Order Guidelines

Monday, February 27, 2012

Bear in Mind; We Are Not Alone in This World


*gambar ihsan Google*

Assalamualaikum..

Hai! Hari ni dah masuk hari kedua IRP. Macam yang dijelaskan dulu, IRP ni ialah Intensive Revision Program. Seluruh batch duduk dalam satu dewan in smaller groups and then study sama-sama. Yes, kena bekerjasama as one team. Semua saling membantu supaya semua dapat lepas ke luar negara, Insha Allah. Kalau ada yang terkandas sikit, kawan-kawan dalam group  akan membantu untuk menaikkan kita kembali ke paras yang selamat. Best tak??? :D

Kalau dilihat secara zahirnya, waktu-waktu macam IRP ni sepatutnya di-apply-kan dalam kehidupan kita. Sekarang kita tengok balik, kalau kawan kita tu ada buat salah dalam pelajaran, kita akan cepat-cepat betulkan dia atau tegur kesalahan dia, so that dia takkan terus buat kesilapan yang sama dalam exam besar nanti. Nanti dapat sama-sama merasai kemanisan kejayaan.

Sama la macam kehidupan kita kat dunia ni. Kita wajar sangat tegur kawan-kawan kita yang mungkin dah melakukan kesalahan, sebagai contoh tidak menutup aurat. Ini sangat penting sebab ini berkaitan hal hidup dan mati, tujuan hidup kita di dunia adalah untuk dapatkan kejayaan di akhirat nanti. Bekerjasama dalam satu batch untuk memastikan semua lepas untuk fly ke overseas, sama jugak bekerjasama dalam kehidupan seharian untuk tujuan yang seakan-akan sama, tetapi lagi besar; iaitu mencapai kejayaan di akhirat.

Kalau kat kolej ni, kita biasa dengar ayat “fly ramai-ramai”, untuk kehidupan seharian juga patut kita gunakan ayat “menuju syurga ramai-ramai”. Bak kata cikgu dulu, jangan pentingkan diri sendiri, tak perlu ada competition sebab semua orang dah ada tempat di luar negara nanti, cuma yang membezakan ialah sama ada kita lepas ujian IB atau A-Level, atau pun tidak. Macam tu jugak syurga kan? Takdenye boleh pulak korang fikir “eh biar je lah dia macam tu. Asalkan aku masuk syurga. Nanti dia dapat masuk syurga, aku pulak tak dapat masuk.” Err.. ni sangat nonsense. Haha. Sebabnya semua orang berpotensi untuk mendapat syurga kalau ada usaha.

Tapi apa yang menghalang kita daripada menegur? Menegur bukanlah sesuatu yang negatif kalau ianya berlandaskan kepada niat yang baik. Selalunya first benda yang ada dalam fikiran kita bila nak menegur ialah kita takut yang kawan kita akan terasa kan? Itu perkara biasa yang menjadi dilemma. Korang perasan tak, semakin rapat hubungan korang dengan seseorang, semacam semakin susah untuk kita menegur? Tak tau la bagi orang lain, tapi ini apa yang saya selalu rasa dan apa yang selalu saya lihat la. Banyak sebabnya, antaranya kita takut dia akan tersalah tafsir maksud teguran kita itu. Nak tunjuk baguskah kita ni, atau teruk sangatkah dia itu.

Yang paling selalu saya fikir; hidup kat dunia untuk akhirat je. Dunia ni macam permainan je. So what? Tegur je la orang tu supaya dia tak buat macam tu lagi. Benda ni benda betul, tegur je la. At the end orang tu akan tau jugak sebab kenapa kita menegur.

Tapi benda ni sangat susahhhhhhhh... percayalah. Susah sangat. Nak start tu sangat susah. Tapi once kalau dah berjaya tu, kita akan rasa happy sangat. Mungkin nak cakap direct susah kan, tapi kita ada macam-macam medium sekarang ni. Tulis je kat status facebook, tapi kenalah yang secara general. Mana boleh point-point kan? Bahayaaaa~ haha. Kalau tak pun, buat video. Kat youtube pun berlambak. And lagi satu yang paling saya suka, doodling. Ya Allah teringin sangat nak buat tapi tak berkesempatan lagi. Somehow kalau kita mengingatkan orang lain, secara automatik kita akan mengingatkan diri kita sekali kan?

