Order Guidelines

Tuesday, January 11, 2011

menarik hari ini :)

MD62 dah diberi tugas untuk menghias Dewan Razak. So cadangannya ialah untuk buat scallop guna kain kaler gold kat dinding dewan, and setiap puncak (puncak ke perkataan sebenarnya?) akan diletakkan belon warna gold+silver dan net ribbons.

untuk meja pulak, sepatutnya dalam perbincangan, alas meja warna merah. dan kitorang pun pergi beli bunga ros warna putih. bunga kecik2 pun warna putih. well, bukan semua yang kita rancang akan menjadi.

scallop tu memang kitorang dah menyumpah-nyumpah (sebenarnya takde lah menyumpah sangat) sebab asal gantung, jatuh. gantung balik, jatuh. yala sebab lekat pakai foam double sided tape tu je. tak kuat. hari terakhir before majlis (Isnin), akhirnya dapat penyelamat ! Pakcik Lahuma ! Beliau la yang telah membantu memaku dinding dewan tu, dan dapat la gantung scallop tu ! belon pulak, warna silver ada, tapi kecewa warna gold takde. terpaksa ganti dengan warna kuning. dan tak metallic pulak tu. tapi, bila dah buat, dan dah rasa penat, rasanya okay la kerja kami ni :) hehe

teringat pulak cerita masa hari Jumaat hari tu, masa pegi beli barang. saya pergi dengan Caja, Fawah, and Izzah. masa pergi kedai kraftangan, tauke dia ni Chinese, and dia pelat kot. Caja tanya ada belon tak kat kedai dia, dia kata ada ! then dia suruh pekerja dia amikkan belon, tapi tau tak apa dia sebut ?

" ****...amikkan BERUUUNN tu ! "

**** tu bukan nama sebenar (nama pekerja tauke tu)

Well, she said BERUUUUN instead of BALLOON. bila Caja betulkan sebutan dia, dia kata,

"Yala, betulla ! Beruuun lah ! "

wakakakaka !!!

alas meja akhirnya warna putih je :( pucat ! tiba-tiba alas meja VIP yang siap sampai tu, warna biru pulak ? memang lari tema kitorang. asalnya warna tema ialah Gold, Silver, Red. Tema : Classic Glamour. tapi nampaknya takde rezeki :(

ni pulak pintu dewan. tampak cantik pada waktu ini. belon penuh ! esoknya datang ke kelas, tengok-tengok belon2 kat tiang tu semua dah takda. semua dah tercabut. haha. takpe takpe...

wah fawah ?

ni bunga yang kalau tidak pasti nampak sangat berseri di atas alas meja berwarna merah :(


RETIREMENT CEREMONY

Lepas majlis dalam Dewan Tun Hussein Onn (DTHO) habis, dua-dua orang yang diraikan dibawa naik atas kereta kuda menuju ke dewan makan. perghhh macam orang kawin ! haha


well, kuda padi tu sangat comel ! sempat tangkap gambar dengan kuda tu bersama Caja Moja :D
kuda tu suke meleleh air liur O.o'''


SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment