Order Guidelines

Saturday, May 29, 2010

hai

wah smlm g keyell. mlmnye pegi i-city.
menikmati pemandangan palsu...HAHAHAHA
tp cantik, x mengapa walaupon palsu. hihi

hari ini, pagi2 lagi da ke Maran, Pahang.
pegi rumah pengantin lelaki (pengantin perempuan ialah sepupu saya)

bile pulang, adik saya pegi ikot keluarga pengantin perempuan, dorang bermalam di Cherating.
kami pon pulang ke rumah..
dalam perjalanan pulang, kami ade singgah kat perhentian ape ke ntah name tempatnye. ala, y kat simpang nak g Genting tu.

haha...inilah point pentingnye.
okay, mase tu baru je duduk kat meja, menanti makanan.
tibe2 ade sorang dak perempuan ni, umur dlm baya2 dak skola rendah.
cei, jln menggedik2. tau la baju kilat2.
saya memandang begini ----> =.=''' kat budak tu.

cei, makanan pon sampai. tengah bez2 mkn ni.
budak tu dtg lg kat depan saya !
berlari-lari anak kunun..
menggayakan bajunye y berterbangan.
tibe2...
PELEPAPPPP !!
budak tu jatuh tersembam.
okay, saya cuba x gelak ye.

ahhh tp x boleh !!!
HAHAHAHAHA!!!
tp saya baik ye.
x gelak dia depan2. gelak dlm hati cukup.
geram tau tgk budak tu. hahahaha
tergedik2. kakaka
tp saya x jahat ye. saje nak tulis isi hati saya kat sini.
lepas tu dgar mak budak tu jerit " TU LAAAA ! "
huh. adik, lain kali duduk diam2 sikit.
dia bukannye budak kecik lagi,
bukan budak 10-11 thn.
agaknye da 12thn.
haha x suke betul.
kira da besar la jugak, tp mcm budak skola rendah.
ish sudah la.
lantak le dia. bye-bye adik.

Thursday, May 27, 2010

Monday, May 24, 2010

nenas

siang td try nak buat nenas apa tu...apa tah nama dia...tp mcm nenas dlm tin la..
yang kena masak dgn air gula tu.
sbbnye dah alang2 ade nenas kat rumah, teringin nak buat.
sbb dulu2 mase kat kampung, opah tiri Kon penah buat.
sedap.
lazat.
enak.
so td nak try la buat.
tp, knp rasenye x bez sgt?
ape yang spoil ni ha?
tp mkn je la.
sedap gak. hihi
lepas tok meninggal, opah dah balik ke kampungnye.

ohh tok..i miss u so much la...
dah 3x da org mimpi tok sejak tok meninggal, tp alhamdulillah tok gembira dan sihat dlm setiap mimpi tu.
harap2 betul2 la mcm tu tok kat sana.
adeh~ ralat gile2 punye ralat sbb tok meninggal seminggu b4 result SPM keluar.
sbbnye da target mcm mane pon result SPM tu Kon dapat, nak gtau kat tok sbb tok byk buat solat hajat and air yaasin.

walaupon tok salah sebut nama Kon (tok panggil saya Linda Lin. yela, dah tua, cucu ramai, x ingat la nama sgt.), tp niat tok mmg da tuju utk exam Kon.tp, mcm mane la tok leh inspire dpt nama Linda Lin tu.. hahak

tok slalu suruh Kon blaja smpai ke lua negara, n tok slalu kate, g blaja kat australia. alhamdulillah dpt tajaan MARA, harap2 cita2 tok nak saya belajar overc tu tercapai, walaupon di India, bkn Australia. [sbnrnye Kon bkn nak sgt blaja lua negara. in fact, x nak pun]

*sweetnye mimpikan tok dapat tau result SPM Kon bbrape minggu lepas [2nd dream]. tok happy. syukur nikmat. hihik

Sunday, May 23, 2010

♥ selamat tinggal sayang ♥

ni fail UM.. ade smua borang utk kemasukan ke UM...gamba da lekat, smua da isi, setem hasil yang sampai RM30.00 tu pon da dimatikan ! abis melayang RM30.00 x ke mana.. tu gamba Dewan Tunku Canselor. ahh x merasa masuk. haha

ni sampul surat UM..excited gile masa baru sampai kat uma dulu. walaupun x de rezeki nak jd pelajar UM, sy ttp adore UM.
♥ sgt2..
baiklah sy akan menjaga harta pusaka UM sy ni baik2. sy akan ke Kolej MARA Seremban demi menyahut seruan gigi2 manushia dan juga seruan duit (tajaan....tajaan...tajaan...)...