Bagi yang ditegur pula, cubalah untuk berlapang dada supaya senang untuk kita serap masuk nasihat-nasihat yang diberikan dan seterusnya memulakan perubahan.

Kawan-kawan, tolong! Jadilah sahabat yang baik kepada saya dengan menegur saya jika ada kesalahan yang dilakukan. Jagalah tepi kain saya jika perlu :D

Motif entri ni? Nak bagi semangat untuk seorang sahabat baik saya kat Kolej MARA Seremban ni, Syazwani Azmee. Weh, cubalah. Dengan apa cara sekali pun yang kamu rasa mampu. Bak kata senior masa ceramah fardhu ain haritu, kita taknak persahabatan kita berakhir dengan cara yang tidak baik sedangkan masa kat dunia kita bersahabat sangat akrab. Kita tak nak nanti di hari perhitungan nanti kita berbalah-balah dengan seseorang yang pernah kita sayangi waktu kat dunia. Cuba je, tak rugi mencuba.  Allah akan mempermudahkan jalan kita kan kan kan? Insha Allah~

Kita perlu hidup sebagai satu ummah baru best berjaya dunia akhirat sama-sama kan? Kita tidak hidup seorang diri kat atas bumi ni so jom kita hidup sebagai satu ummah!
Selamat berjaya untuk batch 6 IB dan batch 11 A-Level untuk final exam pertengahan tahun ini. Semoga kita dapat fly ramai-ramai nanti.

Tu je. Huhu.
Assalamualaikum

Tuesday, February 21, 2012

Portrait Yourself


Assalamualaikum!

Cantik gambar kat atas ni? Okay fine, it's my friend's artwork. Hebat kan? Tu ai yang saje tambah watermark tu sho that takde la orang salahguna kan kan.. insha Allah. Boleh je kalau korang nak tempah potret dari kawan ai ni. Menurut dia lah, dalam entri blog dia. Heheh.

Ini discription yang dia letak kat FB dia;

Media: Oil paint

Kalau nak tengok blog dia pulak, boleh ke sini.
Nama cik ni Cik Auni Athirah~ aummm.

Apa-apa nak tanya, boleh email dia kat auniathirah@gmail.com


Harga bisa dirunding-runding katanya.. kbye! Assalamualaikum~

Monday, February 20, 2012

IRP note 4: Trigonometry (IB Mathematics SL)


Assalamualaikum...

Sharing Is Caring!

Kali ni nota tulisan tangan tajuk Trigonometry Mathematics SL untuk program IB.. Tapi universal kan ilmu ni. Semua boleh pakai. Eheh. Ni nota ringkas, tak sama la macam nota IRP tapi senang nak tengok benda-benda pokok dalam tajuk ni. Insha Allah boleh membantu. Eheh sekali lagi.

Oryte! Kalau nak amik, dan pakai untuk kegunaan sendiri, amik je. But in case kalau nak share kat mana-mana, jangan lupa acknowledge ai. Hikhik.

Kbai~

Sunday, February 19, 2012

IRP note 3: Vector (IB Mathematics SL)


Assalamualaikum..

Sharing Is Caring!

Kali ni nota ringkas pasal chapter Vector. Ia dikhaskan kepada subjek IB Math SL sahaja ya~ ahaha
Nota ni tak selengkap nota IRP sebab ni nota buat sendiri masa sem 2 dulu. Ni nota personal sebab nak buat kaler-kaler dan nak ikut pemahaman sendiri jugak ni. So, ini boleh jadi nota study tak rasmi anda kalau anda nak. Amik sahaja, tak dikenakan charge. Tapi macam biasa lah, kalau nak share mana-mana, acknowledge me ya. Tulisan tangan ai tu! haha

^^,

IRP note 2: Introduction (Oxidation and Reduction)



Sharing is caring.

Macam biasa, kalau nak amik dan guna, amik aje~
Tapi kalau nak share, acknowledge ai ya~ ahahahaa

Insha Allah bermanfaat.

daaaaaaaaa~

Saturday, February 18, 2012

IRP note 1: Shelf Life (Option F: Food Chemistry)



Sharing is caring!

