Assalamualaikum!
Pekabar readers? Ceyyy bajet la readerS
ngat kan. Tapi mesti la plural untuk word ‘reader’ tu sebab kalau tengok
statistic takde la satu entri tu satu orang je yang bukak kekekeke. Maknanya
lebih dari seorang yang ada bukak entri-entri blog gua ni, so boleh la guna
readerS kat sini hihi.
Tanpa gua sedari, dah lama gua tak tulis
entri berbaur (bunyi cam sesuatu yang negative lak) perkongsian, well, macam
kat sidebar kanan ni kan, kan ada tab (tab ke panggil benda tu ha?)
“Perkongsian Umum” tu kan? Ha yang berbaur cam cam tu la. Haha. So, kali ni
macam ada rasa seruan sikit nak menulis sebab sebelum-sebelum ni kebanyakan
entri yang di-update lately ni semua penuh dengan gambar kan? Satu, sebab
tengok gambar lagi best dari membaca (kalau korang tak cam ni, at least aku la.
Aku ni minda bergambar mungkin cewaaah). Dua, kalau nak menulis panjang, aku
perlukan masa berterusan kat depan laptop. Khusus untuk menulis entri tu
sahaja. Kalau terpotong-potong, potong-potong jugaklah isinya. Nanti tak sampai
apa yang lahir dari fikiran aku yang sebenarnya sebab tak dapat dikeluarkan
masa yang sepatutnya ia dikeluarkan. Heh? Ala like kalau korang terfikir satu
idea bernas korang tu, tapi time korang kena turun hostel sebab, contohnya “Eh
kena pegi jogging kat End Point sekarang ni!” then, idea bernas korang tu tak
sempat dikeluarkan lalu ia masuk balik dalam ingatan lalu semakin degenerate,
degenerate, degenerate, lalu akhirnya, Poof! Hilang. Hahaha…. Cey padahal gua
tak pernah pun nak jogging-joging ni kat sini. Tapi tu la, aku nak menulis,
kena pada waktu yang tepat. Ha cenggitu la. And nak bagitau, dalam
perenggan-perenggan yang seterusnya, aku nak guna kata ganti diri “saya”. Well,
ikut mood entri la kan. Haha baru rasa cam menjiwai sikit cewah.
So, kali ni nak kongsi sikit pasal satu
perkara yang manatak kurang penting gak la dalam usaha kita membina jiwa yang
lebih baik. Ek? Lebih kurang la. Sebab perkara ni berkaitan dengan hati. Apa
yang aku nak kongsikan ni, aku rujuk pada majalah JOM, tak ingat edisi apa,
tapi cover depan dia gambar ala-ala Superman tu. Ha. Tau tak. Ni majalah pinjam
dari kak usrah aku kikikik. Sebabnya ada satu kali time usrah tu, kak Atiqa
bagi each one of us satu majalah JOM, then kitorang pick up satu artikel dalam
majalah tu then kongsikan apa ilmu yang artikel tu sampaikan kat semua ahli
usrah kitorang. And artikel yang aku pilih, yang juga merupakan highlight dalam
majalah JOM edisi tersebut, ialah
MENJADI MANUSIA SUPER!
Insha Allah betullah tu tajuknya. Hehe.
Sebabnya dah pulangkan balik dah majalah tu kat kak Atiqa. Kita sebagai muslim
mesti tau yang Allah itu lebih sayangkan hambaNya yang kuat kan. Dan disebabkan
itu kita sangat digalakkan untuk bersukan dalam usaha untuk membina individu
yang kuat. Tapi ada satu faktor lain yang menjadikan kita kuat secara dalaman,
dan bukan secara fizikal. Dan kita jarang mengingatkan diri kita tentang faktor
yang satu ni.
MENAHAN
MARAH.
*gambar dari Google*
Ya. Menahan marah. Nampak remeh, tapi marahlah
yang membuatkan kita lemah secara dalaman. Ni saya beri hadith yang saya rujuk
melalui artikel dalam majalah tu, yalah memandangkan saya membuat entri
berdasarkan artikel tu, jadi hadith-hadith yang saya selitkan dalam entri ni
juga saya rujuk kepada artikel tersebut.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud;
“Orang yang kuat itu bukan
terletak pada kemampuan berkelahi tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat
mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (HR Ahmad)
Sebenarnyakan, ada sebab lain juga kenapa
saya pilih artikel ni untuk dikongsikan dalam usrah hari tu. Sebabnya, saya
rasa tapik ni dekat dengan saya memandangkan saya adalah jenis yang cepat marah. Is it sensitive? Sifat
marah dan sensitive ni kadang-kadang saya rasa satu pakej, sebab sebab
kadang-kadang kita terlalu sensitive, so cepatlah terasa dan bila cepat terasa,
cepatlah marah kan? Tapi bergantung la pada individu tu. Ada yang sensitive,
tapi tak cepat marah. Manusia kan boleh tergolong dalam 4 jenis, iaitu:
1.
