Order Guidelines

Monday, August 23, 2010

nak baju sekolah macam dalam anime !

malu nak mengaku, tapi even masa dah sekolah menengah pun still berangan nak dapat baju sekolah macam dalam anime. sebab cantikkk sangat !! suka sangat !
walaupun tau yang baju macam ni tak kan dapat dipakai (sebabnya mendedahkan aurat hahaha) tapi still berharap. kahkah. baju sekolah Jepun memang best !!
tahniah lah buat penduduk Jepun sebab merasa pakai baju bez ni :)

1 . [PALING SUKE] Shakugan No Shana - Shana




oh Shana oh Shana~ Shana sangat comel. suara dia pun tersaaaaangatlah comel. tahniah pada peminjam suara untuk watak Shana sebab suara anda memang comel ! ha, baju Shana ni sangat sangat sangat lah saya suka. kaler dia cantik, macam hijau lumut. and then ada reben besaaar tu. sangat smart. and perincian yang paling saya berkenan, ni ha, yang butang-butang kaler silver/gold tu. pergh smart gile !! cantik gile ! sesuai dengan kaler skirt dia. baju ni memang comel. dari dalam animenya lagi saya dah adore gile kat baju ni.
Tahniah la ya Shana :)



2. Hell Girl - Enma Ai


oh Enma Ai. Enma Ai sangat comel. suke gile kat rambut dia !! Enma Ai sangat misteri. suke gaya dia bercakap, and pandangan mata dia. ewaaah. uniform Enma Ai dalam Hell Girl ni ada dua, satu baju sekolah ni, and lagi satu baju kimono bunga-bunga. Baju ni cantik, and saya gemaaaaarkannya.. kaler hitam, and ada scarf merah tu. walaupun ni fesyen asas dalam uniform sekolah Jepun, tapi warna uniform Enma Ai ni sangat menarik perhatian. i like ~
*selingan* bila masa patung jerami Enma Ai ada banyak kaler ni? hahaha btw, kalau nak buat permintaan kepada Hell Girl, kena tarik tali merah tu. and nanti automatik permintaan tu akan ditunaikan, semuanya berakhir dengan kematian. and orang yang buat permintaan tu pulak lepas mati roh dia akan terus meraya-rayau di dalam neraka. itu perjanjiannya. and lepas je permintaan diorang ditunaikan, akan ada satu sign kat dada diorang, macam kat bawah ni,




3. The Melancholy of Haruhi Suzumiya - Haruhi Suzumiya


Baju ni boleh tahan la. suke dekat skirt dia sebenarnya. reben merah dia panjang, sangat cantik ! tapi kaler biru dia saya tak berapa gemar. ha, kat lengan kiri Haruhi tu ialah SOS Briged dia, satu pertubuhan pelik kat sekolah dia. ahli-ahlinya pun pelik-pelik =.=''

kesimpulannya, baju-baju ni memang ada betul2 dijual untuk peminat cosplay. wahh..anybody, please buy one for me !!!

**dah jarang tengok anime sekarang ni. rindu masa waktu form 3 :(






Saturday, August 21, 2010

keychain keychain keychainsss drive me crazy !!

ok, nnt projek keychain akan berjalan kembali, tapi bukan kat kawasan Batu Gajah lagi.
tapi di Seremban !

bila on9 tgk gamba2 handmade keychain, aku dah jadi tak keruan !!
mcm gian pun ada nak buat keychain. tak pe.. tak pe..
kite bersabar ye Kon??

=)

haa..mcm tu la..tak lama pun..
dua minggu lagi dah boleh start projek !!

Friday, August 20, 2010

amaran keras II

amaran keras di bilik kami

KAMI MENGANTOK !! NAK TIDO !
hari sabtu selalunya hari untuk bangun lewat :'(

Saturday, August 14, 2010

NOCTURNAL kate don

yeay ! hari ni mission yang saya dan rummate saya si Mia plankan telah berjalan dgn lancar skali ! plan kami dah memasuki fasa ketiga, bersamaan dengan 75% completed.

