm camtu la. Ala dekat je pun.

So, nama tempat tu adalah.......

ASARE!



Berdasarkan temu bual dengan orang-orang di sana, most patients kat sini adalah pesakit austistik. Okay first time join program camni, so rasa awkward tu pasti ada. Haha. First aktiviti masa hari tu ialah aktiviti mewarna.


Dia ni.. erm adalah budak first yang aku dengan Hazim approach. Memandangkan ni first projek kitorang join, and kitorang je budak Malaysia kat situ, so, kitorang membuat keputusan untuk bergabung! Wahahaha.... Tak ingat la nama budak ni.. Tapi seronok sebab dia kiranya boleh jugaklah ikut apa kitorang suruh dia buat, eg. kitorang kaler satu part tu dengan warna merah, then suruh dia kaler area tu dengan kaler merah, and he did so. Best kan?

Hazim kata "Aku rasa kita telah memberi perubahan kepada budak ni.."

Ha yela tu. Hahahahaha



Hasil didikan ku dan Hazim. Pandai dah adik ni mewarna :')



Yang belakang tu nampak comel kan? And dia selalu senyum bila tengok aku. Boleh tak aku assume yang dia suka kat aku? :/ wahahahahaha



Hazim dan.... err budak kami. I repeat, kitorang taktau nama dia. haha

Oh and daripada member volunteer yang lain, kitorang belajar tanya "What's your name?" dalam bahasa Kannada. Bahasa Kannada ialah bahasa negeri Karnataka while Hindi tu adalah national language India ni. Makanya, kalau anda orang negeri lain selain dari Karnataka, tak semestinya anda faham apa yang orang Karnataka cakap. Ha camtu la kisahnya language barrier kat India ni. Kita kat Malaysia insha Allah takde masalah macam ni kan. Kalau ada pun like kes-kes terpencil je kan hahaha.

Okay so seingat aku la, "what's your name?" in kannada ialah "Hesaru?" Tapi malangnya, taktau apa silap kitorang pronounce ke apa ke, sorang pesakit pun tak respon kat soalan kitorang WAHAHAHAHAHA! Tak tau la kalau memang diorang kadang-kadang tak nak jawab soalan orang.



Pesakit-pesakit kat sini adalah dari pelbagai lapisan umur. Dari kanak-kanak,



sampailah ke orang tua.



Mungkin boleh aku panggil dia as auntie? Hmm auntie ni suka orang tangkap gambarnya. Lepas sorang student MIT (Manipal Institute of Technology) tangkap gambar dia, dia mintak aku lak tangkapkan gambar dia. Hehe sho shweet..



Ramai kata Hazim dah ada style doktor dah bila tengok gambar ni =.=''
Budak ni tiba-tiba nampak macam tak selesa, dan nampak boring, pastu Hazim cakap "Aku rasa budak ni dah boring la mewarna. Tiap-tiap hari Ahad je kena mewarna." Wahahaha

And tiba-tiba dia tarik tangan Hazim, lepas tu letakkan di dadanya. Ammmmboih! Hahahaha



Akak ni (akak la sebab dia muda lagi) umurnya baru 26 tahun, and yang bagusnya ialah dia boleh cakap English fluently! And dia juga bekerja kat hospital. Katanya kerja dia menghantar fail-fail kat doktor, tulis nombor, etc. Katanya, dia suka menulis. And dia cerita dulu-dulu pun dia sekolah kat sekolah asrama, and kat situ la dia belajar cakap english and sebab tu la dia terer speaking. Wahaha



After that, kitorang main musical chair! Pembetulan, bukan kitorang yang main tapi mereka yang main. Kalau kitorang yang main mungkin lebih rakus dari diorang main kahkah. Diorang main leklek je. Siap ada pakcik tua ni jalan cool je, and everytime music stops, dia mesti akan dapat seat. Magic sungguh pakcik ni T.T


Kan? Pakcik ni dapat seat semedang! Tapi last-last pakcik ni kalah juge.. haha...



Orang-orang kat sini kata pakcik ni suka bergambar dengan perempuan, and sebab tu bila dia nampak aku pegang kamera, laju je dia pegi kat students MIT ni pastu tarik tangan diorang untuk tangkap gambar dengan dia. Ya Allah nasib baik aku bawak kamera! So takde sebab kenapa dia nak tarik tangan aku kahkahkah!



Erm yang kiri tu je yang aku ingat namanya. Namanya Sneha, umur 19. Wahwah semua details orang aku nak letak dalam blog ni. Bahaya sungguh Iliana.



Haha pastu kan, ada orang pasangkan lagu Hindi ni, rasanya lagu dalam cerita Jab Tak Hai Jaan, then yang pesakit yang botak ni kan, wow ganas sunggoh dia menari! Haha serius aku gelak gila-gila time ni sebab dia menari sangat sangat penuh perasaan! Siap dengan mimik muka lagi tu yang tak tahan tu.



