Order Guidelines

Saturday, December 24, 2011

Kepala Blog Baru

Assalamualaikum!


Okay. Ye tuuuu diaaaaaaa tajuk entri kita. Kepala blog baru. Macam tak payah la sangat nak translate kan. Ngengadeww je lebih. Kisahnya lebih kepada penukaran header baru blog ai ni. hikhik. Blog ni plain je, before ni pun pakai header plain jeeeee. Sebelum ni gua pakai header yang didesign secara malas dan bajet macam cool la tu buat style word LAENA yang dikotak-katikkan tu. Ye, dikotak-katikkan di sini bukan membawa maksud yang gua dipermainkan dan dibudak-budakkan oleh diri gua sendiri, tetapi word LAENA tu diletak atau dihiasi dengan kotak-kotak. Heh? Tak faham sudah. Tengok gambar sudahhh~


Ni la dia. Zaman LAENA diperkotak-katikkan. Kini aku sudah bebas dari kotak. Well, people used to say, Think Out of the Box. Yeahh and now i'm free and currently i'm staying outside of the box. Wuhuu

Okay bila cakap pasal out of the box, mesti la something yang creative and semestinya bukan yang plain (awas. Plain bukan bermaksud putih yang nampak bosan semata-mata). So, kali ni bercadang tak nak pakai font yang disediakan di dalam program editor. Cey kali ni nak guna konsep c&p lah (kopi dan pasta). Untuk wordings, terima kasih kepada Encik Google! Saya google je huruf-huruf tu =.=
Keje malas ke ni? Ahhh tak la malas sangat.. nak mencari huruf yang tampak menarik pun perlukan masa, dan itu merupakan satu kerja! Jadi di sini, saya tak malas walaupun menggunakan teknik c&p (kopi dan pasta).

Berikut merupakan hasil pencarian dan juga merupakan huruf-huruf yang digunakan untuk header baru ni :)




oh ya. Memang huruf 'a' selepas huruf L tu tak ada. Sebab huruf 'a' tu tak pakai c&p (kopi dan pasta). Huruf tu tulis je terus dari program editor. Jangan persoalkan kenapa!! ai marah nanti.

Lagi satu, memang penting ada huruf L style old english tu. Well, L-kun.. ai minat dia, dia pun minat ai sikit-sikit.


So inilah hasilnya. Cantum-cantum-cantum, bak kata Iliana c&p (kopi dan pasta)... dan siap! Oh ya, saje menambah muka Hatake Kakashi versi perempuan kat situ. Kaler merah kan, nampak berani sikit. hahahahha

Okay itu sahaja. Oh ya, di sini saya menggunakan program yang sama saya gunakan untuk design 'bunting' dalam pertandingan kat Kolej MARA Banting bulan Oktober hari tu (nampaknya ai tak cerita lagi pasal kemenangan ai di sini. ehehe), iaitu Adobe Photoshop CS3. Ye, ai bukannya profesional pun.. tu pasal kerja macam ni je.. hahaha.. Tapi menang nombor satu kayhhhh untuk pertandingan design 'bunting' tu. hahaa. Okaylah kot untuk kerja orang tak profesional. haha

** 'bunting' tu bukan bunting = mengandung okayy. Ramai orang yang tak tau bahawasanya banner yang menegak tu namanya ialah 'bunting' (sebutan: banting). Banner is banner, and bunting is not a banner. It is a bunting. Diorang adik-beradik... rupa tak sama, nama pun tak sama gak lah.

Assalamualaikum:)

No comments:

Post a Comment