Fasa 1 : berjaga sepanjang malam
Fasa 2 : tak terlepas sahur !
Fasa 3 : solat Subuh awal waktu
Fasa 4 : dirahsiakan hehe..

best jugak berjaga sepanjang malam (or pagi) ni. mcm2 boleh buat. wifi pon dapat dengan cemerlangnya memandangkan ada sorang je penggunanya iaitu saya (kalau betul la sorang je haha). Mia dengan berukbandnya pun tampak gembira aja..mungkin laju juga memandangkan kadar orang yang on9 pakai berukband di dinihari adalah sangat2 rendah.

antara aktiviti saya ialah on9 dan belajar math. yaa..oleh sebab math xde buku lagi, kenalah cari inisiatif lain untuk belajar. so belajar la kat internet.
and then terbukak la satu website ni, www.tutorvista.com
kat website tu ada ramai la tutor orang putih ni yang available on that time. yala time kat negara dorang kan siang masa tu (or malam kot).
so cey saya pon kununnya nak tanya la pasal soalan math ni. dasar la, ada sorang tutor ni respon, n dia tanya nama dan grade saya. ala..kat malaysia mana ada pakai grade, so x tau nak gtau apa. nak gtau nama pun malas, so saya jawab, "for IB Math SL" . hahahaha mmg lari topik gile. and then tau x environment Doodle kat ym tu? kan boleh tulis2 pakai crayon tu kan? ha kat website tu pon dia ada sediakan satu kotak ni untuk menulis mcm tu, maybe senang la tutor nak mengajar kan. n tibe2 tutor tu tulis "Hi". saya rasa mcm,,,erm,,agak gelabah. HAHAHAHA. dan x tau apa nak buat lagi, terus tutup tab website tu. kakakaka

and then, sambil2 belajar math kat tenet, sambil tu baca gak blog pasal dajjal ni, kat
http://ksz-associate.blogspot.com. erm agak takut la kan baca malam2 ni, sampai nak pegi toilet pon ajak Mia. hahahaha.

haa..around 4:20 am tu, bunyi siren bersahur pon kedengaran.. cey semangat la ni nak gi turun sahur sebab dah 2 hari terlepas sahur. ini sangat bertepatan dengan objektif misi ini dalam Fasa 2. sebelum tu, saja2 la pegi bilik Wani+Nabila, tapi pintu bilik dorang berkunci. ketuk2 pon no respond. lepas tu pegi bilik Anis, tapi tengok2 katil dia kosong, so dapatlah saya concludekan di sini bahawa Anis berada di tingkat 3 bersama Haiza !! dan saya beserta Mia pon bergegas naik ke tingkat 3. tengok2 betul la hypothesis saya..selipar kuning Anis yang berglowing tu ada kat depan pintu bilik Haiza. dasar la..bila dikejut, Anis langsung x tergugat. Haiza pulak keep on uh..ahh..uh.. cit. Akhirnya Nad yang ada dalam bilik tu jugak yang bangun. lain target. hahaha.

lepas tu pergi balik ke bilik Wani+Nabila. ketuk3, akhirnya pintu dibuka oleh Amalina yang juga rummate dorang. tapi lepas tu dia sambung tido balik. so saya pon pergi la mengaau Wani dan Nabila. hehehe n dapat +ve feedback. dorang bangun! dan join kami turun ke DS.. ahha, Dayah rummate saya lagi sorang tu pon turun skali.

akhirnya makan..makan..makan..dan makan..kucing Misai kat DS tu agak kelaparan sebab ia sangat vigorous pagi ni. bagi la jugak ikan kat dia..lebih bagus kan..
haa..itulah ceritanya pada pagi ini. selagi ada wifi ni, BOLEH LAAAAH !! kirenye kite ber-online. hahahaha

*tentang Fasa 4 yang dirahsiakan tu, x perlu la tahu. HAHAHAHA

HAAAAA !! kami otw menuju ke Fasa 4 ! bye-bye !