Okay ni la game musical chair nye. Nampaknya gambar agak tidak mengikut susunan.. haha




Pakcik dan awek MIT lagi.


Pakcik dan awek MIT lagi TT__________TT



Lepas tu pulak, aktiviti terakhir kitorang petang tu ialah evening walk. *You don't say?* K fine namanya pun waktu petang, takkan la morning walk afternoon walk kan.



Pakcik ni sekali lagi panggil aku untuk tangkap gambar dia dengan kawannya ni. Siap tarik tangan kawannya tu sebab nak pegang tangan. Hahahaha.. pehtu buat muka serius :I klaka la pakcik ni.





Akhir sekali, before balik haruslah tangkap gambar dengan pesakit favourite wahahaha.. (apa term untuk diorang eh? Pesakit tu cam lain macam je bunyinya. Tapi betul la kan pesakit? Hmm)



Oh before tu, nak cerita sikit pasal budak ni. Budak ni like the youngest patient la kat Asare ni. Kecik lagi, and sangat aktif! Dari masa mula-mula lagi dia suka usik-usik Hazim. Hmpph suke kat Hazim lettew! Beberapa benda menarik yang aku rasa menarik pada Akash ni ialah dia suka kat jam tangan, so kalau korang pakai jam tangan, mesti dia akan pergi kat korang pastu main-main jam tangan korang. So cute! :3 Pastu dia suka peluk orang and suka gosok-gosok perut orang. Haha Hazim la mangsa dia. Iliana tidak.. hahaha..

Tapi sebenarnya, dalam happy happy dengan gelagat diorang, rasa jauh hati jugak bila tengok diorang, tambah-tambah yang Akash ni. Dia kecik lagi, and hidup dia hanyalah dalam pusat jagaan ni, and takde rakan sebaya. Sedihhhhhnyaaa :'(
Makanya, bersyukurlah kita dikurniakan oleh Allah SWT dengan tubuh badan dan akal yang sempurna. Kalau kita rasa kitalah yang paling tak bernasib baik dalam dunia ni bila baru sedikit diuji oleh Allah, ingatlah kat luar sana lebih ramai orang yang berhadapan dengan ujian yang lebih besar. Satu pengajaran baru buat aku juge yang selalu merungut bila dihadapkan dengan sedikit masalah :(

Okay semoga kita memperoleh segala yang baik-baik sahaja menerusi apa kerja yang kita lakukan. Semoga Allah juga redha dengan niat kita join program-program volunteer macam ni. Aameen.

Terima kasih membaca! Babai.
Assalamualaikum!

Wednesday, January 9, 2013

First of January 2013; Dishes, Manipal

Assalamualaikum, hi!

Saya datang lagi dengan entri makanan! Hahaha..
Yep memang berhasrat nak tukar blog ni jadi blog makanan pun =..=

Oh yeah haritu dah update entri pasal makan-makan 31 Disember kan, now nak update pasal makan-makan 1 Januari. Hihi. Well, dok kat India ni (specifically in Manipal) memang tak habis makanan dicuba. Yang habis, duit. Arghh yes! Memang ramai yang mengadu banyak habis duit kerana makanan T_T tapi okay what. Bila lagi nak merasa makanan-makanan yang best kat negara orang kan. Hehe

Okay so, this time aku (eh entri ni gua nak guna 'aku' okay) keluar makan dengan dak-dak ex-MD62 (classmates masa kat KMS dulu) pada malam awal tahun 2013 di...........

DISHES!

Ye. Inilah restoran kecik comel yang bernama Dishes. Tak pernah makan lagi kat sini, so, 1 Januari telah merasmikannya hihi.

So siapa yang terlibat kali ni?


Nabila dan Wani (dakdak Kedah habaq hang)



Farah, Sarah dan Fiqah! [Selangor, Penang-Perak(Sarah pun konfius agaknya dia yang mana satu hahaha), Terengganu]



Andddddd, me and Syaza! (Perak, KL-JB) hahahahaha

Perlu ke nak bagitau tempat asal semua orang? Pulak.

Okay so malas nak cerita banyak-banyak, so I'll just put the name of the dish, price and the comment of the food ye?



Chicken Shawarma
Rs. 40 (RM 2.40)

Dia ala-ala roll, and ada banyak jenis sebenarnya dan aku sangat suka akan kemurahan, makanya aku order yang paling murah. Hihi. Kat sini namanya shawarma, dan cam makanan common kot kat India sini. Kulit di luarnya amat lembut, nyamnyam.. ayam, sayur, mayonis, semua ada dalam tu. Dan tak ingat pula ada ke tidak cheese dalam tu. Well, aku suka makanan ni sebab aku memang suka makanan style camni! Hehe sukeeee ngatngat.