Assalamualaikum semua! Kali ni saje nak share IRP note kite! hehe. IRP tu apewww?

IRP tu stands for Intensive Revision Programme. Bekas Pengarah Kolej MARA Seremban, Sir Matthias (harao-harap ejaan ni betul) yang perkenalkan program ni. Satu batch duduk beramai-ramai dalam satu dewan mengikut study group masing-masing, then buat revision sama-sama. Err tapi IRP kitorang tak start lagi. Hujung bulan 2 baru start. Tapi dak dak A-Level dah pernah ada dah last year before AS diorang. So, ni baru 1st time la kitorang buat IRP. Huehuehue...

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, bahawasanya, IRP ini adalah bagi mengelakkan kita semua RIP semasa exam! hahahaa

All the best untuk semua dak dak IB yang akan menghadapi trial exam pada April nanti dan final pada May nanti. Juga all the best buat dak dak A-Level juga yang bakal menghadapi A2 diorang! (bulan May gak kut).


** IRP note ni ai yang buat. Setiap seorang ada bahagiannya sendiri, lepas tu nanti cikgu kumpul dan fotostatkan semua sekali untuk setiap orang. Sho, nota ni salah satu yang saya dah buat.. Bolehla post kat blog pasalnye buat pakai Adobe Photoshop..wakakaka. Ni tajuk Shelf Life under bab Option F: Food Chemistry.

Kalau nak amik, amik je~ kalau nak share kat mana-mana, acknowledge ai ya! haha

Assalamualaikum~

Kursus Pemantapan Akidah (KUPAS) kali ke-5 Kolej MARA Seremban (Part 1)

*gambar ihsan Google*

KUPAS. *What the heaven is that?* haha. KUPAS ni akronim bagi Kursus Pemantapan Akidah, wajib dihadiri oleh semua pelajar Year 2 kat kolej MARA Seremban semasa sem akhir, iaitu sem 4. Kursus ni diadakan sebagai persediaan kerohanian sebelum menyambung pelajaran ke luar negara nanti, insha Allah. Kalau masa sem 2, semua budak Year 1 diwajibkan menghadiri Kursus Rabbani (KUSAB). Sho, dalam entri ni saja-saja nak berkongsi pengisian sepanjang kursus ni yang bertempat di Dewan Tun Hussein Onn (DTHO), Kolej MARA Seremban, moga-moga kita semua mendapat manfaatnya bersama, insha Allah.

Hari: Jumaat
Tarikh: 17 Februari 2012
Tajuk: I’m Proud to Be a Muslim
Penceramah: Ust. Ridhwan Rajendra

Ustaz ini sangat kami kagumi kerana beliau merupakan seorang mualaf dahulu, pernah belajar di Madinah selama 10 tahun dan dalam tempoh itu juga (jika tidak silap saya), beliau menghabiskan masa 2 tahun untuk mempelajari nahasa Arab. Sebelum menganuti agama Islam, beliau pernah menganuti beberapa agama lain. Yang hebatnya, personally saya rasa beliau sangat hebat kerana dikurniakan hidayah pada usia 15 tahun, yang masa umur macam tu pun saya rasa saya sanagt tidak serius akan bab-bab agama, masih berlari-lari di dalam kelas. Huhu. Bayangkan umur sebagai pelajar sekolah menengah, beliau dah mengkaji beberapa agama sebelum mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam. Subhanallah.

Dalam slot ni, beliau menggunakan sebuah buku (saya tak tau tajuknya) sebagai panduan, dan berikut merupakan antara intipati ceramah beliau, insha Allah.

14 PRINSIP DALAM ISLAM

1.       Mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Dalam konteks ini, ustaz menekankan mengenai dua nikmat terbesar yang Allah sedia ada kurniakan untuk kita, iaitu nikmat iman dan nikmat Islam itu sendiri.