I ♥ UM


*okey sy taw kualiti gamba dlm post ini adalah sgt sgt sgt BAD.

23 MEI 2010 - knp mst ad bas UM kat batu gajah time2 cm ni?? Knp sblm ni xpnh nmpk pun kt sini? Kenapa? Kenapa! Hatiku dirobek..

sy nampak bas UM kat Batu Gajah semalam..kenapa? nak cari Iliana Mohd Yusoff ke??? hehehehe...(23 MEI 2010 tu tarikh daftar kat UM)

Friday, May 21, 2010

PILN 2010


Nama : NUR ILIANA BINTI MOHD YUSOFF

No. Kad Pengenalan : 92xxxxxxxxxx

Tahniah anda berjaya


Tarikh Pendaftaran : 30.6.2010

Kursus : PERGIGIAN

Program / Tempat : INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IB) / KOLEJ MARA SEREMBAN (KMS)


PERHATIAN:


1.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.




2.
Walau bagaimanapun tawaran ini akan DIBATALKAN sekiranya :

a.
Saudara/saudari bukan Warganegara dan bukan Melayu/Bumiputera.

b.
Jika nama saudara/saudari/ibu/bapa/penjaga termasuk dalam Senarai Hitam MARA atau Tindakan Undang-Undang MARA.

c.
Diperakui tidak sihat oleh Pegawai Perubatan bertauliah atau mengidap penyakit-penyakit kritikal.





Sekian, terima kasih



“"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"”
““1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Pengarah Kanan
Bahagian Penganjuran Pelajaran
MARA

“MARA terus mara”
(Surat ini adalah cetakan computer dan tandatangan tidak diperlukan)




x sangka dpt..

seronok juga..

keputusan utk pergi kolej MARA ni dibuat x sampai sejam afta dpt result ni.

Kon cuba berfikir secara matang. cewah.

x payah pikir lg nak merajuk ngn MARA y banyak kali wat Kon kecewa. haha

keluarga saya support sy utk pegi kolej mara.

saudara mara juga.

malah Pengetua juga. kata beliau "That is wise desicion. Opportunity difficult to come by since so many candidates r applying."

but truly, it is such a hard desicion cuz I really wanted to go for UM !

ye . skrg sy nak jd lebih matang.

b4 ni nampak sgt x matang wat keputusan, kata je da SURE ni nak g UM !

sepatutnya esok sy bertolak ke Keyell..

beg2 smua da siap letak dpn pintu rumah..skrg kena bwk masuk balik ke dalam bilik.

Anis, nampaknye kite mmg berjodoh... dapat Matrik Gopeng, kite tolak. dapat UM, da sure ni nak 1 bilik, da siap kate Kon bwk jug kettle, dia bwk iron. tgk2, dua2 dpt MARA, n dua2 akhirnya pegi ke kolej MARA.. FYI, dari matrik lg kitorang dpt course y sama :)

Tuesday, May 18, 2010

17 MEI 2010

haha...
beznye... smlm x sabar2 nak taw result MARA.

haha...
beznye... smlm da kecoh2 ngn kwn2 nak check result MARA.

haha...
beznye... da set nak tolong checkkan utk Qho skali.

haha...
beznye... 10am y dinantikan tibe juge.

haha...
beznye... da lepas pukul 10am pon MARA x update2 lg website dia.

haha...
beznye... lepas tengahari tu pulak internet Kon demam.

haha...
beznye... sampai ke malam Kon x dapat sbrg berita ttg MARA.

haha...
beznye... Kon dapat taw y MARA ade masalah sistem dan x dapat umumkan result pada hari itu.

haha...
beznye... hari ni internet Kon da pulih dari demam.

