Order Guidelines

Friday, January 28, 2011

Hsue Craft 2011 Giveaway

suka tak handmade card or bookmark ? kalau suka, boleh join sama-sama GA ni daripada Hsue Craft ~

comel habis ! hari tu pernah terbaca kat website mana ntah cara nak buat kraf macam ni. nampak menarik sangat. seriously tak pernah nampak kraf macam ni lagi (or maybe saya tak up-to-date langsung kotttt).
tengok-tengok, terserempak pulak dengan GA ni. waaah owner dia buat kraf ni la !
comel gila !
kalau dapat menang, heaven tu. saya nak !
tak pernah jumpe barang baekkkk macam ni !
hope ada luck :) hehe



ni 1st prize. kad dengan hiasan kraf yang macam tu la ! haa..yang macam tu la (tak tau apa nama kraf ni =.=)

ni 2nd and 3rd prize. bookmark. pun comel. boleh le lagi rajin baca buku Chemistry lepas ni. hahahahaha

best la kraf ni ! saya baru berkenalan dengan kraf ni. hehe

GA CUTE2 COLLECTION

Bertemu dengan dia ni masa jalan-jalan kat CraftZone Malaysia. wah. cinta pandang pertamakah ?

ya kot.

sekali pandang, CUTE nya dia.

lepas tu pandang tempat lain. rasa nak pandang lagi sekali pulak.

pandang kali kedua, oh no sangat COMEL la dia.

makin rasa excited pulak. ni tak boleh jadi ni.

okay. nak curi tengok kali ketiga boleh ?

tak boleh pun nak jugakkk !

dan kite pun tengoklah kali ketiga, dan...

OMG !! CUN nyaaaa dia !!

nak ! nak ! nak !

nak menang !

handmade stuff dia semua cute2 !
banyak yang comel2 !
dan semuanya cun !

nakkkk !

for more info , feel free to visit this site ; cute2 collection :)

Monday, January 24, 2011

beza kanak-kanak VS dewasa, dan phone charm order.

oh my... sangat malu hari ni. aaaaa... okay la, nak start cerita dengan cerita pagi tadi. Lepas habis kelas Maths, kitorang stay dalam kelas yang sama, and kawan saya, bernama Fiqah, nyanyi satu lagu ni, dia tak tau tajuk lagu tu. ha then saya terus sambung nyanyi lagu tu. rupa-rupanya tu lagu Jatuh yang Adam nyanyi tu.

apa kena-mengena lagu tu dengan malu ?

post ni ditaip pada jam 3:20 pm. Pukul 1pm lebih tadi, kitorang balik dari kelas, nak pegi makan la kat Dewan Selera (DS). Sebelum sampai kat kawasan blok-blok asrama, kitorang jalan kaki kat tepi jalan tar. kat bahu jalan ada tempat pejalan kaki, cey saya jalan atas tu, kawan-kawan saya Aida dan Sarah ada jalan sekali. And then, terserempak dengan Suriani Omar, budak A-Level Engineering, jalan kaki kat situ jugak. Masa memotong dia, saya tegur la dia, sambil memandang ke belakang (Suriani Omar dah terkebelakang sikit). Okay. Masa berjalan negitu pantassssssss. Sedar-sedar kaki dah tak berjalan kat atas tempat pejalan kaki, sebelah kaki dah berjalan atas jalan tar. Terus terjatuh ! Okay, memang sakit. jatuh terduduk. Buku-buku kat tangan pun terjatuh sekali. Suriani sempat membantu. aaaaaaaa....yang tak boleh bla nya ada senior laki kat belakang ! Tapi tak tau siapa diorang sebab tak sanggup nak pandang mana-mana dah ! Kalau perempuan je takpe la , ala ni normal la kan. malu la jatuh depan org bukan muhrim (eih?). Lepas tu dah sampai DS, pegi menangis kat classmates yang tengah makan, well nangis bukan sebab sakit terjatuh, tapi sebab malu yang sangat-sangat even sakit terjatuh tu tetap ada ! Rasa macam taknak turun makan je tadi ! Tapi Aida dengan Srah ajak jugak, sebab diorang kata makan ayam. Nanti rugi !

