"Ding dong! Ding dong!"
Hah apakah itu? Adakah mimpi atau realiti? Aku tak dapat pastikan. Loceng rumah terus berbunyi lalu aku bingkas bangun. Tiba-tiba kedengaran seseorang pergi membuka pintu rumah. Oh, mesti Husni dah pergi bukak pintu tu, bisik hatiku. Lalu aku meraba-raba mencari handphone, ku tekan button handphone dan membuka sebesar-besar mataku,
HOIIII DAH 6:38 PAGI !!!
Ya Allah padahal dah janji tau paling lambat 6:30 pagi berkumpul, berkumpul kat rumah kitorang lak tu. Ha pastu jadi rumah yang paling lambat bangun. Pandai.. pandai.. MEMALUKAN!
Ended up gerak dalam 6:55 pagi seingat aku. Okay what, laju gak aku bersiap kahkah
22 Disember 2013
Kitorang pergi 9 orang, naik kereta yang disewa bersama pemandu. Cool en India? Ahaks. Perjalanan dari Manipal mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jarak ada la dalam 100++ km. Tak ingat tak pasti tak mengetahui pun kahkah. Yang pasti, Murudeshwara masih dalam negeri Karnataka (info: Karnataka ialah negeri yang terbesar di India yeayearghh!)
Tadaaa! Ni la Murudeshwara! Caaaantik sangat tempat ni! Pagi-pagi dah ramai orang.
Rasanya landmark yang utama yang melambangkan Murudeshwara ni ialah patung ni. Besar gila kabo kau :O
Kitorang dah plan ramai-ramai nak bawak bekal, so pagi-pagi tu lapar kan, melahap la terus sampai je kat office company scuba diving tu. Oh ya, kitorang pegi scuba ni under Dreamz Diving punya company. Korang boleh search ya nama tu kat FB, pasti ketemu. Nak dijadikan cerita, sebab terlambat bangun, aku dengan Husni pun tak bawak bekal.. Nasib baik ada sohabat-sohabat till jannah uhibbukum fillah abadan abada friends fillah bagai ni, dapat numpang makan T~T saaayang engkowwwang semua. SERIUS WEH. Hahaha
Cantik kat laut dia? Jernih weh. Kat tepi pantai pun jernih.
Ni office Dreamz Diving. Dalam hatiku berdetak, ah jikalau lah ini di Malaysia, pasti sudah ramai abang-abang ganteng bisa didapati (No. Aku tak gatal pun k. Hahahaha)
Ready to diveeeeeeee!
Untuk korang yang dari Manipal, dinasihatkan gerak awal pagi la, macam kitorang, walaupun pukul 6:55 pagi tu takde la awal mana dah. Haha. So that around 8-9 pagi korang dah leh ada kat situ.
Bayaran? Kalau bukan musim orang ramai pergi dive, Rs4500 je which kalau convert ke RM, around RM250 jeeeee! Kalau musim ramai orang turun dive, naik la ke Rs6000. Setiap orang akan dapat spend 30 minit underwater. Tapi sebelum diving, korang dapat main-main dulu dalam air laut tu. Ala-ala water confidence gitu.
Pesisir pantai yang meriah pagi-pagi. So not typical India tau. Selalunya bisnes kat India ni pukul 11 pagi baru nak bukak tau tak!! Lambat. Sini tengok, kira awal la diorang bukak bisnes.
Walaupun ni kat pantai utama, korang leh nampak tak kocakan air laut tu? Cewaaah. Jernih kan? Walaupun ni pantai utama. JERNIH!
Dalam bot nak ke Pulau Netrani. Pulau Netrani la tempat kitorang nak pergi scuba diving tu.
Sementara duduk dalam bot tu menuju ke Pulau Netrani, one of the instructors bagi briefing sikit pasal benda-benda basic yang patut kita tau time diving. Contohnya, simbol tangan semasa dalam air, peralatan-peralatan diving, cara-cara nak equalise pressure dalam telinga (well, ni biasa dah buat kan kalau pegi Cameron? Haha), nak buang air dalam goggle kalau termasuk air dalam tu, dan macam-macam lagi. Benda ni semua basic je, so insha Allah senang je korang nak hadam semua tu.