haha...
beznye... Kon dapat taw daripada Anis, result MARA maybe keluar minggu depan.

haha...
beznye... KON DA CONFIRM MASUK UNIVERSITI MALAYA !

beznye da x payah tunggu result MARA. minggu depan, dapat atau x, Kon x kisah..
Kon x kan quit dari UM.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


saya text cikgu2 saya,,,

to : Pn. Kamisah
Pn. Norasyikin Ibrahim
Pn. Zakiah
Pn. Halijah

Selamat Hari Guru...semoga dimurahkan rezeki* dan dipanjangkan umur~

* x ingat sama ada ini merupakan ayat yang tulen yang digunakan dlm msg itu. haha

~ Pn. Zakiah : Amin, tx.

~ Pn. Halijah : Tq..dpt p matrik mn
Kon : Saya tolak matrik. Saya nak pegi asasi sc hayat kat UM. Esok result MARA keluar. Kalau dpt MARA, sy masuk MARA kot.
~ Pn. Halijah : Ye ke elok la cm2..ckg hrp cita2 iliana trcpai k. Nnt bljr rjin2 pluang dtg hnya cx je..
Kon : Insya Allah..thx ckgu. Harap2 dpt wat dentistry. Hehe


~ Pn. Norasyikin : TERIMA KASIH. SAPE NI?
Kon : Iliana, kelas 2S 2006 kat convent..haha..cikgu ingt ke sy lg?
~Pn. Norasyikin : YA ALLAH, KAMU KE? TKASIH SBB MASIH INGAT SY. SKRG BLJR KAT MN?
Kon : Hehe..sy tunggu result MARA utk program ijazah lua negara ni ckgu, esok keluar. kalau x dpt, sy msuk UM ahad ni, buat asasi sains hayat.

~ Pn. Norasyikin : TAHNIAH SEMOGA DAPAT MENCAPAI IMPIAN DAN BAHAGIA HENDAKNYA.
Kon : Terima kasih..




saya text Pengetua, Miss Ng

Happy Teacher's Day..i love my teachers :)

Miss Ng : Tx iliana. Love u too. Go forward to realise ur dream! Gd nite

haha...ngade2 kan nak msg2 cikgu? suketi wa la !! lu org jgn sebuk !!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


I love all my teachers

TADIKA
Pn. Mazian

SEKOLAH RENDAH TAHAP 1
Pn. Salbiah
Pn. Norainon
Pn. Sakiah
Pn. Maimunah
Ust Noraini
Ust Rosnani
Pn. Shanti

SEKOLAH RENDAH TAHAP 2
Pn. Suziana
Pn. Haryati
Pn. Norziatul
Pn. Shanti
Pn. Norliza
Pn. Hawa
Pn. Putri Norida
Ust Rosyila

MENENGAH BAWAH
Pn. Sabriah
En. Harun
En. Khairul
En. Zanuri
En. Rajendran
Pn. Wahidah
Pn. Nor Wahidah
Pn. Nurzila
Pn. Ng
Pn. Zakiah
Pn. Kamisah
Pn. Azimah
Pn. Esah
Pn. Norizan
Pn. Norshidah
Cik Aini

MENENGAH ATAS

Pn. Kamisah
Pn. Zakiah
Miss Ng
Pn. Halijah
Pn. Azimah
Pn. Juliana
Pn. Loh Pit Cheng
Pn. Harizal
Pn. Lim
Mdm. Lu
Ust Siti Mariah
Ust Noorazlin


ahh..sori sgt2...ade beberapa nama cikgu y betul2 Kon da lupa...wuuu...x disengajakan...Kon hanya manushia biasa...

kenapa ya Kon letak gmba Nad kat sini? suketi la..haha..
Nad, kite taw, kamu sendiri pon xde gamba kamu ni...hahaha...padan muke


Princess Laena da text Kon. jd Kon harus pegi. bye-bye !