Sejarah kisah ini bermula hari tu (tak ingat bila). Ada senior laki sorang ni jalan depan dobi kolej, saya dengan Nabila pun ada kat situ. Tiba-tiba dia terjatuh, DUM !!! bunyinya. Maaf, tak sengaja nak tergelak bila masuk asrama..sebabnya benda tu jadi laju sangat, depan mata, sangat terkejut ! Sejak hari tu, kalau terserempak dengan senior ni, mesti nak tergelak. Bukan niat nak ejek ke apa ! hahahaha...and hari ni dah dapat balasan cashhhh ! Jatuh depan senior lelaki jugak. ha, nasib baik bukan senior laki yang jatuh tu.

Kesimpulannya, Tuhan sekarang bayar cash apa yang kite buat. wakakaka...taknak ingat dah peristiwa jatuh-jatuh ni !

Now nampak tak, kalau masa kecik-kecik dulu, kalau jatuh, kita menangis sebab sakit terjatuh tu. Bila dah besar, kita menangis sebab perasaan malu tu. eih? Perlukah ? Tapi tak boleh control air mata, so nak buat macam mana... =.=

*hari yang sama (Selasa) minggu lepas, baru je kena cakar dengan Borhan kucing hitam gemuk tu kat kaki kiri. Hari yang sama, seminggu lepas kejadian tu, jatuh pulak. habis kaki aku !!!!

ni ada senior kelas BT (tak tau dia amik Biotech or Tindikan) order. buat 4 huruf. Baru semalam perasan huruf N tu terbalik. tapi tak pe la. cantik juge. hikhik. Laz week dia order, baru hari ni dapat bagi. Yala, dia pun student IB gak, mesti tau mcm mana life IB kan..hahaha....I Busy !


Ni buat untuk Anis, kawan sekolah dulu, kawan sama-sama dapat Matrik Perak (KMPk), kawan sama-sama dapat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), dan kawan sama-sama dapat scholarship MARA sampai dah masuk kat Kolej MARA Seremban (KMS) ni. Tapi laz-laz, tetap tak dapat sama bilik. muahahaha

benda ni ialah penanda buku, bentuk buku. boleh dibuka-buka macam buku jugak laaah :)


ni bahagian kulit buku.. ada button star (:

okay, kena jalan berhati-hati lagi lepas ni.

Friday, January 21, 2011

HARI NI BEZZZZZZZZZZ !!!!

Hi ! datang lagi. hehe. comel kan belon kat atas ni? jumpe tergantung kat tepi lab Biology. Hahahaha
*gambar ni bukan diambil pada hari ini*


Ini ialah phone charm Brown Teddy. Mr Teddy ni hensem. harganya RM 4.00, well, ini ialah EXCLUSIVE DESIGN. Exclusive design maknenye satu design per colour tu hanya ada satu jeeeeeee !
Yang ni dah dibeli oleh Miss Abzarul :)


Ni pulak Mr Blue Teddy. Harga asal sama jugak, RM 4.00, and EXCLUSIVE DESIGN,
lepas tu saya tanya pengorder dia, nak tak tambah nama kat belakang? dia kata, NAK ! haaa, tambah nama, RM 1.00 jeeeee.

so overall, phone charm ni RM 5.00.
SOLD to Miss Pika :)

------------------------------------------------------------------------------------------

HARI INI ! APA YANG MENARIK !