Masala Chicken
Rs. 120 (RM 7.20) / 4 pieces

Ayam panggang perisa masala. Jujurnya dah 4 bulan duduk India ni, still tak tau perisa masala tu camne sebenarnya. Maggi masala la, ayam masala la, masala dosa, itu masala, ini masala. Tapi ianya tidak pernah bikin masalah kepada sesiapa yang makan. Okay lame.

Ayam ni kitorang kongsi! Hahaha. Makan dengan roti biasa boleh, dengan naan boleh, malah diratah begitu sahaja pun boleh!

*dosa is tosai in Malaysia okay k k k?



Butter Naan
Rs 25

Ha naan kat sini ada banyak jenis. Syaza order cheese naan. Iliana pula butter naan. Best ngat makan dengan ayam tu. Tapi kalau ada kuah kari campur dengan kuah dal macam gua selalu makan roti canai kat Malaysia tu, mesti lagi sedap T^T rindunye makanan Malaysia :'(


THIS! Tak ingat namanya mahupun harganya hahahahahahhaa. Sebabnya ni meja Farah Sarah Fiqah yang order. Hihi. Yang ni isi ayam ni.. dia buat macam ala-ala sosej. Sedap. Terasa sangat rempah dalam adunan daging ayam tersebut ewah komen macam style-style Kelas Kau Maria kan. Hihi



THIS! Hitam jangan disangka rentung yang pahit. Namun ia bukanlah rentung. Taktau asal kalernye cenggini hahaha tapi SEDAP! Daging kambing. Ni pun sangat terasa rempahnya. Huiiii dap! Cicah dengan sos en. Ni buat ratah-ratah best la kan.



Ni nasi briyani Wani. Nasi briyani kat India ni ada banyak jenis. And dah common dah dalam tekakku. Ewah. Kalau kat Malaysia memang tak jumpe dengan mudahnya la kan cam jalan-jalan pastu lapar then tengok kat kiri kanan jalan then like "eh ada kedai makan jom makan jom". Ke aku je yang rasa nasi briyani ni bukan common thing kat Malaysia even nama dia sangat familiar? Sebab aku rasa kalau jumpe pun kat kenduri kawen hahahahaha. Kat sini ayam or daging kambing untuk nasi briyani semua disorok dalam bekas nasi tu. That's what i like about nasi briyani. Dia cam feeling-feeling makan nasi arab. And that kuah putih sampai sekarang takleh discover apakah ia. Tapi dia cam kuah makan dengan nasi briyani. Like EVERY TYPE OF NASI BRIYANI. Macam one of my friend yang dari Penang, dia kata dia tau makan dengan kuah putih ni sebab dia dah biasa makan kat Penang dulu.

Okay so lame you are Iliana. Amy dah biasa kot makan nasi briyani kat Malaysia hahahahaha

Setakat yang aku pernah rasa kat sini adalah chicken dum briyani, tikka masala briyani, dan hyderabad briyani. Hyderabad briyani ni nasi dia hijau-hijau sikit. Sebab masak dengan cabai hijau kot. And pedas-pedas sikit dari briyani lain. Erm, maybe. Hihi

Standard price untuk whole set of briyani kat mana-mana pun kat Manipal ni is around Rs 80 - Rs 90 kot. So dalam RM 4.80 - RM 5.40. Boleh kongsi dua orang. Rakyat India makan sangat banyak portion dia okay! Kalau half set, kecik sikit mangkuk nasi dia, so boleh habis sorang, mungkin. Dalam around Rs 60 (RM 3.60).



And last sekali nak share dalam blog ni ialah this

Clear Chicken Soup
Rs TAK INGAT DAH HAHAHAHA (Rs 45 agaknya)

Saje je nak test sebab nampak Farah pun order hihi. Biasa je rasanya. Tapi kalau minum time musim yang sejuk best la sebab dia rasa hangat-hangat sebab rasa rempah dia agak kuat. Makan dengan nasi pun best ni.

Okay la tu je makanan kali ni. Air takyah share la kan. Haha. But selama ni ingat cold chocolate kat sini kat mana-mana pun rasanya sama dan sedap, rupenye cold chocolate kat Dishes tak best. Taknak order dah :( Tapi setakat ni rasanya cold milk kat Manipal ni, kat mana-mana pun sedap! Seriously susu kat India sedap gile!

Ikhlas,
dari insan yang benci minum susu semasa di Malaysia kecuali susu tepung yang ibu bancuh time bersahur setiap kali bulan Ramadhan :')
Love you ibu hihi

Bye. Assalamualaikum!