Order Guidelines

Tuesday, December 20, 2011

#1 My Precious

Assalamualaikum, ola :) Kali ni saje nak post pasal hobi. Ala hobi lama, tapi still sampai sekarang ada la tempias-tempias sikit hobi lama ni. kihkih. Dulu-dulu start kumpul setem pun masa darjah 6. Actually, mula-mula eksaited terlebih je tengok kawan kumpul. Best gilaaa tengok! So, balik sekolah je, terus pegi punggah-punggah semua laci kat rumah sebab NAK CARI SETEM je. Memang buang tebiat =.=''

Cey masa tu tau dah macam mana cara terbaik (terbaik ke?) nak tanggalkan setem tu dari sampul sebab pernah baca dalam Mastika (no no... tak perlu tau kenapa dari Mastika. Malas nak cerita.). Senang je. Gunting keliling setetm tu, then rendam dalam air sampai lekang. Kalau taknak gunting pun boleh, rendam je satu sampul surat tu. Ambik kau. haha
Then, biarkan mereka kering :)

Okay, mari teruskan sesi bercerita. (dalam sesi kali ini, saya mahu menggunakan kata ganti diri, ai aka I.)


Ni ialah album setem ai yang pertama. Yang secara rasmi punya. Album setem tak rasmi mula-mula tu handmade. Buruk. Tak suka. Sho, masa tu jalan-jalan kat pasar raya. Nampak je album ni kan, terus pegi kat ibu kata "orang nak album setem ni. Boleh laaa... Ni jadi hadiah hari jadi orang tau tau tau." Tak malu ke mintak hadiah hari jadi? Macam normal je. hikhik. So, ingat lagi, harga album ni RM13.00. Album ni semuanya ai isi dengan setem dari Malaysia aje.

Thank u Ibu!!



Cey tadi konon-konon nak mengimbau kembali kenangan lalu la. Bukak-bukak je album ni.. TADAAAA...!
Ada setem asing dalam ni. Gambar bola pulak tu.

Masa bila ai ada beli setem bola ni? Pape pun ai hepi !
Rupa-rupanya adik ai punya. Tak pe la. Kasi kakngah terus je la. Alang-alang dah menumpang dalam album orang kan kan kannnn. hehe


Ini page pertama. Tetiba sesat duit RM1 klasik dalam tu =.=''

Ada lembaran mini je kat 1st page ni. Okay tak menarik perhatian korang pun -.-



Pastu eh eh, terselit pulak setem yang dalam paket lagi ni. Ni maktam belah ibu yang kasi. Masa diorang pegi melancong ke Melaka beberapa tahun lampau. Gagal dikenalpasti negara mana punya setem ni -.-
Thank u maktam !!



Ni 2nd page. Setem zaman 70an 80an gitu la kot. (1st 3 rows + 2 1st setem kat 4th row). Ni macam ala-ala section tumbuh-tumbuhan la kan. Tak tau la macam mana orang selalu simpan or organize setem diorang. Tapi ai suka susun ikut negara>jenis>set>harga.
Ha macam tu la.



Ni section anak-anak raja. hihik. Atas-atas tu setem gambar raja-raja. Yang ke bawah-bawah tu semua setem klasik. Zaman Malaya. Oh ni section paling ai gemari !!
Suka takkk setem tiga segi??? Pejabat pos zaman sekarang sepatutnya lebih banyak mengeluarkan setem berbentuk pelik-pelik bagi menggembirakan jiwa Iliana!! -.-



Ni ada yang ikut set. Ada yang main ikut sesat je (ade ke ayat macam ni?).



Ni section haiwan-haiwan manja (bilanya deme manja.. semua ganaih)



Sambungan haiwan-haiwan manjewww..



Section kenderaan-kenderaan



Section takde makne =.=



HA HA HA!! Sapa suka setem padi kelapa sawit dan yang sama waktu dengannya??
Boring dowhhh setem gambar ni. Dulu-dulu asal posmen datang rumah je, mesti akhirnya akan berakhir dengan kekecewaan. Dah la orang datang menyambut posmen dengan muka penuh harapan *.*

Last-last....
dapat setem padi je???

Oleh sebab banyak sangat setem padi, tiba-tiba dapat idea nak kumpul ikut negeri. Pastu susun macam tu bertindih-tindih sebab nak jimat ruang. hehe



Okay yang ni pulak album yang kedua. Ayah belikan masa ayah pegi Johor dulu kot. Ni album untuk setem-setem luar negara.



Bukak-bukak je..

awwwhhh... terharunye! haha

(ala UPSR je pon...takyah nak excited lebih)

Catik kan tulisan ayah ai? Tulisan ai pun catik jugak, but ai wonder kenapa orang kata tulisan ai buruk walaupun ai dah tulis dengan sekemas mungkin. Is it just me who can see the beauty of my handwriting? why oh why.

Thank u ayah!!


Ni setem faveret. Beli kat Lokeng (tak tau ejaan sebenar!!) kat Ipoh. Tempat tu macam pasar karat, memory lane, garage sale or whatsoever. Banyak jual barang-barang terpakai la. Setem China ni beli kat situ la dari seorang pakcik yang baik hati bagi saya beli banyak dengan harga yang murah bukan macam penjual lain yang jual dengan harga yang TINGGI. Kesian kat kanak-kanak darjah 6 ni.



