Order Guidelines

Saturday, November 26, 2011

Pelaburan Terbaik :)



Assalamualaikum dan hai semua.. (kalau ada orang yang baca entri ni la..ahaha)
Sem 3 ni, kitorang kat Kolej MARA Seremban ni belajar tajuk munakahat dalam subjek Pendidikan Islam. Tau kan apa munakahat tu? Em saya pun tak sure sangat la maksud yang tepatnya, but it is something to do with MARRIAGE. Ahha..perkahwinan. haha

Nampaknya topic ni sangat penting sebab lepas dah habis belajar mesti dah ramai yang nak kawin kan kan kan?? Kahkahkah.. tak pun masa tengah belajar kat overseas tu dah ada yang kawin. Bergantung pada jodoh la kan.. ni sebenarnya bukan nak cakap pasal perkahwinan, tapi pasal hasil perkahwinan itu sendiri. Apa yang terhasil dari sebuah perkahwinan kalau bukan anak kan?

So, mulanya macam ni. Haritu tetiba terfikir pasal kahwin ni (oh yes, kumpulan saya buat pembentangan topic ni pasal Kahwin Muda. Jengjengjeng..). sebenarnya kenapa orang berkahwin? Selain daripada mengelakkan maksiat, bukti cinta suci (cececeeyyy), dan mengikut sunnah Nabi SAW, apa lagi yang manusia inginkan daripada perkahwinan? I would say, ANAK! Mari kita highlight-kan apakah sebab mereka maukan anak dari sudut pandangan I:

i) Sebagai hasil perkongsian hidup bersama
ii) Sebagai penyambung keturunan
iii) Sukeee ada budak-budak kecik comel-comel ni..
iv) Apakah ertinya kalau takde anak kan? Anak tu macam boleh kira sebagai bukti yang suami dan isteri tu saling mencintai. Boleh tak? Hahaha you decide.

Apa yang penting kat sini kan, saya fikir perkahwinan tu macam satu pelaburan besar yang manusia boleh buat dalam hidup mereka, bukan sahaja untuk duniawi semata-mata, malah ukhrawi juga. Membina rumah tangga bukannya mudah (ini macam common sense la kan, even though saya pun tak pernah kawin, tau la yang kawin ni bukan benda main-main. haha), so boleh dikatakan satu cabaran yang besar dalam kehidupan seseorang manusia tu. Hidup selepas berkahwin sangat berbeza daripada zaman kita hidup sebagai teenagers yang happy. Haha. Seseorang tu akan belajar untuk memegang tanggungjawab, macam contohnya suami kena menjaga kebajikan isterinya. Itu pasal salah satu kesan selepas perkahwinan, seseorang itu akan menjadi matang (suppose to be). Okay, ini ialah antara sebab kenapa saya kata perkahwinan ni satu pelaburan. Ianya sesuatu yang berisiko, sama macam kalau korang melabur saham kan. Risiko ada kat mana-mana je.

Apakah pelaburan terbesar dalam sesebuah perkahwinan tu?
ANAK.

Kenapa anak itu satu pelaburan?
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Insha Allah hadith itu betul riwayatnya, sebabnya saya copy dari sumber tu saja. Tapi sure korang pernah dengar or baca ayat dalam hadith tu kan?
Highlightkan ayat “anak yang soleh yang berdoa untuknyatu.
Yes di sinilah pointnya. Anak sangat berharga bagi sesuatu pasangan itu. Anaklah yang paling berharga di dunia dan akhirat.

Di dunia

Kat dunia lagi sepatutnya seorang anak itu dah menjadi satu pelaburan yang berbaloi untuk ibu bapa. Apakah rasanya jika seorang ibu yang 9 bulan 10 hari mengandung, dan ayah yang menanggung kehidupannya sehingga dia mampu menjadi seorang manusia yang hidup di atas muka bumi ini, jika anaknya derhaka terhadap mereka? Rasanya kalau setiap orang dalam dunia ni boleh meletakkan diri mereka dalam situasi ibu dan ayah, mesti takkan wujudnya cerita Si Tanggang.

Sebab itulah kepada semua anak, sewaktu masih di bawah tanggungan ibu bapa, cubalah untuk menjadi anak yang taat. Perkataan CUBA itu sangat penting sebab manusia takda yang dilahirkan sempurna, tetapi kita boleh mencuba untuk menjadi sempurna. Jagalah hati ibu dan ayah kita sebab kita takkan tahu berapa lama lagi masa yang kita ada untuk menikmati kasih sayang mereka.