Kenapa iman itu satu nikmat? Bak kata Raihan, “tanpamu iman bagaimanalah, merasa diri hamba padaNya, tanpamu iman bagaimanalah, menjadi hamba Allah yang bertaqwa.”
Iman penting dalam hidup kita kerana imanlah yang dapat memandu kita ke arah jalan yang kebaikan. Kan kan?
Yang penting, jagalah iman anda, nescaya iman akan menjaga seluruh hidupmu :)

2.       Harus belajar apa itu Islam.

Benda-benda ni kenalah berguru kan? Dan dalam situasi zaman sekarang ni, teringat ayat dalam buku teks Pendidikan Islam masa SPM dulu, iaitu bergurulah dengan lebih dari seorang guru bagi mengelakkan kesesatan. Ni saranan dalam buku teks. Kalau boleh, rajinkan diri pergi kuliah ilmu (okay ni kelemahan saya). Saya sangat kurang dalam hal ni. Kuliah maghrib selalu sahaja ada kat surau kat kolej ni, tapi tak pergi. Mungkin sebab rasa senang sebab dari bilik pun boleh dengar dengan clear. Somehow dapat jugak, just tak lengkaplah kan? Better pergi dengar kat surau, baru kusyuk kan. Tapi takpe lah, slow-slow kita cuba :) hehe

3.       Mentauhidkan Allah

Ini of course la penting kan. Allah adalah tuhan yang Maha Esa, tiada yang lain selain Dia. Makanya, kita tidak boleh percaya adanya kuasa lain selain Allah. Percaya kepada kuasa selain boleh membawa kepada syirik. Selain tu, jangan menyerupai agama lain kerana sabda Rasulullah SAW,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

Oleh itu, jangan sekali-kali kita berpakaian atau apa-apa je la yang ada hubung kaitnya dengan agama lain kerana agama kita hanyalah islam, tak perlu nak sama macam yang lain-lainnya. Kita percaya bahawa Islam itulah yang benar, jadi just stick to Islam, kan?

4.       Kena tahu ciri-ciri agama Islam.
Ustaz kata, asas Islam adalah tauhid (mengesakan Allah) dan meninggalkan syirik.

Memang Islam itu agama yang mudah, tetapi kita tidak boleh mempermudahkan ia. Pernah dengar tak ayat macam ni? Penceramah juga ada mengatakan bahawa dalam Islam, terdapat perkara-perkara ‘pokok’ dan perkara-perkara ‘ranting’. Perkara-perkara pokok tidak boleh ditukar langsung, tetapi kelonggaran diberi kepada perkara-perkara ranting.

Antara perkara penting yang kita tahu dalam Islam ialah Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang terakhir. Yang terakhir. Bermakna tidak ada lagi utusan selepas baginda. Hal ini sangat penting memandangkan dunia akhir zaman kini ramai yang cuba memesongkan akidah umat Islam, terutamanya ada yang mendakwa diri mereka sebagai nabi selepas Rasulullah SAW. Pernah dengar mengenai kes Rasul Melayu dulu? Ha itu baru satu contoh :)

5.       Kepentingan tauhid.
Ustaz menegaskan bahawa dengan tauhid kita akan selamat dunia akhirat.

Kehidupan dunia yang baik tidak semestinya menjanjikan akhirat yang baik untuk kita, tetapi akhirat yang baik semestinya dari kehidupan dunia yang baik kan? Kerana tidak cukup setakat kita berbuat baik, hormat-menghormati dan menyenangkan orang lain tapi kita tidak solat. Betul ke tak? Huhu. Jadi untuk selamat, teguhkan prinsip kita dalam akidah. Minta dijauhkan dari sebarang anasir negative yang boleh mengganggu akidah kita sebagai umat Islam. Nauzubillah min zalik.

6.       Beriman kepada Nabi Muhammad SAW.

Kita adalah umat terakhir, umat Nabi Muhammad SAW. Banyak keistimewaan kita sebagai umat Nabi SAW. Antara yang sempat saya simpan dalam ingatan ialah:

-          Nabi-nabi diberikan satu doa yang dapat menjamin keselamatan diri mereka di akhirat kelak (betulkan saya jika saya silap), dan para nabi semua mahukan doa tersebut, tetapi tidak Nabi kita. Baginda ingin menyimpan ‘kegunaan’ doa tersebut supaya ia dapat menolong kita di akhirat kelak. Dan itulah syafaat. Tidak cukup bertuahkah kita mendapat Nabi yang sangat mulia dan sanggup berkorban agar kita mendapat kesenangan kelak? Berselawat ke atas Nabi junjungan mulia.
-          Tidak seperti umat-umat terdahulu yang hanya menunaikan solat di kaabah (atau Makkah, saya tak ingat. Betulkan saya jika saya tersilap), umat Nabi Muhammad SAW diberi kelebihan untuk bersolat di mana-mana sahaja di seluruh bumi ini. Bertuahkan kita? Maka tunaikanlah solat :)

