Order Guidelines

Friday, December 31, 2010

bebelan jalan raya

esok balik kolej. aaaaaa.....tak nak balik.... nak duduk rumah... ha ! tadi berenti kat stesen minyak. stesen tu sunyi.. gelap.. dan.. menyeramkan...

ate kedekot benor pun nak pasang lampunya !!

takde apa dgn gambar ni, tapi tak rasa ke diesel pump tu kelihatan sunyi ? kesian dia.


ahha. siang tadi parking sekejap belakang kereta ni. tengok2, ada nama LIANA ! wakakaka... Suzuki Liana ? ai org pertama nak beli ! hahahahaha !

selamat !

kolej dah habis cuti sem.
and now blogging pulak dah sampai time cuti sem.
selamat.

:'[
nak buat keychain lagi.

GIVEAWAY daripada ANAK PATUNG !

*** tu diaaaaa.... the 1st giveaway from My Freaky Dolls ***

what can I say about this blog ?

1. cute name. FREAKY DOLLS...muahaha...suke3

2. dia jual soft toys yang cute2 juga. suke3 ! anda, anda dan anda yang sukakan soft toys, boleh la tgk blog ni. seronok tengok benda2 yang colourful ni.

3. apa yang saya suka lagi ? each doll has been given their own name. quite interesting, huh ? macam watak2 dalam cerita kartun, ada nama sendiri. comel lah.

okay, ini sahaja :)
selamat berkunjung ~

! Laena Bez !

Thursday, December 30, 2010

PINK bears ??


ahahaha.... ni ialah bears yang ditempah oleh Miss Haiza dan I. Nasir, kanak-kanak kolej Laena Bez ! hiaappp ! kaler pink (awuuuuuu~)

agak sakit mata (ai tak mencintai pink) nampaknya tapi harap2 comel di mata mereka~ ahahahaha

RM 3.00 each

Wednesday, December 29, 2010

lots of new things !

hi ! My Flannel Room datang lagi ! dengan baaaaaanyak brooches. haha
boleh klik pada gambar utk tumbesaran berganda.


1. white star brooch (SOLD to miss Yah)
2. bee brooch (SOLD to miss dhoyah)
3. strawberry brooch (SOLD to miss Yah)
4. orange heart + pink heart with beads brooch (SOLD for Miss Vasqu)


RM 2.50 each


1. kekwa brooch (SOLD for Miss Vasqu)
2. cupcake brooch (SOLD to miss Yah)
3. purple flower brooch (SOLD to Miss Jijah)
4. apple brooch (SOLD to miss dhoyah~)


RM 2.50 each


1. blue/pink flower booch (SOLD to miss yah)
2. purple/pink flower brooch (SOLD to miss aimi)
3. pink/white flower brooch (SOLD for Miss Vasqu)
4. orange/red flower brooch (SOLD to miss aimi)

RM 2.50 each


1. pink star with button brooch (SOLD to Miss Vasqu)
2. white star with small pink flower brooch (SOLD to Miss Yah)


RM2.50 each


paper clip bookmarks

1. red/orange heart (SOLD)
2. blue/red heart (SOLD)
3. pink star (SOLD)
4. blue/purple star (SOLD to miss aimi)


RM 2.50 each


pink bird phone charm (SOLD to miss yah)

RM 4


Pink owl phone charm (SOLD to Miss Nadhirah)

RM 3


grey owl phone charm (SOLD to Miss Nabila)

RM 3


pink guitar keychain (SOLD to miss aimi)

RM 3


red ninja squid phone charm (SOLD for Fikri)

RM 3


orange ninja squid phone charm (SOLD)

RM 3


pink ninja squid phone charm (SOLD for Yong)

RM 3

Monday, December 27, 2010

new new new ~ ^^

yeay... (: baru je habis menjahit, so apa yang Laena Bez dah buat hari ni ?
ingat, barang-barang ni satu design/colour ada 1 je..veeeery limited...hahaha....


cute five-petals flower phone charm !!!

White - available (SOLD)
Pink - available (SOLD)
Purple - available
Blue - (SOLD to Miss Abzzzzzz)

RM 2.00 each




pink cupcake with beads and cream KEYCHAIN

RM 4 - SOLD -


purple butterfly phone charm

RM 3 - available -





bookmark ^^

pink cupcake bookmark - SOLD to Miss Dhoyahhhh -
brown flower bookmark - SOLD -

Sunday, December 26, 2010

for the 1st time, i realized that i am an ARTISAN.


ha. baca dulu link kat atas tu. Sebenarnya just nak cakap yang Laena Bez betul2 setuju dgn apa yang dia tulis tu ! Sebab saya pun penah mengalami benda yang sama, just tak teruk dan tak banyak, sebab bisnes felting craft yang dibuat pon kecik2 je..masa tunggu result SPM dulu.. tapi sekarang pun ada buat jugak, just tunggu waktu free je iaitu CUTI SEM !

Dulu-dulu saya terfikir gak kalau jual benda macam ni, macam nak jadi kaya ? Macam impossible je.

Lepas tu everytime ada orang order, memang seronok buat, tapi perasaan dia macam TERPAKSA. Lain la kalau macam saya buat, and then jual, baru best, sebab kualiti buat benda tu memang HIGH time tu, sebab kite buat sepenuh hati. Lepas tu, bila nak jual benda tu kat orang, rasa sayang gila nak bagi. Takde la pulak kalau buat sebab terpaksa tu jadi tak lawa ke, kualiti rendah pulak. Just macam takde perasaan kasih sayang kite yang membuatnya pada benda tu. orang kata, NILAI ESTETIKA...hahaha..

Bila baca entri blog tu, memang betul, buat benda ni, kalau bukan sebab betul-betul bisnes buat duit, memang takkan kaya. Dia kata,

"Dan every items I've made, aku rasa sayang yang teramat sangat sampai kalo boleh takmo bagi kat customer tu..."

Lepas tu, dia kata,

"seorang artisan tak boleh menjadi ahli perniagaan..
Kerana mereka membuang masa dengan ketelitian dalam setiap produk yg dihasilkan...
Sedangkan seorang peniaga mesti alert pada peluang... Bukan menunggu peluang, tapi mencipta peluang..."

Sama jugak macam miss Shahida Shariff, designer, yang saya suke gila barang2 dia ! As she said,

"This is what i do for living..... i love this not bcoz of money.... but ..... my passion in creating new things... and watching other wearing it and loving it , is a satisfaction for me.... "


okay. that's me. ahahaha. sama lah apa yang saya rasa.

ha. Dah sure ni. SAYA SEORANG ARTISAN RUPANYA.
baru siang tadi post status kat facebook, "IMY (my name's acronim) nak jadi businessgirl yang berjaya. "

-_-'''

well, handmade with

Tuesday, December 21, 2010

what i've done ??

perghh tajuk macam ada criminal case je. Hahahaha. Ni je, tadi baru lepas buat towel cake.. Untuk hantaran kawin customer ibu. Ada 3 helai towel, ni towel paling kecik, so ibu bagi ai buat cake~ Hihik. 1st time buat ni ! Tapi agak tak bez sebab tak buat bintik2 kat strawberi tu. malaih pulak den.


ada chocolate roll tu, 4 strawberries, and ade icing yang comel-comel tu. hehe bezzzzzz bila dah siap !!!

Friday, December 17, 2010

handmade handmade...it's handmade thingy again and again.

*NOT FOR SALE* This is MINE !!
pink dinasour, ahh some say it looks like KUDA. ahhh


Penanda buku


Cupcake and Donut keychains.


okay, ni ada pin di belakang....

UTK APA INI SEMUA ?
FOR SALE.
hihik

Wednesday, December 15, 2010

apa ituuuuu.....

apa ini ??
hahahaha........ projek terbaruku !!!!!!
Nantikan !!
HAHAHAHAHA !!!

Tuesday, December 14, 2010

pluralisme ? saya tak setuju

" Konsep pluralisme ialah konsep kesamaan dalam kepelbagaian agama.