Sunday, August 8, 2010

07-08-2010


Date : 7 AUgust 2010
Venue : SK Simpang Pulai, and Ony's house

ok, pada tarikh tersebut, ade majlis penyampaian insentif kewangan kepada kanak2 (kanak2? ya..kanak2.. kanak2??) oleh Yayasan Halimah (swasta kot). penat oo menunggu giliran..yang saya ingat, utk level Sarjana, ade sorang je penerimanya, ijazah ramai, dip/matrik laaaagi ramai, n skola berasrama. juga utk kecemerlangan dlm akademik. saya dapat dua, iaitu utk dip/matrik and SPM. x banyak gambar, 1 je (bilangan ini dah cukup menunjukkan yang tak banyak gambar ditangkap). ahha, QaQa fo9 pon ade gak dtg. hihi. utk dapat bende ni, kena la hantar borang (parents saya yang uruskan semuanya). ohh ya, masa tu, saya ternampak Fakhriah iaitu budak kolej saya ! dasar ! hahaha. dia amik biotech kat KMS, saya dentistry.


berapa banyak duit berjaya saya kumpul pada hari tu?? ohh x perlu la cerita..HAHAHAHA. pulang before pukul 5pm, and then terus singgah rumah Ony, sbb ade kenduri doa selamat di rumahnya. bez bez. mula mula Ony terpinga pinga melihat kehadiran saya, sbb pada malam sebelumnya, saya texted dia :

Kon : Ony, tgk la, kalau ada flight dr seremban ke batu gajah mlm ni, kite akan ke kenduri kamu esok. haha

Ony : yeah yea

mana x terkejut, dlm text tu dah sure2 la x balik kan, sbb mana ade flight ! ahha, n then, saya menyorok dulu dlm bilik Ony, kununnya nak bg surprise kat Nad, Jijah, n Pikok, sbbnye dorang x tau saya pulang. bila keluar je dr bilik, dasar ah ! dorang x buat muka terkejut pon -.-

nad girang dgn kehadiran Kon


OMGGGGG my kain singkat la !



love this photo sooo much



btw, this is Afiq Farhan, my classmate, taking the same course as mine, DENTISTRY. and laz friday, while we were eating all the buah buahan (ada jamuan buah buahan bersama group mentor), dia ni...dia ni..dah buat pengakuan yang hebat dan menyedihkan..he got Baitulmal scholarship for dentistry in Egypt !! wuuu...afiq please dun go..please stay at MCS with MD62 !!! semua gals yang ada kat situ pujuk dia supaya tak pergi. rasa saaaangat sedih. jangan tipu la kata korang tak rase nak nangis..HAHAHAHA. btw afiq, make up ur mind wisely. choose the right pathway for the sake of ur future. just 1 thing, in case u r choosing for Egypt; please please please and please, dun u ever forget our class memories here. ok :(

p/s : wey Egypt x best ahh !! INDIA la wey ! kata nak g melancong sama-sama dgn geng dentistry n medic india kalau study kat india.. how could u afiq. huhu

Saturday, August 7, 2010

my MATA ??

tadi saje-saje main kuiz pasal mata kat FB. hahaha...SAJE-SAJE je okayyy. ini result dia,

" Result: Mysteries.
When people look into your eyes, they see mysteries galore. You're a deep and intellectual person, and others can see that through your sparkling eyes. You're quiet and shy, but once you get to know someone, you become comfortable around them. Your eyes often spark curiousity in others, and it bothers people how they can never tell what you're really thinking. You're hard to read and often hide your true emotions. "

1st point : deep and intellectual person -erm, no comment. xtau betul ke x ni.

2nd point : quiet and shy -yaa...! tepat tepat tepat ! sampaikan org ingat saya sombong. tp x pe la..x kisah..hahaha. tapi kalau da rapat dengan sape sape tu, saya baaaaaaaanyak cakap ye.

3rd point : once u get to noe someone, u become comfortable around them -ha ! kan dah cakap tadi !

4th point : ur eyes often spark curiousity in others, n it bothers pple how they can never tell what u're really thinking -erm, no comment. x pasti.

5th point : u're hard to read n often hide ur true emotions -sangat sangat sangat sangat sangat tepattttt. sory la tapi bab2 emotion ni mmg sgt susah nak bg org tau. jarang jarang jarang kongsi masalah dgn org lain. hihi. bia la simpan sendiri, HAHAHAHAHA.

** sepanjang berada dekat MCS ni, dah plus minus 6 org kata muka saya mcm Anne Ngasri. x kenal sapa tu? Google sendiri ahh. yeke mcm muka dia? TAK SAMA LA !! lg x boleh bla ade org kata muka saya dgn Haiza SAMA (??) hahahahaha lucu lucu lucu !!