Order Guidelines

Tuesday, March 13, 2012

Cousin's Engagement - 050212

Kak Rina :)



Homemade pelamin by my ayah and my ibu~ :)


Nurul 'Ain (Anak saudara sulung belah ibu; anak abanglong yang merupakan abang kepada pengantin. haha)

Candies for Ain's birthday ceremony

Abangngah with her son, Akif Rifqi! (anak MakYang dan Abah)

Abangngah's wife, Kak Miza and abangngah's younger sis, Mira feeding Akif. haha


Awesome chocolates made by our awesome aunt, Maktam!






Cake made by Maktam :)

Chocolates by Maktam :)

A Lovely Evening In Batu Gajah

Assalamualaikum...

Suatu petang yang damai di Batu Gajah.



Boring dok dalam rumah, lalu saya pun keluar ke luar rumah untuk tengok ayam comel, tengok kebun, dan tangkap-tangkap gambar. Hehe. Gambar boleh jadi artwork, contohnya acam dalam entri sebelum ni. hehe. Baru cadang nak edit gambar kat luar rumah sambil makan biskut petak cicah air teh O sejuk (sedap dan nikmat gilaaaaaa weh!), ibu pun bersiap-siap dan ajak ke Taman Pelangi untuk makan ROTI PURI! wuhuuu!



Ni lah rupa sebenar roti puri batu gajah... hahaha... Roti dia lembut.. bahagian atasnya rangup. Dia kembung sebab ada udara panas terperangkap dalam roti tu masa dia digoreng. Hobi saya; tebuk roti tu dengan jari. Haha best! Makan cicah dengan kuah kentang dan sambal tumis ikan bilis, sedappp sangatttt!!!

Dating dengan ibu dan ayah memandangkan kaklong ada kat UUM dan Ijat pegi main bola. ehehehe~




Penutup: Salah satu gambar ai amik petang tu. Ai pakai handsock Husni jual. Ni saiz L ni. hehe. kbai :)

heART-work

Pokok buluh kat tepi rumah

Assalamualaikum! dan haiiiiiiiiii..... Ni saja je nak share artwork la konon-kononnya. Semalam boring-boring time waktu petang kat rumah, lalu keluar la jalan-jalan kat luar rumah, tengok ayam dan beby-bebynye (maknya dah mati, khabarnya kena sambar dengan kucing!! T^T ), dan tengok sayur-sayur kat kebun mini sebelah rumah. Sambil-sambil tu, tangkap-tangkap gambar sikit. Well, saja-saja, hehe. So enjoy !

Sunday, March 11, 2012

Muslimah Idol #1: Oki Setiana Dewi

*gambar dari facebook page sis Oki*

Assalamualaikum! Hai. Baru-baru ni ada talkshow Manisnya Hidayah-Mu yang diadakan di Kelantan Trade Centre. Kfine ai bukan nak buat journal pasal talkshow tu. Macamlah ai pegi. haha. Tau pasal event ni pun pasal ramai orang dok share video Oki Setiana Dewi deklamasikan sajak yang beliau karang sendiri untuk Kelantan. At first nampak video tu, tak tengok pun. Ingatkan macam pertandingan-pertandingan sajak, and tak perasan pun nama Oki Setiana Dewi tu adalah nama pelakon utama filem Ketika Cinta Bertasbih tu. Bila tengok gambar Oki ni di samping ada tulisan sajak kat satu gambar yang kawan ni share ni kat facebook, baru lah macam 'oh ya! Dia ni Anna Althafunnisa tu kan?" *ignore je kalau ejaan salah. So terus cari balik video tu nak tengok betul ke tak tu dia. Okay fine, memang dia. Lembut gilaaa ah dia ni.

Okay sebenarnya saya dah tengok part 1 filem Ketika Cinta Bertasbih je sebab part 2 nye Aina dah delete! T___T
At first, before tengok cerita ni, saya ingatkan macam ala-ala Ayat-Ayat Cinta. Yessss... AAC memang best , I like it sooo much, just tak realistik sikit. Erm tak la sangat, tapi just nampak la yang pelakonnya tak pakai tudung sebenarnya dalam dunia realiti sebab ada part-part yang Aisya tu tak pakai tudung even dalam rumah (well, ini filem, kalau pelakon tu seorang hijaber, mesti kalau scene tu dalam rumah or even dalam bilik sekalipun, dia mesti akan pakai tudung). Tapi, tak dalam KCB. Anna sepanjang masa pakai tudung, and tudung dia bukan calang-calang tudung. Tudung labuh bidang 60. Gua respek gilaaaa. Rupa-rupanya, baru saya tau yang sis Oki ni memang seorang yang bertudung labuh. Sweet gila dia ni ----> ayat bajet macam kenal rapat je -.-''


*gambar ihsan pakcik google*

Polos je muka dia ni. Nampak suci laaa. IDK why,suka sangat tengok muka dia. Umur baru 23, tapi dah aktif berdakwah (I would say it as berdakwah sebab kebanyakan aktiviti sis Oki adalah berkaitan dengan keagamaan), dah menulis buku sendiri, and I dare to say that she already has her own followers. At least, awak public figure yang baik, boleh dijadikan ikutan ramai, dan membuktikan tak pakai tudung fancy-fancy pun boleh menarik perhatian orang dalam berdakwah. Simple but nice la dia ni. Aaaaaaa IDK why malam ni mood sis Oki Setiana Dewi. Haha


*gambar ihsan pakcik google*

All I would say, she is a very inspiring person. Dia membawa imej Muslimah dengan sangat baik. Ayu, bijak, sopan, solehah. Arghh jeles gilaaa. Macam pakej lengkap je kan? Huhu. Semoga Allah memberkati kariernya dalam menarik orang ramai untuk lebih dekat dengan Islam. Kan best kalau setiap seorang daripada kita remaja Islam kat Malaysia macam ni? Okay bukan kat Malaysia sahaja, Indonesia, Brunei, Singapura, dan seluruh dunia lah. Mesti umat Islam akan menjadi umat yang kuat, yang ada pegangan yang kuat kepada agama dan dapat memberi contoh yang baik kepada penduduk dunia bahawa Islam adalah agama kedamaian :)

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah naunganNya, aaameeen :)