Konsep ini menekankan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama. Bagi penganut-penganut aliran ini, agama-agama besar di dunia seperti Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan yang seumpamanya, mempunyai dua struktur utama, iaitu, eksoterik (aspek luaran / zahir) dan esoterik (aspek dalaman / batin). Agama-agama ini, menurut mereka, hanya berbeza pada aspek luaran atau zahirnya sahaja, sedangkan pada aspek dalamannya ia adalah sama, iaitu menuju pada tuhan yang satu. "

Setujukah anda dengan pluralisme ? Saya tidak ! Boleh ke Islam disamakan dengan agama lain ?
Firman Allah SWT,
" Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya. "
Surah Ali Imran, ayat 19.

Kalau anda ialah seorang pluralist, of course anda tak yakin dengan ayat ni sebab anda akan menegaskan kesamarataan dengan agama lain, ala dalam erti kata lain, tak adil kalau hanya bersandarkan pada ayat al-Quran hanya kerana seseorang itu beragama Islam.
Tapi cuba kite tengok balik, kalau kita ialah seorang ISLAM, perlukah kite mempertikai ayat-ayat suci Allah SWT ? Setiap orang yang beragama Islam mesti tau pasal RUKUN IMAN, yang membezakan anda dengan orang kafir. Apa rukun iman yang ke-3 ? Percaya pada kitab kan??????
okay itu dah cukup terang nak explainkan yang kite tak boleh ada keraguan dengan ayat-ayat Allah. Jangan main-main aa....ini hal besarrrrrrrr.....

JADI kesimpulannya, konsep pluralisme ini SALAH sama sekali, hanya sebahagian dari dakyah orang kafir nak mengelirukan umat Islam. Mungkin ini salah satu daripada fitnah-fitnah akhir zaman. Apa-apapun kite kena kuatkan hati kite pada agama kite yang satu je, iaitu Islam. Jangan jadi lemah dengan hasutan pihak lain. Hanya ada kite, dengan Islam. Tu je.
Oh ya, sebab nak cerita pasal ni sebab tadi roomate saya kat KMS tag saya dekat satu gambar keratan akhbar pasal pluralisme kat fb, selebihnya boleh baca printscreen komen-komen kat gambar tu di bawah, dan nilailah sendiri.

klik pada gambar untuk tumbesaran sejati


Dah terang-terang agama yang diredhai di sisi Allah ialah agama Islam, beruntung dan bersyukurlah kite yang dah memang dilahirkan sebagai Islam di dalam keluarga Islam. Janganla kite nak campakkan diri kite jauh dari rahmat Allah pulak kan. Betul la orang cakap kan, nama Islam, tapi hati tak semestinya Islam. Nauzubillah min zalik.
Kepada semua orang, jangan takut untuk menyatakan kebenaran kepada orang yang tak mengetahui ! Berdakwah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.
Dalam gambar kat atas tu, ada saya, tapi rahsia la yang mana satu :) hihi
terima kasih kepada dua org saudara Islam tu. Saya bangga dengan mereka !!!

Monday, December 13, 2010

shopppppppppppping ~ buku buku !!

date : 13th Dec 2010
venue : Ipoh JJ, Ipoh Parade
activity : shoppppppppeeee !!

wah hari ni pegi shopppppping je di Ipoh. Best best bestttt !!!!

oleh sebab bukan type yang banyak shopping, jadi tak banyak benda yang dibeli. Yang penting just nak beli BUKU je. That's the main point okay.

Kat JJ. Nak beli baju yang dari sebulan lalu dah gila bayang. Tapi bila pegi, tak beli pulak. Rasa tak nak beli pulak. So end up tak beli baju langsung T__T

Tapi beli beg pulak !! weee...
Beg ni harga 3 digit. Tapi ada diskaun 50 % ! So dapat jadi 2 digit ! 2 digit pun dekat-dekat nak 3 digit gak harganya. 1st time okay beli beg harga macam tu. For me, harga macam tu dah cukup MAHAL. Sesetengah orang, ya saya tau, bagi mereka, OH bolehlaaaah harga macam ni ! Murah ! hahaha. Tapi takpe la, bukan kerja lagi pun, buat apa berlebih-lebihan dalam membeli. huahua. Tunggu ada gaji sendiri, only then boleh beli mahal-mahal. HAHA

ooh i'm totally in love with this beg !!!!