Nampak tak setem New Zealand yang kat atas, kanan sekali tu? Ai sayang setem ni sebab setem ni klasik. hehe



Wuuu apa benda pulak dalam ni?



TADAAAA~!! Ni namanya, sampul surat hari pertama! or dalam omputehnya.. 1st Day Cover. Kat mana-mana badan Pos kat dunia ni pun semua ada publish 1st Day Cover. Temanya bergantung lah pada... err.. temanya lah.



Apa yang membuatkan 1st Day Cover ni berharga? Selain setem, dan brochure kat dalamnya tu, atas sampul surat ni ada cop yang mengikut tema sampul tu. Cop ni bukan senang nak dapat tau tak? Korang takkan jumpa kat post office sebab rasanya cop ni hanya dikeluarkan untuk menge-cop 1st Day Cover. Rasanya lah. hikhik



Okay this is the best, the coolest, the most awesome thing I ever had! Limited ni tau tak? Dapat masa darjah 5 sebab join Filateli punya contest mewarna. Tak rugi ai join youuu...
Setem ni  hologram, bila gerak-gerakkan, kita boleh nampak KLCC tu bertukar-tukar kaler. Cantik sangat!



Inilah untungnya mengumpul setem. Setem ni sebenarnya satu pelaburan jugak. Makin lama, makin tinggi nilainya. Masa tahun 2003 sahaja, setem ni dah mencecah RM45 harganya. Baru-baru ni tanya kat pekedai jual setem kat Muzium Setem kat Melaka dekat-dekat je dengan A'Famosa tu, uncle tu kata sekarang nilai setem ni nah naik jadi RM60. WOW, I SAY WOW! Haha. And of course, uncle tu kata dia pun ada setem ni.

Gambar tetiba jadi gelap kan? Sebab tiba-tiba hari jadi mendung. Jadi tak dapat meneruskan sesi menangkap gambar di dalam bilik. Jadi, mari kite teruskan di tepi sliding door ruang tamu!



Okay, hari tu kitorang pegi holiday kat Melaka sekali dengan family paktam and makyang (belah ibu). Orang lain shopping benda yang biasanya orang shopping kat tempat pelancongan, ai pulak, SHOPPING SETEM?

Yeah, habis RM40 la jugak..



Ni harganya masa keluar RM5 je. Masa ai beli tu, ai beli dengan harga RM12. Walao wehhh...
Setem ni dikeluarkan sempena Tahun Arnab 2011 untuk Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai !!



Ha this one sangat menarik! Tengok la bingkai dia pun dah menarik. Bentuk postbox. Comel je. Yang menariknya, gambar-gambar postbox kat setem-setem tu dicetak timbul. Setem-setem ni juga security nya sangat tinggi. Nak tau kenapa? Pastu uncle tu tunjuk demo pakai UV light yang orang selalu scan duit kertas tu kan. Hasilnya, kita boleh nampak corak-corak macam corak songket kat atas setem-setem tu. Seriously cantek sangat!!! Tapi lupa nak tangkap gambar =.=



Ni pulak dikeluarkan sempena keberangkatan pulang Sultan Mizan, Agong ke-13 (kan?). Cantik kan?


Ni brochurenye dengan 1st Day Cover. Tengok corak cop dia. Sangat err... tak tau la word yang sesuai. Macam corak-corak sirat-sirat tradisional tu la. Kat tengah-tengah ada jata negara. Sangat halus corak cop tu. Tu pasal berharga gila!




Ni Ijat punya. Ai suka, tapi taknak beli sebab nanti lagi banyak duit kena keluar. So ai suruh dia beli. hehe
Ni temanya pasal Sheikh Muszaphar pegi ke ISS masa 2007 tu.




Ni pulak pembinaan terowong SMART. Tau tak, dua setem dia kat 1st Day Cover tu, hologram. Satu setem boleh bertukar jadi 3 gambar macam yang ditunjukkan dalam brochure dia tu. Best gila.




Ha yang ni Ijat punya jugak. F1 punya. Cop dia pun corak trek.


Okay la takat tu je la ai nak kongsi. Oh ai saaaaaaayang sangat kat setem-setem ai. Sebenarnya best tau kalau luangkan masa tengok setem-setem ni. Setem-setem banyak bagi pengetahuan. Nak tau kenapa, kena check sendiri kat setem. Contohnya macam setem gambar haiwan or pokok, mesti akan ada tulis sekali dia punya nama saintifik. Tu baru satu contoh. Lagi best kalau ada 1st Day Cover sekali dengan isi-isi dia sekali. Lembaran mini pun best sebab setem tu bergabung dengan background dia yang takda ditunjukkan dalam setem.

Banyak bahagian sebenarnya setem ni.. Bukan sekadar sekeping kertas bergam empat segi yang orang selalu nampak tu. Lihatlah dengan mata hati. hahahahahaha


Akhir kata, gua ada setem muka sendiri. Korang ada? hahaha

Assalamualaikummmm!

2 comments:

  1. kite pun ade stem menara berkembar tu jugak.
    btul x sia sia masuk contest mewarna kat skola rendah dlu.
    cantil kot. hha

    ReplyDelete
  2. kamu pon masuk masa darjah 5 tu? haha simpan bebaik weh. mahal dah! hahahaa

    ReplyDelete