Assalamualaikum!
HA HA HAAAA!! AKU NAK JADI GILE!!
Tadi best-best menulis, dah panjang gile tau tak?? Tapi sebab menulis secara offline, lepastu terklik button untuk add photo, habis, HABIS SEGALANYA! Takleh nak buat apa dah. Sebab dia terjadi waktu offline kan, plus masa offline takde autosave. Arghhh tensionnya haku. Haha
Okay, meh la kita try tulis balik apa yang kita dah tulis tadi *menangisi nasib diri di tepi kolam ikan*
Okay camni ceritanya, kitorang gi Sabah 4 hari 3 malam, so the first two nights we spent in Kundasang, and the third night pulak kat KK. So satu malam je kat KK. Dalam entri ni ingat nak cerita pasal tempat kitorang menginap kat Kundasang je, ye la kot-kot leh bagi panduan sikit kat sapa-sapa yang nak travel Kundasang lepas ni.. Hehe
Kitorang menetap di..... KIRAM'S VILLAGE!
Sebenarnya agak lambat jugak kitorang book bilik kat sini. Tu pun lepas ayah bertanya pada suatu hari yang hening...
"Kamu dah cari tempat tido ke belum?"
Oh emm gee.. Nak pegi Sabahnya masa hujung minggu tu, tapi satu habuk pun tak buat lagi! Daku memikirkan cutiku masih panjang lagi agaknya.. TT____TT
So di satu malam, tengah malam, tengah survey-survey tempat penginapan, so terjumpa la Kiram's Village ni. Check je website dia, saya terus terpana dek surroundingnya yang berbunga-bunga..
Prinsip aku nak cari tempat tido kat Kundasang ni:
1. Nak ada suasana nature. Hotel - pangkah!
2. Nak murah murah murah! Ehehehe
Tapi memula baca nama 'Kiram' tu, macam ada perasaan-perasaan cenggitu la kan *you know what I mean hihi*. Nampaknya peristiwa pencerobohan orang Sulu dia Lahad Datu masih berbekas di jiwa rakyat Malaysia.. haha
So lepas dah survey-survey website KV ni sekali dengan facebook page dia, rasa macam dah yakin 'oh inilah tempat penginapanku di Kundasang nanti!' *mata berkaca-kaca*
Dia macam seronok kat sini sebab surrounding dia ada banyak bunga, and terletak dekat dengan gunung Kinabalu. Kedudukannya secara relatif ialah antara Kampung Mesilau dengan Mount Kinabalu Golf Club. Tinggi tempat ni.. ada satu part jalan tu masa nak naik ke tempat ni, jalannya sangat curam, macam nak ke 90 degree dah kecondongan dia gituh. Haha
Ni ada sedikit details mengenai KV ni yang boleh aku share:
Check-in time : 2:00 petang
Check-out time : 12:00 tengah hari
Website : http://kirams-village.com
Facebook : https://www.facebook.com/KiramsVillageCabin
Yang paling penting, kenapa aku suka tempat ni mainly sebab konsep dia. Macam ala-ala kampung sikit dengan binaan chalet-chalet dia dalam taman bunga cewah. Rasa nyaman segar mata memandang camtu lah.
Ni cabin kitorang. Chilli and Onion cabin. Satu malam (weekdays) RM80 untuk satu bilik. And cabin ni ada dua bilik, which kitorang book dua-dua terus. So kiranya kitorang amik satu chalet ni terus la, so satu malam = RM160. Satu bilik ada satu katil single dan satu katil queen. Maksimum orang yang boleh menginap kat sini adalah seramai 4 orang satu bilik. Makanya, kitorang yang 5 orang ni kena la amik dua bilik.. Hahaha... Dan setiap bilik pula ada bilik air sendiri.
Dekat sini ada beberapa jenis cabin/ chalet yang disediakan, dan harga bergantung kepada jenis cabin. Ada cabin yang untuk dua orang je (macam untuk honeymoon je?), ada yang besar siap ada dapur, ada ruang tamu, kawasan untuk ber-BBQ.
Ni main office dia.
Pintu gerbang dia yang aku nak sangat tengok in real life ni. Sebab aku dah tengok awal-awal dalam internet, sungguh jatuh hati saya pada pintu gerbang ni... hahaha. Dengan bunga rosnya yang banyak gila tu. Haihh.. melting :*
Ni jalan menuju ke Mount Kinabalu Golf Club. Sebelah KV ni je.. Jalan kaki pun boleh. Kat depan tu la Gunung Kinabalu. Dekat tak dekat tak dekat tak??? Waktu ni ada la dalam jam 6:30 pagi kot. Ingat ye! Waktu kat Sabah ni cepat lebih kurang satu jam dari Semenanjung, tapi jam tetap sama sebab dah standardized dalam Malaysia ni. Tak perlu kot nak explain benda ni? Semua dah belajar kot masa kat sekolah dalam subjek Geografi dulu.. Sapa taktau, boooo! Hahaha. So yang penting, kena cakna sikit dengan perubahan waktu solat ya ya..
Okay now nak highlight the main attraction kat KV ni, which is bunga-bunga dia!
Subhanallah cantik gile kan? Best gile tengok bunga-bunga tumbuh sehat-sehat je sini.. bestnyaaaa banyak bunga! Whyyyyy bunga taknak tumbuh di tempat panas.. whyyyyy :'(
Mount Kinabalu Golf Club
Ni kat kawasan MKGC ni actually. Boleh je nak lalu nak lepak-lepak kawasan ni. Cantik sangat!
Ni pokok pine kan? Ala kalau tak pun, lebih-lebih kurang gitu la. Hehe. Cantik juge!!!
Dari Kiram's Village ni nak ke pekan Kundasang, takde la jauh mana pun. Ada kot dalam 15-20 minit camtu? Mungkin la. Tapi cam berbaloi la dok sini sebab surrounding dia best, bukan kat tengah pekan. Oh lupa nak cakap, masa kitorang stay kat sini haritu, ada krew-krew penggambaran drama gak yang stay sini. Ada la beberapa artis ada haritu, tapi aku tak amik port pun. Kalau Aaron Aziz atau Lisa Surihani atau Tiz Zaqyah dejavu di kinabalu mungkin aku akan melompat kat diorang wahahahahahaa
Dari segi facilities pulak, KV ada menyediakan cafe kat situ, so pagi-pagi boleh la pi melantak roti canai kat situ. Seingat gua la, sekeping RM 1.80 kot. Dari segi facilities bilik pulak, harap pihak pengurusan boleh tingkatkan lagi kualiti dalam memberikan keselesaan yang tiptop kat pengunjung. Yang lain-lain okay dahhh. Oh, kadang-kadang ada anjing jugak melintas-lintas kawasan ni. Taktau anjing siapa atau anjing dari manakah. Haha.
Okay la tu je nak cerita. Sedeh lagi ni sebab entry yang first tulis tadi sebenarnya lebih berkualiti dari yang ni huhu T_T
Thanks membaca! Assalamualaikum!