Saturday, May 15, 2010

short, sudden pain

ye.
lagi 2 hari.
keputusan MARA.
utk Program Ijazah Luar Negara.
dapat.
atau.
x dapat.

mau g UM~



*tajuk post ni xde kena mengena dgn post. short, sudden pain adalah salah satu ayat dokter dlm iklan Sensodyne. hahahaha

Sunday, May 9, 2010

burung apa ??


mari menonton video pendek ni dulu




x ingat sejak bile seekor burung merbah ni buat sarang kat atas pokok kat rumah saya. yang pasti, sedar2 je, da ade sarang burung ni kat situ, beserta ade dua biji telur di dalamnya. dan x lama selepas itu, menetas la kedua-dua biji telur itu.. kami di rumah melihat setiap proses yang berlaku, sebab pokok tu x tinggi sangat, boleh la tgk. haha. anak2 burung tu comel, da la xde bulu. hahak. kalau tergoyang sikit pokok tu, mesti dua2 akan naikkan kepala dorang n ngangakan mulut mcm di awal video atas ni.

ibu burung tu sangat penyayang. ia slalu cari makan utk anak2nya. kami ade letak sekeping roti kat dahan pokok tu, jadi slalunya ibu burung tu akan makan roti itu, manakala makanan yang ia bawak pulang, diberi pada anak2nya. ibu burung tu sanggup berkorban x makan makanan yang sedap..dlm dunia burung, kire sedap la cacing ke, belalang ke, kan. haha. lepas tu, waktu hujan ibu burung tu mesti berada kat sarangnya all the time. ia kembangkan kedua-dua belah sayapnya untuk melindungi anak-anaknya dari terkena hujan, takut demam lak. kool fever mana ade jual dlm saiz dahi burung. haha

waktu malam pulak, ibu burung tu menyediakan tempat yang hangat untuk anak-anaknya dgn menutup mulut sarang burung itu dgn dirinya, tanpa menghempap anak-anaknya. ibu burung tu buat saya rase sangat terharu
=.=

burung pun sayangkan anaknya, apatah lagi seorang manusia. tapi sekarang ni byk pulak ibu x syg anak. buang anak, dera anak. haish. alhamdulillah saya mendapat seorang ibu yang penyayang, dan berkorban demi masa depan saya
T.T


SUZANAH SALEHUDDIN

ibu, walaupun org hidup 1000 tahun pun x mungkin dapat membalas segala jasa ibu.
hanya doa dapat diberikan demi kesejahteraan hidup ibu.
dan kejayaan org ari ni byk didorong oleh ibu.
terima kasih ibu~


Selamat Hari Ibu

Friday, May 7, 2010

^^,


yeay...aritu Kon da berjaya menyiapkan tempahan orang kawin ni...
sebenarnye bole siap cepat, tp semenjak akhir2 ni Kon da malas, kan bz hal nak masuk sana masuk sini..haha
bende ni kan handmade, jahit pakai tangan. huruf2 tu pon jahit tangan. byk keje. haha

finally, semuanya da siap, termasuk packing bende2 ni dlm plastik satu2. mcm gamba kat bawah ni.



yeah. skang tinggal nak tunggu pemiliknye dtg mengambil saje. hehe.

*Kon da pencen*



p/s : favourite words of the year saya bg 2010 ialah :

1. kelimomow (kelemumur)
2. beserebok (berserbuk)

hahahahaha! siyes rase gedik bace words ni ! credit to miss Pikok aka Man atas idea dia tulis words ni dlm diari Jah.
*kite rase nak sekeh km time bace ni* hahahahahhahaa

*kejadian ini berlaku ketika bertemu fo9 - man, ony, jah, vasqu, nad di kedai bubble tea

Wednesday, May 5, 2010

mari berfikir

oke oke, td texting ngn aisyah ghaffar, ak tnye dia da wat medical check up ke. dia kate blom, dia nak tunggu JPA. kalau dapat JPA, nnt kena wat medical check up len, sbb borang lain2.

result tajaan MARA keluar 17 mei, mula2 ak da x kisah pasal biasiswa tu, sbb kalau dapat pon rase x nak g. sebabnye, kalau dapat pon, kena wat foudation 2 TAHUN kat kolej MARA dulu, then baru akan dihantar ke India. tapi, itu depends on one's achievement in the college. maknenye, kalau result x berapa sgt, ttp x dpt sambung belajar kat overseas. maybe akan dihantar belajar course yang lebih simple drpd dentistry kat dlm negara, AGAKNYE la. tp biasiswa xtaw dpt ke x.