Petang tadi pergi kat Blok Akedemik kt foyer tu, nak tanya kot-kot parcel saya dah sampai. Sebab kalau ikutkan masa, memang sepatutnya sampai hari ni atau semalam.
Dan dengan gembiranya, tengok-tengok dah sampai ! weeee !

alamat ke kolej. hihi

ni la isi dalamnya. coooooooooomeellll sangat ! ai likee !


ahha, ni takde owner lagi. nama dia Miss Rabbit yang nampak mukanya macam seorang yang hyperactive. Sape-sape yang nak bela rabbit hyper ni, boleh contact saya okay? hehehe

EXCLUSIVE DESIGN
RM 4.00

Saturday, January 15, 2011

15 Januari 2011

Kedai MR. D.I.Y. memang best !!! Dari 1st time masuk situ dah fall pada kedai tu. ceh macam-macam dia ada jual. Dari barang-barang hardware sampai ke software (software? oh no bukan. i mean barang-barang yang lembut, comel, menawan, etc)

barang pertama yang dibeli pada hari ini ialah bekas ubat ni. kehkehkeh..comel gila,,,tak sesuai lah letak ubat. lagi sesuai letak buttons nampaknya. hehe


bekas ubat tu jumpe kat tingkat atas, harganya RM 1.90 je.

okay lepas tu baru jalan-jalan kat tingkat bawah. Sebabnya, tingkat bawah ni banyaknya barang hardware and plastics. tibe-tibe, terjumpa pulak reben comel-comel ni !

murah gila. 3 meter dalam 1 box tu, harga RM 1.80 je. tau tak, dia bukan reben satin tau. reben grossgrain, mahal lagi dari reben satin biasa tu. reben satin yang printed corak polka dot pun RM 1.00 semeter tau?? tau?? grossgrain semeter yang dijual kat internet pun kalau tak silap RM 1.00 semeter gak, itu pun yang plain punya and saiz kecik sikit dari yang atas ni. tapi yang ni, wow, amazing betul, dah la printed punye, RM 1.80 untuk 3 meter ? perghhh gila la berbaloi. so tak rugi kalau amik 4 boxes. hehe


okay, ini percubaan pertama untuk buat button brooch. okay ke eh? baru lepas beli gam araldite ni. haha. bagus la ! lepas ni, bisnes button brooch pulak la ! hahahahaha

Friday, January 14, 2011

COLORCLICKZ 1st GiveAway 2011

click for the Color Clickz !

okay, ini ada satu giveaway.
nanti akan ada 5 pemenang.
OMG i really want that handmade bear !

well, i already clicked for Color Clickz's GA.
so harap ada luck :D
terima kaseyyy !

to Ony Sayang, Pikok Sayang, Kak Laiza Sayang, dan Wani Wanho Sayang~ mai mai mai tengok sini...hehe...

status diri anda

kalau ada antara korang yang main game status ni masa end year of 2010 ari tu kat fb, mesti tau pasal entry ni. haha

game ni besttttt...rasanya macam kite lebih kenal diri kite, bukan dari pandangan kite sendiri, tapi daripada pandangan orang lain. oh well, kite kadang-kadang tak sedar apa yang kite buat, tapi disedari oleh orang yang memandang. *memandang? stalker? haha. gua tak main la ada stalker-stalker ni. gua yang stalk orang ada la. kihkih

ini adalah reviews daripada beberapa kawan yang ai anta request..hehe











oh ya. semua nombor saya ada nombor 1 dan 3. kadang-kadang ada nombor 0(zero). ala 0 kan macam neutral so takde kesan sangat. ha ha

cuma status yang 1st skali tu je tersilap, pegi letak tahun lahir pulak. cih

-kenapa 1, 3, 13, dan sebagainya yang ada nombor 1 dan 3?

masa kecik-kecik dulu sure korang pon ada main buku biodata-biodata ni kann? ha ai ingat, kalau tulis nombor bertuah, ai mesti tulis nombor 1&3.

-suke sangat dengan nombor ni ke?
ya.

