Assalamualaikum..
Hari ni hari ulang tahun kelahiran Iliana yang ke??? Yess! 19 tahun.
Wah dah tua dohhh!
Oh ya, b4 ni dah tuka privacy tarikh lahir kat fb so that takde appear birthday kite kat news feed. Haha. So I guess birthday kali ni hanya orang-orang yang betul-betul kenal dengan Iliana je yang akan wish. Ini lagi bermakna kan? And yes, of course sikit je wish kat wall facebook ana tu (mood Wani sekejap. Ber-ana. hahaha). Sebelum ni, kalau birthday mesti penuh kat wall dengan wishes daripada friends kat facebook. Even tak pernah kenal pun wish. Memang mula-mula seronok tengok “wah banyaknya wishes kat wall aku!” tapi tu masa zaman pra-matang. Haha. Sekarang dah matang sikit. Ada peningkatan dalam daya berfikir! Bilangan wishes tu tak penting langsung, tambah-tambah kadang-kadang tu orang-orang yang tak dikenali akan wish sekadar wish “Happy birthday”, or “hb” kan kan? Korang pun mesti pernah jugak dapat macam ni kan kat wall korang masa birthday?
Sekarang dalam diri dah ada semacam perasaan lain, dan kali ni memang nekad nak sorok tarikh birthday, biar kalau ada yang nak wish, wish. Kalau tak ingat, takpe, birthday ni tak penting kan? Sepatutnya inilah tarikh untuk kita kenang balik kesakitan ibu kita melahirkan kita *Awww… Ibu, I miss u so much*
Apa-apa pun saya tau, masa birthday saya takkan ada surprise party yang dapat berjaya. haha
Sebenarnya sebelum ni dah warning siap-siap kat classmates, jangan buat prank party untuk birthday I. haha. Oh sangat takut okay! Haha. Lagipun saya selalu ingat tarikh birthday sendiri. Bila dah masuk je bulan Oktober, yeah automatic akan ingat “yeay bulan birthday Iliana! Juge birthday Ayah!” so memang macam takkan menjadi la sebarang surprise.
Ingat lagi masa form 4 kalau tak silap, masa tu pegi rumah terbuka kat rumah Kamaliah, and semua Fo9 ada sekali. Diorang planned nak buat surprise party untuk saya dengan Ony. Then masa kitorang lepak dalam bilik Kamaliah, saya start rasa something akan berlaku. Buat relaks, tapi muka macam nak tergelak jugak la tengok kawan-kawan kejap keluar kejap masuk dalam bilik. Haha. Lepas tu tiba-tiba… diorang serbu bilik sambil nyanyi lagu Happy Birthday sekali bawak cupcakes HAPPY BIRTHDAY, sekali dengan benda tembak-tembak keluar benda macam sawang colourful tu. Haha. Rasanya tu la surprise party yang pertama sepanjang hidup, walaupun sebenarnya dah dapat agak benda tu akan jadi. Haha. Pape pun Fo9 sangat sweet.. thanks a lot for the memories..
ni la cupcakes HAPPY BIRTHDAY tu. hehe. Iliana amik lilin huruf I tu, still simpan kat dalam bilik kat rumah :}
Ni lepas dah kena tembak-tembak
Ingat lagi, gambar ni Kamaliah upload kat myspace (masa tu zaman myspace kome. haha). haha thank you sayang. sayang korang dunia akhirat.
Okay kembali ke zaman 2011. Pagi tadi sebenarnya dah siap text parents:
“Esok birthday orang! Malam karang jangan lupa wish!”
Hahaha
Okay pathetic.
Tapi biarlah. Sukati lah nak text apa pun. Haha
Then malam tadi giliran saya jaga PSP dengan Farah Hanaa (Frankie/Jojo) haha. 11:58 pm dapat text daripada Pikok (Fo9) mengucapkan happy birthday. Haha masa tu dah senyum dah. Tahniah Man sebab jadi orang 1st yang wish! Then masuk text daripada ayah pulak. Lepas tu ibu, lepas tu kaklong. Haha. Seriously rindu kat family. Khamis minggu lepas birthday ayah, and khamis minggu ni pulak birthday orang. Sweetnye :} hehehehe
Lepas tu pulak masuk lah banyak text daripada kawan-kawan.. tak sangka korang ingat birthday kita.. ke sebab kita pernah remind yang bulan oktober ni bulan birthday kita? Haha pape pun korang sangat sweet :}
Lepas tu masa kat PSP, Farah pulak saje-saje Tanya,
“Hari ni birthday sape eh? Hari ni birthday sape eh? Nak kite describe orang tu macam mana tak?”