kalau teruskan kat Pusat Asasi Sains UM (PASUM), afta abes belaja kat situ, bole mintak biasiswa lg, maybe ak nak mintak JPA lak. 1 tahun je kat PASUM, nampak x?? 1 TAHUN JE !! tp mmg kena struggle, result haruslah tiptop. result tiptop barulah agak terjamin utk dpt biasiswa.

bila pikir2 balik, kalau dpt MARA tu, mmg rugi kalau x pegi. afta blaja kat PASUM pon, blom tentu bole dpt biasiswa...

ok la post ini hanya mengenai KALAU. kalau dpt MARA tu, akan wat saya pening. kalau x dpt, lg senang kan? sbb kite dapat nampak 1 jalan je, so ikut je jalan tu. kalau dpt, ini yang problemnye.

ak pon x konfem dpt pon...tp bende ni kite kena prepare, pasalnye result kua 17 mei, reg PASUM 23mei ! mase x banyak, nak kena prepare brg2 lg. ish...ngade toi...


PERSOALANNYA, kalau ini situasi saya pada 17mei nnt :

- kat PASUM 1 tahun. biasiswa x pasti dpt.

- kat kolej MARA 2 tahun. biasiswa hampir dlm genggaman.

which 1 is beta 4 me????

bende ni kena pikir dulu.
tolong la shaye.....

Monday, May 3, 2010

adik saya


ari tu saya meroyan. kisahnye begini. ari tu kat dlm berita tv ade tunjuk serbuan kat pusat hiburan, then ramai org kena wat urine test. pembaca berita tu keluarkan ayat macam ni , contoh ye. saya x ingat ayat yang tulen punye : "seramai 4 orang pengunjung disahkan positif dadah."

adik saya pon menonton. lepas tu dia x puas ati lak, dia kate apasal positif lak? saya ckp la, mmg la positif, maknenye org tu ade dadah dlm urine dia.

dia membantah, dia kate, positif tu baik, means perkara2 baik. dadah tu jahat, mane boleh positif kalau org tu amik dadah.

n saya explain ! ini lain konsepnye, positif urine test tu, maknenye test tu positif menunjukkan ade dadah dalam urine tu ! paham x !

dia still x puas ati. dia kate mane boleh.

saya pon diam je..suketi la ijat, kamu da beso nnt, kamu paham la sendiri. kakngah malas nak cakap. HAHAHAHHAHAHAHA


*adik saya masih skola rendah

after school

22 mei ni, saya akan berangkat ke Kuala Lumpur selepas majlis perkahwinan sepupu saya di Ipoh, Perak. Esoknya, 23 mei, saya akan mendaftar sebagai pelajar asasi sc hayat Universiti Malaya.

wuu...saya nekad menolak tawaran kolej matrikulasi perak selepas dapat tawaran upu ni. haha..saya amat mendambakan tawaran ini...alhamdulillah, setakat ini, ape yang saya mintak as the first choice, semuanya dapat.

dulu2 risau jugak, takut x dapat ke mana. haha. sebabnye, mase fasa kedua permohonan matrik tu, saya hanya menukar pilihan kolej je. sebulan kemudian, dah tamat tempoh utk betulkan ape2 maklumat kat borang matrik tu, baru saya teringat, ade pape ke kena isi lagi kat borang tu? dah la ade org kata matrik ni kite kena ade markah merit (saya pon xtaw pebende ni) baru dapat mohon matrik. ahh..mase tu mmg da reject matrik, sbb rase mesti x dapat disebabkan ade error dlm borang (cei bajet ley meramal). upu lak, mmg buntu, bingong, budush..hahaha.. 1st choice saya! of course la asasi sc hayat UM, n 2nd; saya x sangke sy akan pilih ni : asasi sains UiTM !! ok la, bia berterus terang la.. sebenarnye sy xnak masuk UiTM. langsung x nak. sebabnye? saya rase MARA x memandang saya langsung. saya benci taw...ape ingat result xm saya x laku ke??