-13/10
-lahir hari Selasa (hari ke-3)
-1 & 3. nampak cantik laaaah. haha
-org asing suke anggap 13 sebagai nombor malang. heh. yaka? i dun care. i am a Muslim. Orang Islam takde percaya-percaya kat nombor-nombor bertuah ke malang. kes-kes budak kecik ada la. hahaha

haha... suke la dekat 13 ! u're awesomeeee !

i LOVE you

?? : 14 Januari 2011
?? : SMK St Bernadette's Convent, Batu Gajah

well it is almost a year since the last time i met my lovely, cute school principal, Miss Ng Lin Hai. so hari ini saya nak berjumpe beliau ! oh no rindunya kat beliau dan cikgu-cikgu SMKSBC. The night before dah texted Ms Ng, tanya kalau teacher ada free time ke masa hari ni, sebab nak datang sekolah. well, she replied me ,

" U r welcome to visit sch and me. After 9am will be fine okay? Be seeing u tmr....:-) "

wahaha...cannot wait to go and meet her ! tapi.......semalam dah tidur lambat, jadi saaaaaangat payah nak bukak mata pagi ni :o
so agak terlambat pegi ke sekolah. dekat-dekat nak pukul 10am baru gerak ke sekolah, ibu yang hantar :)
masa tengah bersiap, Ms Ng text ,

" Morning. Just in case u come, i m now at de canteen. Bye "

haaaaa then terus pegi sekolah. malas lah nak cerita panjang-panjang. The main point is....what did she wrote in my 2011 diary?

OMG sooo sweet ! i love her so much !

" Thank you for being my beloved student for the last 5 years. I have witnessed your growth from an innocent girl to a loving matured young lady. My best wishes and kisses to you in your future endeavours. Always keep your experiences as an ex-SBC in your heart.

With warmest regards,
NG LIN HAI "

matured ? haha..that's what i really wish to be.

ehem i love her so much. macam pagi tadi ibu cerita, kakak ai cakap kat ibu,

" Liana tu pergi jumpe pengetua macam jumpe kawan dah."

haha how i really wanted to be her friend ! tapi apa-apa pun segalanya mesti dibatasi dengan rasa hormat, not more than that. and well, she's older than my parents :)

-she's stay cute forever laaah ! -

*today : makan cheesecake buatan kakak ai. lazatttttttttttt. tak muak mcm certain cheesecake :) hehe

oh ya, masa waktu krisis hari tu, this one girl had told me ,
"pernah dengar tak orang cakap, bila dah sampai ke tahap ni, kita akan jumpe macam-macam jenis orang?"

yes. i remember that saying. it came from my Bahasa Melayu teacher when i was in form 4 or form 5, i cant remember. Cikgu cakap,

" Sekarang ni (masa kat sekolah), awak tengok dunia ni baik je. Semua orang baik. Awak hanya akan nampak dunia ni yang sebenarnya bila dah sambung belajar. Baru awak akan tengok macam-macam jenis ragam manusia. Sekarang ni dunia awak hanya kat Convent ni je."

Puan Kamisah.
cakap cikgu memang betul.
ahha, dan tadi jumpe Puan Kamisah.
rindunye !
and she asked me,

"Awak mesej dengan Miss Ng ya?"
*sambil senyum.

and i say YES ! haha

*kat sekolah Miss Ng terkenal dengan sikap tegasssss terhadap guru-guru.
maybe sebab tu Pn Kamisah mcm terkejut kot. haha

GA saya nak phone casing


ini ialah GA saya nak phone casing !

handphone casing berkait.
WAH !
sukanya !
nampak cuteeeee sangat.
bukan ade jual sangat phone casing macam ni kat kedai-kedai biasa.
special wuuu~

Saya nak phone casing kerana handphone saya memerlukan pelindung yang hebat seperti Superman, tetapi tidaklah gagah seperti Superman yang tough, tapi pelindung yang comel,lembut, dan menawan !

oh no sukenye !

Ony sayang dan Pikok sayang dialu-alukan bersama menyertainya ! haipp !

Purple Shades' First Giveaway !!!