Then, kitorang pergi Ipoh Parade pulak nak beli buku. Ye, nak cari novel BM kat Novel Hut nak buat untuk Extended Essay (EE) BM. Yes. IB neeeeedss you to do EE. Argh. Novel Hut ni kedai jual buku-buku secondhand yang still cantik, berkualiti, and paling penting, tak berbau. hikhik
Maybe sesetengah orang tak tau Novel Hut ni. Adakah Novel Hut hanya terdapat di Ipoh? Sebab pernah tanya kat kawan kolej yang daripada negeri-negeri lain, diorang kata takde Novel Hut kat tempat dorang. Rugi weh ! Haha. Kat Perak sampai ada 2 cawangan kot. Satu Ipoh, satu Giant Tambun, yang saya tau la.

Sementara cari novel [ya agak bosan mencari novel, dah la tak suka baca novel] , tengok-tengok jugak kat bahagian buku-buku advanced ni [buku advanced maknanya buku yang up-up..haha...bukan buku skola rendah nor skola menengah !] . And fortunately I found the Brown LeMay Bursten's General Chemistry book ! Not 1, but 3 ! haha. Mak aii buku tu mahal ! Kat PSP (Pusat Sumber Pembelajaran okay) kolej pun harga buku tu beratus-ratus ! Kat Novel Hut jual RM 20 je ! Buku tu still dalam keadaan yang baik. Rasanya mesti orang kedai tu tak tau nilai sebenar buku tu, then dia just jual je ikut harga yang dia agak-agak sesuai [padahal buku luar negara tu, MAHAL patutnya] . Tapi inilah untungnya shopping kat kedai buku ni :)

Tapi tak beli pun buku pakcik LeMay tu. Sebab cover dia yang nipis punye, macam cover buku rujukan biasa. Sedangkan ada satu lagi buku General Chemistry by Petrucci Harwood ni harga RM24 je, mempunyai hard cover. So saya kejar yang ini :) hehe


ni je la buku-buku yang dibeli. I love new books !! *in fact, ianya buku lama la laena*


inilah buku Chemistry kebanggaan saya sekarang, hihi.
Harganya RM 24 je.
Nampaknya tak perlu lagi meminjam mana-mana buku general chemistry yang original kat PSP da :)
Buku Raymond Chang fotostat yang berat tu, em...boleh la buat baca dan conteng2 nota..berat gila buku fotostat tu !


ni buku Maths, for specific, Algebra and Trigonometry byCynthia Y. Young. Harga dah lupa, tapi tak lebih dari RM 30. RM 27 kot.


yaa...ini pulak buku pure maths. paling murah. RM 8 je. suka la buku ni sebab ni buku lama. nampak klasik. hihi

Itu sahaja barang-barang yang di-shop hari ni...bestnyaaaaaaaa !!!!




Sunday, December 12, 2010

A Little Princess (1995)


First time cerita ni, tak ingta masa tadika or sekolah rendah Tahap 1. But I can say dah lama saaaaaaangat dah tengok cerita ni. Lebih kurang 1 dekad kan kan ?? It was the first and the last time I watched the movie. Kat TV3, tapi tak habis !!! sebabnya dia sambung lepas Nightline. Cis. Kacau arghhh. Saya tak dapat tengok sambungannya, and tak dapat tau apa endingnya sebab malam tu kitorang keluar, pergi ikut rombongan tempat kerja ibu ke Genting Highlands. Bergerak tengah malam sebab nak sampai sana waktu pagi. On that time I was a little girl, sesuai tengok cerita ni. Adore gile-gile kat cerita macam ni. Memang kecewa gile tak dapat tau endingnya. Still ingat lagi scene2 dalam cerita ni sampai skarang ! And now, ai dah berjaya tengok cerita ni sampai habis~ hehehehe... setelah berjaya download~ hehehehe....



ni ialah Miss Minchin, penjaga yang JAHAT kat tempat Sara (the little princess) ditinggalkan utk jagaan sementara bapaknya Mr. Crewe pergi berperang time Perang Dunia Pertama. Dia jahat. Tak mesra. Muka garang. Macam witch. and so on. Tak sukaaaaa dia !!!


ni Sara dengan ayahnya Mr. Crewe..