Kalau kita dah bekerja, memang sepatutnya kita kena bagi perbelanjaan untuk ibu dan ayah kita walaupun tak banyak. Ini common sense kan? Ibu dan ayah dah berbudi kepada kita sejak nafas pertama yang kita tarik ke dalam paru-paru kita ni tanpa meminta bayaran kan? Walaupun kebanyakan ibu bapa tidak meminta untuk diberikan wang, tapi fikirlah logiknya. Walaupun tak terbanding langsung belanja yang seorang anak tu dapat berikan dengan apa yang dah dia nikmati sepanjang dalam jagaan ibu bapa, at least kita ada sesuatu yang dapat diberikan sebagai satu lambang bakti kepada orang tua kita. Yang penting, IKHLAS. Dan ini memang sepatutnya satu pulangan bagi pelaburan yang ibu bapa kita dah buat terhadap diri kita sebagai anak.

Di akhirat

Bila seseorang tu meninggal dunia, segala amalannya terputus kecuali 3 perkara yang dah disebut tadi. Salah satunya ialah doa anak yang soleh. Inilah sebab paling utama kenapa pelaburan anak itu sangat penting dalam hidup manusia. Teringat pulak kisah pasal seorang gadis kecil dari Acheh yang diceritakan oleh seorang sukarelawan tsunami Acheh yang bagi talk kat KMS dulu. Macam ni ceritanya,
Okay saya bahasakan beliau ni kakak je la eh? Kakak ni bertemu dengan seorang gadis kecil, 9 tahun umurnya kalau tak silap. Disebabkan tragedy tsunami 2004 Acheh tu, dia kehilangan semua anggota keluarganya. Kalau kita mesti rasa macam nak gila dah kan? Haha.. jangan gila dulu. Gadis ini sangat tabah. Dan kata-katanya sangat mendalam. Dia kata lebih kurang macam ni la “Saya tak boleh sedih bila ibu bapa saya meninggal. Saya harus kuat kerana mungkin Allah telah memilih saya untuk hidup dari kalangan adik-beradik saya kerana saya mampu untuk mendoakan ibu bapa saya.” Ya Allah bagi saya dasyat sangat seorang kanak-kanak 9 tahun boleh bercakap macam ni. Serius rasa nak menangis masa dengar cerita ni.
Bila kita meninggal dunia, doa dari anaklah yang mampu meningkatkan akaun akhirat kita. Kita sendiri dah tak mampu untuk menambah nilai akaun akhirat kita, tapi boleh jika ia disalurkan dari doa anak kita. Inilah peranan yang paling penting seorang anak terhadap ibu bapa.

Kadang-kadang terfikir, bila baca kes-kes anak derhaka kat media. I think about it, and I was like, “oh tolongggglah. Kau tu pelaburan parents kau. Kalau parents kau taknak melabur, dah lama kau takde dalam dunia ni. Kau diberi peluang hidup pun sebab adanya parents. Kalau takde parents, takde lah kau kan?”
Okay. Oleh itu, jum lah kita sama-sama renung balik, sejauh mana pencapaian kita dalam menjadi pelaburan yang terbaik untuk ibu bapa kita selama ni. Kalau kurang tu, kita cubalah tingkatkan. Tak salah dan tak rugi untuk mencuba kan? Dan ingat, perkataan CUBA tu sangat penting untuk memotivasikan diri kita dalam usaha kita untuk menjadi yang terbaik. Serve the best for your parents selagi ada peluang. Paling mudah, luangkanlah sedikit masa untuk mendoakan mereka selepas bersolat.

Jadilah pelaburan yang menguntungkan untuk ibu bapa kita. Insha Allah.
Sekian terima kasih :)
Assalamualaikum~


**memang kadang-kadang penulis akan menggunakan kata ganti diri yang berlainan untuk entri yang berlainan. Contohnya, dalam post sebelum-sebelum ni ada guna aku, gua, I, yang ini pakai saya, dan ooops, dalam ayat ni ada terpakai ‘penulis’ pulak. Haha. Susah sebenarnya nak membahasakan diri dengan orang. Saya selalu mengalami situasi kesulitan utnuk menggunakan kata ganti diri yang sesuai dengan different people. Secara normalnya, dengan kawan perempuan saya pakai ‘kite-kamu’ dan dengan kawan lelaki ‘aku-kau’. TAKDE MAKNANYA NAK PAKAI SAYA-AWAK-ANDA ni sebenarnya, tapi penggunaan kata ganti diri ni sebenarnya mengikut kesesuaian genre entri tu sendiri kan? Hikhik daaaa~

1 comment:

  1. Love it.. Is there any way for me to know bout you more? :-)

    ReplyDelete