Cepat marah dan cepat hilang
marah
2.
Lambat marah dan lambat hilang
marah
3.
Cepat marah dan lambat hilang
marah
4.
Lambat marah dan lambat hilang
marah
Rasanyakan, yang nombor 3 tu la paling
hardcore kut hehe. Sebab dah la cepat marah kan, pastu lambat pulak hilang
marah. Okay okay takpe. Saya nombor 1 tu mungkin, berdasarkan pengamatan
sendiri pada diri sendiri haha. Sebenarnya dulu-dulu sifat cepat marah ni tak
memberi masalah pada saya pun sebab saya seorang yang jenis memendam perasaan
marah tu dalam diri diam-diam, dan akhirnya hilang macam tu je la, tapi sejak
terjebak dalam dunia social networking, kita seakan-akan rasa kita mempunyai
kebebasan bersuara yang mutlak semutlak-mutlaknya. So kesannya, kalau marah je,
update kat status Facebook. Kalau terasa je, tweet kat Twitter. Kalau bengang
je, update kat blog. Benda ni dah jadi common kan? Termasuklah saya jugak. Dan
kesannya, saya akan rasa sangat tak selesa dan seakan macam ada satu perasaan
bersalah mengganggu dalam hati lepas dah meluahkan perasaan tak puas hati tu
kat website-website social ni.
Dan Alhamdulillah, sejak dah bertambah usia
dan bertambah matang sikit ni ececehh saya cuba untuk mengawal keinginan untuk
menceritakan segala perasaan marah saya kat internet. I want the old me. Saya
dah cukup jauh tersasar dari diri saya yang dulu. Seriously. I wasn’t what I am
now. Dan untuk mengawal diri untuk marah tu ada banyak cara sebenarnya. Banyak
je. Sebab agama islam kan lengkap, memang agama dari Allah jadi hanya Allah
yang tau apa yang boleh melengkapi kehidupan hamba-hambaNya. Jadi, kat sini
saya nak share sikit panduan mengawal kemarahan yang akan saya huraikan
mengikut pandangan dan pengalaman sendiri dan point-pointnya, terima kasih
kepada majalah JOM hehehe.
SENTIASA
MEMBACA AL-QURAN DAN BERAMAL DENGANNYA
Al-Quran adalah manual kehidupan kita yang
Allah berikan kepada kita untuk memandu kehidupan kita ke jalan yang
sebenarnya-benarnya. Dan dalam Al-Quran itu sendiri terkandung macam-macam
bentuk ilmu kan, ada sains, ibadah, sirah, dan termasuklah juga nasihat. Jadi
kalau kita marah, sesuai sangatlah untuk kita membaca Al-Quran sebab dalam
Al-Quran kan ada nasihat? Special dari Allah pulak tu kan. Come on, tak rasa
special ke kita sebab memiliki kata-kata Allah dalam tangan kita? Tuhan tu,
Pencipta kita semua. Tak rasa special ke? Sangat sangat special *pejam mata sambil mengangguk-anggukkan kepala
dengan muka yakin*
Dan kalau dah special dari Tuhan kita,
mestilah setiap nasihat yang kita perolehi dari Al-Quran adalah nasihat-nasihat
yang meyakinkan dan memang akan membantu hati kita sendiri, well, khas dari
Allah kottt :)
“Dan sungguh, Al-Quran itu kebenaran yang meyakinkan.”
(Al-Haqqah, ayat 51)
Dan kalau korang cam ai, well, tak reti
bahasa Arab en en en, bacalah terjemahan Al-Quran. Ehee. Barulah sampai maksud
ayat-ayat yang kita baca tu pada kita kan?