Haha
Kiranya Farah ialah orang pertama yang wish birthday face-to-face. Hehe. Lepas tutup PSP, kitorang pergi singgah DS. Jumpe Syaza dengan Nabila. And diorang pun wish birthday.. lepas tu kitorang pun balik bilik..
Tu je? Hahaha
Then buat la aktiviti macam biasa. Duduk atas katil, bajet-bajet tengok proposal IA Business tu.. pastu tiba-tiba dengar bunyi tapak-tapak kaki kat luar bilik. Pastu ada terdengar macam suara Wani (Wani memang tak boleh duduk diam! haha). Then I started to feel something.. yeah something is going to happen. Haha
Tiba-tiba Nabila bukak pintu, then diorang pun serbu masuk bilik sambil Fiqah pegang sepotong kek yang ada 9 lilin atasnya..(Fiqah kan yang pegang masa tu?). diorang pun nyanyi lagu birthday. Mula-mula rasa macam nak nangis. MACAM NAK NANGIS. Haha. Tapi takpe lah. Tak larat dah asyik nak nangis je. So nyanyi la sama-sama dengan diorang. Awww korang sangat sweet :’}
Ni la sepotong kek tu. haha. Comellll !!!!!!!!
Dayah my roommate pun wish sekali. Pastu peluk2 semua orang, sembang-sembang sikit, calit-calit krim sikit kat muka Syaza, dan semua pun bersurai.. yala homework pun tak siap! Esok sekolah! Haha
Oh ya. Mia my roommate lagi satu tu takleh bla. Dok katil sebelah senyap je, pastu wish dalam FB. Hahahaha!
Itu lah ceritanya birthday Iliana tahun ni. Simple je kan? But the memory is the one I really appreciate of. Kawan-kawan nak muncul dalam hidup kita bukan senang, tambah-tambah kalau yang jenis macam gua ni, yang jenis lambat nak in dengan orang. Teringat pulak macam yang pernah baca dalam iluvislam dulu, kita tak pernah tersilap dalam berkawan. Kawan kita semua tu dah ditentukan oleh Allah untuk menjadi kawan-kawan kita. Oleh sebab tu, kita memang betul-betul kena hargai diorang.
Sebelum ni kite tau, mesti pernah terbuat korang terasa, sakit hati, tacing (same le maksudnye dengan terasa) haha tapi kita nak korang tau, bukan niat kita nak buat macam tu.. kita sayang korang semua seikhlas hati :} korang semua ialah apa yang kita ada dalam hidup kita selain keluarga kita. Saaaaaaayang korang semuanya. Hehe. Minta maaf atas segala kekhilafan sebelum ni :’{
I LOVE TO BE MYSELF CUS I KNOW PEOPLE AROUND ME LOVE ME TO BE WHO I AM
Credit buat Ayah, Ibu, Kakong, Ijat(adik!), Afiqah Azman Aminuddin (orang yang 1st wish), Kati Pari (Ony), Farah Hanaa Zaizakrani (peneman jaga PSP malam bday iliana :} dan orang yang 1st wish secara face-to-face), Izzat Latiff, geng celebrate birthday kat bilik (Syaza, Farah, Wani, Fiqah, Nabila, Izzah, dan Patricia), budak-budak bilik den ni ha (Dayah dan Mia), Amirul (classmate), dan uhh, satu text baru masuk dalam hp ni. Najib rupanya wish aku! Hahaha. Okay Najib, kau tua sehari daripada aku. Haha. Ha yang ni baru lagi, si Ikhwan Nasir my collegemate pulak wish. hehe
Sayang korang semua dunia akhirat, semua yang jadi kawan Iliana.
Thank you to all of u yang sudi luangkan sikit masa nak wish dan celebrate.. terima kasih sebab bagi hadiah memory ni yang takkan hilang sampai bila-bila. Sayang korang sangat-sangat :}
Happy birthday Iliana :)
Assalamualaikum.