By the way, instructor ni orang dari Nepal. Ramai je orang Nepal yang kerja jadi diver kat situ. Orang-orang Nepal ni agak kemelayuan jugak ah muka deme. Macam dia ni, ganteng gak ah, bila pakai shades kahkah
Dalam sejam jugak la kot nak sampai ke pulau ni. Masha Allah cantik sangat! Dengan air yang jernih lagi. Pulau ni takde pantai pun. Tebing batu je semua tu. Awas kalau korang senang mabuk laut, siap sedia la dengan sea sickness pills pe benda semua tu.
Sampai-sampai, kitorang semua disuruh untuk membiasakan diri dulu dengan air laut. Kalau tak reti berenang, jangan risau, semua orang terjun pakai BA (buoyancy aid). Most of us pun tak reti berenang. So lek aje. Kahkah
Lepas tu, aktiviti seterusnya adalah snorkelling! Ni aktiviti sampingan yang disediakan sementara kita tunggu turn untuk dibawa diving. Syok gila weh sebab snorkelling kat tempat yang dalam gila. Takde la dalam gila, tapi 10 meter gak ah bawah tu kan. Selama ni snorkelling takat berapa meter je. Kaki tak dapat cecah sikit je lantai laut tu. Kat sini, hambik kau ngintai bawah air tu, bapak dalam.
Yes! Inilah acara yang ditunggu-tunggu! Oh ya, sebab kenapa semua orang kena tunggu giliran ialah, sebab setiap orang akan dibawa oleh instructor masig-masing ke dalam air tu. Instructors yang ada takde la seramai peserta, so tunggu je la. Sebab tu wujudnya aktiviti snorkelling. Well, nak membunuh apa lagi, to kill your free time masa menunggu tu la (eh menyampah gila pulak ayat ni).
Yang syoknya scuba diving kat Murudeshwara ni, nak compare kat Malaysia (bajet macam pernah je dive kat Malaysia) ialah sebab program yang ditawarkan ni khusus untuk orang yang sangat-sangat amatur dalam diving ni. Bukan takat amatur je, tapi sangat-sangat amatur. Orang yang takde lesen scuba leh join, orang yang tak reti berenang boleh join, orang tua, budak kecik, semua boleh join asalkan takde masalah kesihatan yang menghalang je. Tambah pulak, kat sini tak payah pakai suit diving ketat-ketat nampak body tu pun boleh! Alhamdulillahhhhhh itu yang kita maukan! Haha
Actually suhu air memainkan peranan yang penting jugak whether kau boleh pakai tshirt biasa je atau pun kena pakai swimming suit tu. Memandangkan time ni suhu air boleh tahan juga tak sejuknya, so boleh la pakai je tshirt. Saje je aku guna ayat belit-belit 'boleh tahan jugak tak sejuknya' tu, padahal boleh je direct tulis 'boleh tahan jugak panasnya'. Kahkah. Sukahati la kan, sebab kalau guna perkataan panas, nanti orang ingat air laut tu suam pulak. Padahal still sejuk gak.
Yay me!
Yang bestnya bila diving ni, boleh rasanya macam kita sangat dekat dengan Allah. Sebab bila turun ke dalam air tu, suasana automatik jadi senyap. Sunyi je, tenang sangat! Tiba-tiba sebelah kau lalu sekumpulan ikan, berenang-renang. Tengok cara dia berenang, tengok interaksi antara hidupan laut, subhanallah memang satu pengalaman yang sangat berharga!
Paling dapat dirasai waktu dalam air ialah betapa besarnya nikmat oksigen yang kita hirup di atas dunia tanpa ada sebarang kepayahan untuk bernafas. Kat dalam air, pernafasan kena jaga. Dan pernafasan kita limited to volume of oxygen dalam tangki tu je. Bayangkan kalau Allah limitkan oksigen yang kita dok bernafas hari-hari ni? Allahu, insaf!
Few of my friends. Bila dalam air jugak, baru kita dapat rasa apa yang kita dah belajar secara teori masa sekolah dulu. Semakin menuju ke dalam, semakin tinggi pressure. That's physics. Siap ada keluar soalan pasal underwater pressure masa SPM dulu (benda camni ingat pulak? -_-)
Bila tengok ikan-ikan berenang, meliuk lentuk sana sini, tengok pergerakan sirip dan ekornya, teringat biology haiwan yang belajar masa SPM dulu juga. Dorsal fin, ventral fin, myotomes, dan macam mana pergerakan semua tu membawa kepada pergerakan dan haluan ikan tu. Sekecik-kecik benda ni weh, masa kat atas darat kau tak sibuk pun nak fikir pasal benda-benda ni. Bila dalam laut, semua ni automatik keluar. Aku rasa that's one good thing bila buat aktiviti-aktiviti macam ni. Boleh relate dengan segala macam ilmu duniawi yang kita belajar.