1. UPSR 2004 : saya dpt stet A's , mintak MRSM, DIREJECT
2. PMR 2007 : saya dpt stret A's juge, mintak MRSM juge, DIREJECT
3. SPM 2009 : saya dpt stret A's , no, saya xnak mintak institut pendidikan MARA dah. mereka mengecewakan saya.

at least, x belajar di skola asrama pun saya dpt menempatkan diri saya setaraf dgn budak2 asrama. buktinya, asasi sc hayat yang saya dapat di UM, kwn2 saya pun ade dapat,ade 4 org semuanya, semuanya skola asrama. yeah, x perlu pon skola asrama kan? *ayat dendam* hahahhaa

tapi, saya ade jugak mintak biasiswa MARA, hahaha...sebabnya, saya nak pelajaran saya ditanggung, semua orang pon mcm tu. even mase saya diintebiu MARA pon, yang amik course yang same dgn saya pon, semua budak asrama, and majoritinya MRSM. saya sorg je skola harian. not bad kan? hahaha...

by now, saya rase kalau x dapat biasiswa MARA tu pon xpe, sebab biasiswa tu utk program ijazah luar negara. sekarang saya dah berubah fikiran, saya x mau blaja lua negara. ade byk sebabnye, saya dah fikir panjang. jadi, lebih baik saya x dapat tawaran dari MARA tu. takut nnt fikiran saya berserabut je. saya dah cukup gembira utk belajar di UM skrg ni. keputusan utk biasiswa MARA tu 17mei 2010.

ha, berbalik kepada upu tadi, selepas tarikh tutup permohonan, baru saya menyesal sbb letak asasi sains UiTM sbg 2nd choice, sedangkan asasi pergigian UIA dan asasi farmasi UIA saya letak nombor 3 & 4. mmg menyesal. UM dah la susah nak dapat (undian org ramai mengatakan SUSAH. haha), so saya mcm dah konfem mesti saya dpt asasi sains UiTM !! oh no ! da la matrik saya rase x dapat, upu lak dapat UiTM, NO ! jadi, saya rase takot, apalah nasib saya ni...masuk f6 je la. not bad.

akhirnya, 16 april 2010, saya pon check matrik, dan saya dapat tempat di KMPk ! hah, lega. hahaha... daftar masuk 10 mei, 10 ari sebelum tu, saya x rase pape pon. org lain da mula siapkan ape2 keperluan, saya still zero.

30 april , mlm tu, cdg nak isi borang matrik, baru je nak tulis name ni ! tibe2 dpt sms dr Nadiah si Dodol, dia tanye saya dpt mane. dia gtaw dia dpt UIA. wah saya sgt teruja! nasib bek mase tu kaklong saya baru on lappy, terus saya sambar nak check upu ! haha. sepatutnye result upu keluar 12 tgahari 1 mei, tp petang 30 april tu da ramai org check result. jem gile website tu. nak masuk num ic pon bape kali kena reload n ...teng teng teng... i got the asasi sc hayat UM ! wah ! sgt gembira !

jd, itu la kisah perjalanan permohonan ke ipta saya... sangat panjang..(i mean the text, not the time taken throughout the process haha)

memang seronok dapat apa yang kita impikan, dan lepas ni saya mmg nak belajar betul2. siyes ckp, spm aritu mmg blaja last minute, byk yang saya x sempat nak cover, tat's y result x bpe sgt..kalau x mesti dpt better than tat. huh. xpe, lyfe must go on! hahaha.

kepada members Fo9, congrats ape yang korang dpt, lepas ni, kite da x bole main2 mcm waktu skola, kawan yang kite dapat pon mesti akan berbeza dari kite semua. saya shaaaaaaaayang anda shemua...hehe.. hope kite akan terus melekat bersama (stick together)...

setakat ini :

laena : UM
nad : UIA
bell : UIA
ony : f6
jijah : matrik perak
vasqu : matrik kedah
pikok : UiTM sg petani
qaqa : UiTM sri iskandar
mun : UiTM arau

kpd kawan2 skola n kawan2 yang da berhijarah ke skola asrama n kawan2 yang dikenali,

ALL DA BESH !!!

*kenapa ayat dlm post ni sgt..sgt...sgt...erm..sgt...