Sara yang kesepian lepas ayah dia pergi.


ni Becky, orang kulit hitam yang jadi orang gaji kat rumah tu. dulu-dulu orang putih Amerika kan diskriminasi terhadap orang kulit hitam. kesian kat Becky ni.



Sara dengan Lotte, sorang budak kat situ.


Lotte sangat comel !!!



Reading time~


Ni budak berlagak kat rumah tu. Pembuli. Dia tak suka kat Sara. Nama dia Lavinia. Dia suka sangat sikat rambut malam-malam and satu hari Sara buat-buat macam curse dia, tapi tak tau betul-betul ke tak tu.


and konon-kononnya curse tu menjadi, and rambut Lavinia pun gugur. HAHAHAHA


Miss Minchi tu kejam. Satu hari ada orang datang ke rumah tu, bagi tau Mr. Crewe dah mati dalam peperangan. Miss Minchi terus halau Sara dari bilik cantik and suruh dia tido kat attic. and Sara kena jadi orang gaji. Sara lepas tu berkawan baik dengan Becky. Hidup Sara dari dulu dipenuhi dengan fairytale, and ayah dia pun selalu suruh dia percaya pada sesuatu, sebab salkan percaya, semua akan jadi kenyataan. Cerita ni berunsurkan magic, so ada la sikit-sikit benda tak logik. haha



Satu pagi, Sara and Becky bangun dari tido, tengok-tengok bilik diorang dah cantik. I remember this scene ! Scene ni la takat yang ai tengok before Nightline menyebok. cueyyy


ending mesti happy. tak happy, tak princess le citer ni. heheh. Last-last Sara dgn Becky pulang dgn ayah Sara...best... nak tau cerita ni, download le sendiri. heheheh.
Sinopsis dia boleh dibaca kat sini, in casa anda nak tau apa yang jadi dengan dorang, and apa yang jadi kat Miss Minchin yang jahat tu ! haha.

TERIMA KASIH

Thursday, December 9, 2010

MAHA 2010 , Serdang

Tarikh : 3 November 2010, Jumaat, paper laz exam final Sem (Business) !!!
Tempat : Serdang
Ada apa ? : MAHA 2010 laaaaaa

Ala nama pun Malaysia Agriculture, Horticulture, and Agrotourism (MAHA), so apa ada lagi kat situ.. POKOK-POKOK yang tak berpenghujung laaa. Binatang-binatang comel pun ada..tapi tak pergi tempat kucing ! tak larat aih nak jalan..besarrrrrrr sangat, so, takde lah kucing.

Kalau kat tempat-tempat macam ni, sure jumpe bunga orkid punye. asyik-asyik orkid.......hahaha....bosan...

ada macam-macam jenis ni.

dari yang putih suci ni,

yang kecik-kecik macam ni,



yang besarrrrrr macam ni,


yang keding-keding macam ni ha pun ada.


pokok bonsai yang comel.

dah tu pegi minum air kelapa pulak. panas hangat ! tengah hari ! da la pakai baju kurung. tu la balik dari kolej tak dan-dan punya nak balik sampai tak sempat nak tuka baju. muahahaha. rugi masa je tuka baju.

burung ni comel dan jinak. kitorang pegang-pegang dia, lepas tu tuan dia tak bagi pegang. dia kata "nak tangkap gambar boleh bayar rm10 !"
cey tanda seru tu nampak macam pakcik tu garang je. padahal tak pun. kuikui..
tapiiiiiiiiiii.... RM 10 ????? berbaloi ke ????????? takmau. baik beli ayor. dah la panas hangat pijor.
tak siorrrrrr !!!


wah...cokelat...dapnyeeeeeeee.....


ni pameran dalam dewan ber-aircond punye. best sejuk....ahaha...








ayam ni !!! ayam ni !!! mereka lucu !! macam robot je bila tengok sebab dia asyik tunduk makan, diri, tunduk makan, dir, tunduk makan, diri. macam robot je. tak penat ke buat gaya yang sama banyak-banyak kali ?


anak-anak ayam.... sapa yang tak biasa tengok tu agak jakun la...muahahahaha
ai biasa tengok okayyy.


niiiiiiiii.... ialah padi.

tu saje bai.