Tak tau bila 1st time jumpe blog Purple Shades ni. Tapi 1st time jumpe, dah suke. hahaha well barang handmade, especially blogger ni buat felt craft, OMG sukanyaaaaa ! sebenarnya memang tunggu blog ni buat giveaway, sebab blog ni best !

setakat ni ada beberapa kali jadi pelanggan blog ni. seronok. kadang-kadang blogwalking saje-saje je kat blog ni dah bagi kepuasan. haha

yala lain orang lain minat,
dan tak pelik pon kalau saya puas tengok blog ni je. haha
rasa macam satu therapy pun ada.


btw, entri ni untuk promote 1st giveaway daripada Purple Shades ni.
Kalau ada rezeki,memang teringin gila nak menang.
hadiah dia best !!
yes, hanya orang yang gila dan bagai nak gila kat felt craft je yang tergila-gilakan nak menang hadiah ni, just like me :) hehe

okay, dalam entri tu Sha ada tanya kenapa suka buat felt craft?
well, saya dah kenal felt sejak dari kecik, tapi tak pernah dapat menyentuhnya sebab tak pernah jumpe dan tak pernah tau kat mana nak dapat kain ni !
sampai lah awal tahun 2010, terjumpe, dan terus dapat sempurnakan impian nak buat handmade keychain yang kemas ! (well kain felt mmg kain yang kemas. haha)
kiranya baru lagi lah saya ni dalam felt craft, baru setahun jagung (yala, baru setahun lebih je ni), tapi,

I ♥ FELT CRAFT SO MUCH !

Thursday, January 13, 2011

GA just for fun 2 ♥

giveaway from Kelly's Life !

there are 3 types of tea sets offered by Mrs. Kelly actually,
but i'm totally in love with this set !
yes, vintage design.
oh i love it !

well, if i got the chance of receiving THIS item,
i would like to give it to my mom,
because she loves these pink-vintage-roses set.
we have a few of this thing in our home.

well, she loves it.
and so do i :)

i wish i can have this for my mom !

Tuesday, January 11, 2011

menarik hari ini :)

MD62 dah diberi tugas untuk menghias Dewan Razak. So cadangannya ialah untuk buat scallop guna kain kaler gold kat dinding dewan, and setiap puncak (puncak ke perkataan sebenarnya?) akan diletakkan belon warna gold+silver dan net ribbons.

untuk meja pulak, sepatutnya dalam perbincangan, alas meja warna merah. dan kitorang pun pergi beli bunga ros warna putih. bunga kecik2 pun warna putih. well, bukan semua yang kita rancang akan menjadi.

scallop tu memang kitorang dah menyumpah-nyumpah (sebenarnya takde lah menyumpah sangat) sebab asal gantung, jatuh. gantung balik, jatuh. yala sebab lekat pakai foam double sided tape tu je. tak kuat. hari terakhir before majlis (Isnin), akhirnya dapat penyelamat ! Pakcik Lahuma ! Beliau la yang telah membantu memaku dinding dewan tu, dan dapat la gantung scallop tu ! belon pulak, warna silver ada, tapi kecewa warna gold takde. terpaksa ganti dengan warna kuning. dan tak metallic pulak tu. tapi, bila dah buat, dan dah rasa penat, rasanya okay la kerja kami ni :) hehe

teringat pulak cerita masa hari Jumaat hari tu, masa pegi beli barang. saya pergi dengan Caja, Fawah, and Izzah. masa pergi kedai kraftangan, tauke dia ni Chinese, and dia pelat kot. Caja tanya ada belon tak kat kedai dia, dia kata ada ! then dia suruh pekerja dia amikkan belon, tapi tau tak apa dia sebut ?