MENJADIKAN
RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI ROLE MODEL DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN
Dalam agama kita sendiri, kita dah ada role
model yang boleh dijadikan ikutan iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Siap dah diiktiraf
oleh dunia sebagai manusia terhebat dalam dunia ni kan? Nabi kita di samping
menjadi pemimpin, baginda juga mempunyai akhlak yang sangat mulia yang boleh
dicontohi. Kat sini saya tekankan dua perkara, iaitu pemimpin dan akhlak. Hal
ini sebab saya nak kita bandingkan Nabi S.A.W. dengan diri kita. Rasulullah
menjadi pemimpin yang sangat besar tanggungjawabnya, tambah-tambah lagi masa
berdakwah. Macam-macam dugaan yang baginda terima, sangat berat kalau nak
dibandingkan dengan apa yang kita pernah lalui, tapi tengok macam mana
bersabarnya Rasulullah yang tak pernah marah pada orang-orang yang
menyakitinya.
Satu contoh yang boleh saya bagi adalah
kisah baginda dengan penduduk Taif. Nabi disakiti oleh penduduk Taif, berdarah
kerana dibaling batu oleh mereka sehingga penuh kasut Nabi berisi darahnya
sendiri. Lalu malaikat Jibril meng-offer untuk menghempapkan bukit Taif ke atas
penduduk-penduduk itu, tapi Nabi terima ke offer tu? Agak-agak kalau kita kat
tempat Nabi ketika tu, pastu dalam kasut Vincci kita masa tu la kan contohnya,
kasut Nike ke, kasut Converse ke, kasut beli kat Nose ke, made by Jimmy Choo
ke, penuh dengan darah kita sendiri akibat dibaling batu oleh sekumpulan
manusia, kita terima tak pelawaan Jibril tu? Saya rasa, ya saya memang yakin,
yang kita akan lebih memilih dan memang mahu memilih untuk menerima pelawaan
tersebut. Saya tak menghukum, tapi tanyalah pada diri sendiri. Sedangkan kita
kalau disakiti sedikit pun, malah hanya diuji dengan kata-kata yang menyakitkan
hati sahaja, kita dah marah. Sedangkan bukan itu satu je dugaan yang Nabi
dapat, berlambak lagi. Tapi marahkah Nabi kita? Sedangkan kalau nak bandingkan
taraf baginda dengan kita, siapalah sangat kita ni. Layakkah kita nak
marah-marah over-over sebenarnya ni kan? Masha Allah tertampo diri sendiri lak
haha :’(
Allah S.W.T. berfirman dalam surah
Ali-Imran, ayat 33-34, iaitu
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari
Tuhanmudan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang
disediakan bagi orang yang bertaqwa,(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu
lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan
(kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.”
Makanya, Nabi Muhammad S.A.W. adalah role
model terbaik kita dalam usaha kita mengawal marah! ;)
MELATIH
DAN MENGAJAR JIWA DENGAN PELBAGAI SIFAT TERPUJI SEPERTI SABAR, LUHUR DAN TIDAK
TERGESA-GESA DALAM SEGALA HAL
Bila kita menjadi Nabi Muhammad S.A.W.
sebagai role model, secara tak langsung kita juga dalam usaha melatih diri kita
sendiri dengan sifat-sifa mahmudah. 2 in 1.
“Fasobrun
jameel”, sabar itu indah.
Allah berfirman dalam surah Asy-Syura, ayat
43,
“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang
demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”
Allah telah mengatakan bahawa bersabar itu
termasuk dalam perbuatan yang mulia. Macam kalau masa sekolah rendah dedulu
kan, kita belajar nilai-nilai murni. Pastu kalau asal perbuatan mulia je, mesti
contohnya macam kalau terjumpa barang berharga tepi jalan, kita jangan ambik,
kita bagi kat balai polis. Kalau ada benda-benda yang menghalang laluan jalan,
kita alihkan ia, itu pun perbuatan yang mulia. Tapi dalam situasi marah ni
pulak, dengan bersabar dan memaafkan sahaja dah cukup menjadikan perbuatan kita
itu sebagai mulia. Tak guna energy pun kan. Tak guna kekuatan fizikal pun. Tapi
dah mulia dah perbuatan tu. Tak luak mana pun energy kita kan ewah.
Tapi ya, realitinya memang sukar nak
bersabar dan memaafkan tambah-tambah bila kita disakiti, tapi at least kita
boleh cuba kan? At least in my case, saya cuba melawan perasaan nak meluahkan
perasaan geram atau marah dalam facebook atau twitter. Tapi kadang-kadang tu,
ada jugak lah terlepas sikiiiiiit hehe. Tapi takpe, perlahan-lahan kita cuba
sebab Allah kan pandang pada usaha kita walaupun sedikit, kan?
Macam kisah burung sewaktu Nabi Ibrahim
dibakar tu, burung tu berulang-alik membawa air dalam paruhnya yang kecik tu
untuk dituang ke atas api yang marah tu (banyak kali kisah ni ditimbulkan dalam
usrah kitorang hihi). Walaupun nampak macam impossible je nak padam, tapi at
least ada usaha kat situ kan? Ambil ibrahnya di sini, satu-satu perkara yang
baik yang kita nak buat tu, usaha yang sekecil-kecil usaha pun dikira sebagai
usaha juga. Anggaplah melawan nafsu marah sendiri sebagai jihad kita en en en
;)
Oh ni ada selingan sikit, semalam terbaca
status sorang kawan kolej ni dulu, tapi ada yang kata ni ayat Zizan, eheh
taktau la aku, sejak dok India ni berita yang gempak-gempak je yang dapat
diambil tau, yang lain-lain harammmm dengor. Haha. Okay statusnya lebih kurang
cam ni lah,
“Kalaulah mak Si Tanggang menyumpah Si
Tanggang dalam keadaan tenang dantidak tergesa-gesa dan marah, pasti Si
Tanggang akan disumpah menjadi emas ataupun Lamborghini.”
Haha nice gile ayat ni. Ku sukaaaa! Nampak
tak, kalau kita tak tergesa-gesa dalam sesuatu hal, dan emosi kita dapat
dikawal dengan baik, mesti pengakhirannya juga adalah kesuahan yang baik kan
kan? Yang stok hepi hepi ending je kan. Haha
KETIKA
MANA DIRI DALAM KEADAAN INGIN MARAH KEPADA SESEORANG, REDAKAN SEGERA DENGAN
MENGINGATI KELEBIHAN ORANG ITU
Ni saya rasa sangat berkesan. Because I
have tested this on myself! Haha. Kalau kita marah kat seseorang tu, perasaan
marah tu hanya akan mengorek balik keburukan-keburukan silam orang yang kita marah
tu, dia takkan keluarkan balik cerita-cerita yang nice-nice je pasal orang tu,
dan ini hanya akan menjadikan kemarahan kita semakin mebuak-membuak. Common
sense la kan, kalau marah selalunya memang kita akan fikir yang buruk je pasal
orang tu. Tapi bayangkan, kalau ada api yang tengah marak, tiba-tiba ada orang
curah air sejuk ke dalam api tu, SPLASH! Api pun padam dan bayangkan keadaan
kat situ tiba-tiba rasa sangat nyaman dan sejuk (kenapa terbayangkan iklan
Listerine atau chewing gum yang perisa berangin-angin ni ha?). Ha macam tu la
perasaannya kalau kita lawan perasaan marah kita tu dengan mengingati
kebaikan-kebaikan orang tu. Serius macam ni la perasaanya! Haha
Contohnya kita marah kat seorang sahabat
kita, atau mungkin terasa hati je lah kan. Mungkin a few first moments kita
akan melayan perasaan marah kita, tapi lepas tu cuba kita cut scene buruk-buruk
pasal sahabat kita tu, dan cuba recall apa kebaikan yang sahabat tu dah buat
kat kita. Confirm banyak lah kan. Insha Allah kita akan dapat terima dan cuba
untuk redakan kemarahan kita tu.
Saya pulak ada ingatkan diri, kita berkawan
bukan nak masa senang je, tapi masa susah jugak. Tapi fair ke kalau kita terasa
sikit, terus kita nak mengamuk-ngamuk kat kawan kita tu, sedangkan kalau kita
susah dulu, dialah yang kita cari, dialah tempat kita nak mintak tolong,
tambah-tambah kalau kita jauh dari family kan, sahabat-sahabat kita la yang
menggantikan ahli keluarga kita kan? Hummm memang kena jaga hubungan baik kita
dengan sahabat-sahabat kita! *muka
yakin*
Untuk
membuatkan hati kita bertambah berbunga-bunga dan bersemangat nak mengawal
perasaan marah, terdapat hadith yang berbunyi:
“Tidaklah seorang hamba menahan
marah kerana Allah kecuali rongganya dipenuhi dengan keimanan.” (HR Imam Ahmad)
Pertama sekali, kalau kita nak menahan
marah, kita buat kerana apa? Lillahi ta’ala. Kalau bukan sebab Allah, sebab apa
lagi kan? Motif segala yang kita buat ni semua kerana Allah kan? Kalau tak,
takde makna pun kita nak menahan marah, tapi kita tahan marah kerana kita
mahukan keredhaan Allah ke atas kita balik. Kan. Jadi, berdasarkan hadith tu,
kalau kita menahan marah kita kerana Allah, bermakna kita ni beriman. Tak sure
ayat ni betul ke tak, tapi cam tu la yang saya nak maksudkan. Sebab sebagai
manusia, iman kita ada masanya turun dan ada masanya naik. Dan pada pendapat
saya, iman kita akan turun sewaktu kita marah, di mana waktu tu la syaitan
mengambil peluang untuk mencucuk-cucuk dan mengapi-apikan lagi kita. So, kalau
time marah, kita dapat menahan marah kita tu, conclusionnya? Insha Allah naik
iman kita ketika tu.
Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut,
ayat 2 yang bermaksud,
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan
hanya dengan mengatakan “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?”
Kat sini saya just nak suggestkan, sebab
ada perkaitan antara perkataan ‘beriman’ dan ‘diuji’, so kalau kita rasa iman
kita tu kuat, insha Allah, kita boleh je wujudkan persepsi yang ‘orang yang
membuatkan kita marah tu adalah ujian Allah kepada hati kita’ dalam diri kita
sendiri. Insha Allah mungkin marah kita tak berlanjutan dan bersegeralah
beristighfar (kan kan kan?)
MEMBACA
TA’AWUDZ (DOA PERLINDUNGAN)
Iaitu membaca ‘a
uzubillahiminasshaitonirrajim.
MENGUBAH
POSISI BADAN
Yang ni, saya sendiri pun tak pernah buat
lagi walaupun dah tahu mengenai perkara ini. Takpe kita boleh cuba amalkan
sama-sama yek. Hehe. Iaitu,
Rasulullah S.A.W. bersabda, yang
bermaksud
“Jika salah seorang dalam
kalangan kalian marah, dan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk
kerana kemarahan akan hilang. Jika belum juga hilang, maka hendaklah dia
baring.” (HR Ahmad dan Abu Daud)
BERWUDHUK
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Abu Daud, maksud sabda Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya marah itu dari syaitan
dan syaitan diciptakan dari api. Jika salah seorang di antara kalian marah maka
hendaklah dia berwudhuk.”
Berwudhuk itu salah satu daripada cara
bersuci juga kan, bukan untuk bersolat semata-mata. Berwudhuk pun berguna juga
kalau kita dalam keadaan marah. Selain itu, ada hadith juga yang menyatakan
kalau kita berwudhuk dengan sempurna, kita akan dibersihkan dari dosa-dosa
kecil ( masa kat Malaysia selalu baca hadith ni time masuk waktu solat Asar,
kat TV3 kan. Haha). Anggota badan kita yang berwudhuk juga akan bercahaya pada
hari akhirat.
* *
* * * *
Alhamdulillah habis jugak menulis entri ni.
Tak expect untuk jadi sepanjang ni, tapi tu la menaip tanpa sedar tengok-tengok
dah panjang cenggini. Lama dah tak menaip pepanjang gini ni. So, kesimpulannya,
kita boleh menjadi muslim yang kuat dari dalaman jika kita mampu menahan marah.
Keupayaan kita menahan marah adalah satu indicator dalam bagi menentukan sama
ada kita ni layak ke tidak untuk mendapatkan title “Muslim Super” !
Akhir kata, nak tinggalkan satu ayat
Al-Quran ni, yang mungkin boleh menjadi pemujuk hati kita kalau kita disakiti,
dan dalam masa yang sama kita berusaha melawan nafsu untuk membalas kejahatan
orang kepada kita.
“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang
setimpal, tetapi barang siapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang
berbuat jahat) maka pahalanya dari Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai
orang-orang zalim.”
(Asy-Syura, ayat 40)
*Ada sedikit maklumat dari artikel tersebut
yang mana menyatakan marah kerana Allah itu memang ada. Tapi takyah kot
huraikan dalam entri ni. Yep, marah demi menegakkan agama Allah itu ada :)
*footnote: semua teks yang ber-italic, termasuk subtopics dalam entri
ni diambil sepenuhnya dari artikel rujukan tersebut.
Rujukan: majalah JOM yang dah lupa apa
edisinya hehehe :p