And of course, ni satu pengalaman yang sangat sangat berharga. Selama ni kita memang hanya hidup di darat, kita tak tau macam mana bawah laut tu. Macam satu dunia yang lain. Selama ni kita tengok pemandangan macam ni hanya kat dalam tv kan? Bila tengok depan mata, hati korang je yang boleh rasa betapa bersyukurnya diberi peluang macam ni oleh Allah untuk kita mendekati ciptaan Dia. Kita tak pernah merasa, jadi Allah bagi rasa. Bila Allah bagi rasa, rasakan dengan hati kita. Tambah-tambah dalam laut tu senyap je, sangat calm, so I bet everyone can feel the same. Merasai kehadiran Allah dalam setiap ciptaanNya. Ya Allah that feeling!!! T~T
Oh ya, sebelum tu, kitorang awal-awal dah diberi amaran untuk TIDAK mengganggu hidupan laut ni. So dilarang untuk mengibarkan tangan korang ke merata-rata sampai merosakkan ekosistem dalam laut ni. Sebab terumbu karang, binatang-binatang pelik dalam air ni semua cam fragile kan, kacau je, mati la dia. Kita nak hayati, kita nak tadabbur alam semua tu, buatlah, but do no harm to them. Unless instructor korang bagi green light untuk sentuh, macam aku! Hehe
Nampak gamat, dia sentuh, pastu dia suruh aku sentuh. Memang aku amik peluang ah nak sentuh. Selama ni nampak kat laut celah-celah batu, bukan berani nak pegang kan? Plus, dalam laut yang lebih dalam macam ni, gamat dia besar! So aku memula sentuh, cewaah bila rasa takde la geli sangat, aku pun rasa geram dengan gamat tu, aku pegi picit sikit badan dia hahaha! Pastu instructor aku halang aku kakaka
JANGAN TIRU PERBUATAN INI T.T
So dah pukul 4 petang lebih tu, kitorang pun balik.
Gambar sunset haruslah ada bila duduk kat tepi pantai!
Paling penting, solat haruslah dijaga. Nak bersuka-ria, silakan. Lagipun kita pergi bersuka ria melihat alam Allah kan, ucapkan rasa syukur tu yek! Solat pulak, sejak dah merantau kat India, solat kat mana-mana tu dah jadi sesuatu yang biasa dah. Kat Malaysia je kita jarang buat sebab kemudahan untuk solat tu ada je di mana-mana.
Lagi satu, aku nak tekankan kat sini, solat masa travel tu tak susah mana pun. Kadang-kadang sebab kita kat Malaysia dah terbiasa sangat solat WAJIB ada telekung la, sejadah la, jadi kita tend to rasa malas bila time nak solat. Lagi satu, solat dalam pakaian yang kita pakai sedia ada ni agak alien sikit kat Malaysia kan? Teringat pulak ada sorang collegemate ni pernah tweet baru-baru ni, pasal pandangan-pandangan pelik yang orang-orang Malaysia bagi bila dia solat tak pakai telekung kat surau awam.
Seriously people, tak salah pun kalau tak pakai telekung. Even kalau solat dalam pakaian sedia ada, itu menandakan yang pakaian yang kita pakai tu dah cukup syarat menutup aurat dah tu. Kalau ada yang tak yakin lagi tu, ada something wrong la kan? Obviously.
Mungkin Malaysians perlukan kempen solat tanpa telekung kot?
Akhir kata, Alhamdulillah scuba diving; CHECKED!
Walaupun ni scuba yang kira acah-acah je la kan. At least dapat merasai masuk ke dalam dunia yang lagi satu tu, dah besar rahmat dah tu T~T terima kasih Ya Allah
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh rujuk kat sini:
Website: http://www.dreamzdiving.com
Email: info@dreamzdiving.com
"If you haven't dived, you haven't lived!"
Assalamualaikum!