" ****...amikkan BERUUUNN tu ! "

**** tu bukan nama sebenar (nama pekerja tauke tu)

Well, she said BERUUUUN instead of BALLOON. bila Caja betulkan sebutan dia, dia kata,

"Yala, betulla ! Beruuun lah ! "

wakakakaka !!!

alas meja akhirnya warna putih je :( pucat ! tiba-tiba alas meja VIP yang siap sampai tu, warna biru pulak ? memang lari tema kitorang. asalnya warna tema ialah Gold, Silver, Red. Tema : Classic Glamour. tapi nampaknya takde rezeki :(

ni pulak pintu dewan. tampak cantik pada waktu ini. belon penuh ! esoknya datang ke kelas, tengok-tengok belon2 kat tiang tu semua dah takda. semua dah tercabut. haha. takpe takpe...

wah fawah ?

ni bunga yang kalau tidak pasti nampak sangat berseri di atas alas meja berwarna merah :(


RETIREMENT CEREMONY

Lepas majlis dalam Dewan Tun Hussein Onn (DTHO) habis, dua-dua orang yang diraikan dibawa naik atas kereta kuda menuju ke dewan makan. perghhh macam orang kawin ! haha


well, kuda padi tu sangat comel ! sempat tangkap gambar dengan kuda tu bersama Caja Moja :D
kuda tu suke meleleh air liur O.o'''


SEKIAN TERIMA KASIH

Saturday, January 8, 2011

giveaway dari AYEEN'S CRAFT !!

Tadi jalan-jalan tengok blog orang, nampak GA ni, blogger tu joined. So, teringin nak join juge, sebab hadiah dia menarik !!! ada dua pilihan. kalau dapat memang best !

Sapa-sapa nak join, boleh ke sini ya : Ayeen's Craft

OMG bestnyaaaaa kalau dapat ! Hadiah dia dua-dua best !

Kalau dapat
  • Pack A, best sebab boleh pakai buat keychain.
  • Pack B, best sebab dapat benda dah siap ! Boleh terus pakai. hehe
btw,
i love the GA's banner so muchhh !

mau mau mau !!!!

Wednesday, January 5, 2011

ezloveycraft 1st giveaway


giveaway ini tampak menarik.
ai sukeee~ wuwuwuwuwuuu~

nak tag Ony sayang, Pikok sayang, Kak Laiza (hikhik), dan Dhoyah roommate ai.
okay kot ni. hikhik

mali mali join !

^^

gembira pulak

ha hari ni memang gembira la. macam-macam gembira. 1st of course la sebab dapat jugak 35 points untuk last sem final exam ! haa...best la sebab 35 point dah kira lepas ke overseas kalau dapat untuk final sem IB untuk 2012 nanti. hihik
and 2nd, ibu call ai kata parcel button ai dah sampai ! bestnyaaaa ! sampai rasa tak sabar gila nak balik minggu depan time cuti Yang Dipertuan Negeri Sembilan !

lepas dah cakap dengan ibu dalam talian (cey), so saya pon nak tido, tapi sebab rasa excited sangat =.='' , text ibu, kata :

"Ibu, nanti anta mms gamba kain dengan butang yang dapat free tu. Gamba butang yang baru sampai hari ni pun nak jugak. Butang tu tangkap gamba atas tangan tau, senang sikit nak agak saiz dia."

And then malam tadi baru dapat, lepas check phone yang kena tinggal dalam bilik. buat apa bawak pi surau. nyusah je.

dan hatiku terpanah melihat gambar-gambar tersebut...

IBU !! NAK BALIK RUMAH SEKARANG !!!


ni comelllllllll sangat !!


ahha, stock baru kain felt ai. untuk buat segala upcoming project ni ! bestnyaaaaa ! tak sabar ^^
thanks to Sha~ hehe

Tuesday, January 4, 2011

Giveaway Pertama daripada Asma :)

Blog Asma's Felting Box ada buat 1st giveaway ! memang best. hehe. kalau nak baca entri pasal GA ni, boleh klik sini.

Blog ni jual barang-barang handmade, well, ai kan handmade stuff's lover. haha
oh ya, owner blog ni memang buat bisnes felt craft. inspiring sungguh. nak jugak...tapi habiskan dulu belajar dentistry ! :|

ahha,
untuk slogan, hehe,
saya telah memilih,
jeng3...

Saya join GA ni kerana saya suke barang handmade Asma !!!

*yeah, i wanna be a businessgirl...haha....