7.       Apa maksud ibadat dalam Islam.
Menurut ustaz, ibadat adalah sesuatu yang kita lakukan semata-mata kerana Allah dan demi mencari keredhaanNya.

Apa kata sebelum kita memulakan hari kita setiap hari, kita niatkan di dalam hati kita agar setiap pekerjaan baik yang kita lakukan pada hari itu adalah sebagai ibadat kepada Allah. Untungkan jadi umat Islam? Belajar pun boleh dapat pahala bersesuaian dengan niat kenapa kita belajar.

8.       Keutamaan Islam dan keindahannya.
Islam is a way of life.
Islam agama yang syumul.
Islam agama yang melengkapi kehidupan manusia sejagat, jika mereka tahu untuk berfikir.

9.       Islam adalah agama yang mudah.
Kenapa kita kata Islam agama yang mudah? Mudahlah, sebab kelonggaran boleh kita dapati kalau kita ada masalah untuk melakukan sesuatu dalam agama kita. Sebagai contoh, kalau patah kaki, tak boleh solat berdiri. So, boleh solat duduk. Kalau tak boleh solat duduk, boleh solat berbaring. Kalau tak boleh solat berbaring, boleh solat menggunakan isyarat mata. Kalau tidak boleh juga, boleh menggunakan hati. Mudahnya Islam.. semoga Allah membuka pintu-pintu hati kita agar berasa mudah dan gembira untuk beribadat kepadaNya.

10.   Islam adalah agama yang sempurna.

Kesempurnaan Islam merangkumi keseluruhan aspek kehidupan kita. Pernah tak kita terfikir, apa yang takdanya dalam Islam? System perundangan ada, penjagaan kesihatan ada, garis panduan social ada, garis panduan untuk diri kita ada, dan semuanya hanya untuk kebaikan manusia. Semua ada kan kan kan?

11.   Dasar Islam ialah al-Quran dan hadith yang sahih.

Umumnya kita semua tahu apa dia dua wasiat Rasulullah SAW sebelum baginda wafat kan. Baginda mewasiatkan al-Quran dan hadith yang mana kalau kita berpegang kepada dua perkara ini, kita tidak akan sesat selamanya. Dalam rukun iman pun ada beriman kepada kitab iaitu al-Quran kan? Al-Quran merupakan kalam Allah, manakala hadith pula merupakan segala kata-kata dan perbuatan (betulkan jika saya ada tersilap di mana-mana) Rasulullah SAW. Fungsi hadith adalah untuk menerankan perkara-perkara mujmal yang telah disebut di dalam al-Quran. Sebagai contoh (dari buku PAI kolej), perintah solat ada dinyatakan di dalam al-Quran, tetapi hadith yang menerangkan bagaimana untuk melaksanakannya.

12.   Islam adalah satu-satunya agama yang benar.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali ‘Imran,

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam...”

(Ali ‘Imran, ayat 19)

13.   Kesetiaan dan kebencian kita hanya kerana Allah.

Kita setia berpuasa pada bulan Ramadha kerana Allah. Dan kita membenci perbuatan-perbuatan mungkar juga kerana Allah. Itu contohnya.

14.   Kemuliaan akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ini mengenai akidah kita. Tak tau nak huraikan macam mana di sini, tetapi kita tahu bahawa ASWJ berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Jagalah akidah kita sepenuh hati kerana pada zaman fitnah berleluasa seperti sekarang ni, macam-macam boleh terjadi kepada kita. Nauzubillah. Berdoalah kerana doa itu senjata mukmin.

Insha-Allah akan bersambung lagi dengan isi ceramah daripada penceramah lain-lain. Akhir kata, I'm proud to be a Muslim! Assalamualaikum...


*gambar ihsan Google*