Assalamualaikum~
Sebenarnya tadi terbaca satu artikel kat Yahoo, bertajuk "US Military Rubs Off On Iraqi Youth".
Bila tengok thumbnail artikel tu gambar seorang remaja lelaki buat breakdance, dah terfikir dah ni mesti benda tak baik yang jadi kat Iraq. So, bukak lah link tu, dan baca keseluruhan artikel tu. Macam terkesima, hah. Artikel tu cerita macam konon perubahan yang terjadi kat Iraq tu sesuatu yang bernilai positif, dan semacam lambang kebebasan bagi belia-belia Iraq. Dan saya melihat benda ni macam satu doktrin yang telah berjaya diterapkan oleh Amerika (SYABAS lah sangat kan???) ke atas penduduk Iraq. Budaya kuning, budaya yang bertentangan dengan adat masyarakat dan ajaran agama Islam, semuanya dah menular dengan 'berjayanya' ke dalam fikiran anak-anak muda kat sana.
Ahha, mungkin ini sebenarnya motif serangan ke atas Iraq dulu? Mungkinlah, dengan kediktatoran Sadam Hussein dulu, anak-anak muda Islam ni tak mempunyai peluang untuk melakukan benda-benda yang negatif ni (sebagai contoh, BERTATU). Jadi, AS pun melancarkan serangan ke atas Iraq, dengan mensasarkan kejatuhan tunggak utama negara tersebut supaya mudah untuk mereka meresapi pemikiran orang muda di sana dengan pelbagai perkara yang negatif dengan satu tujuan; melemahkan pegangan umat Islam. Wallahualam.
Ada satu komen pembaca artikel tu yang mendakwa salah seorang bekas askar yang terlibat dengan invasion of Iraq dulu. Dia kata;
"I spent years as an American soldier in Iraq. I can tell you that the cat writing this article did very little research if the thought is that the Iraqi youth became wangsters from soldiers on patrol. They all idolized everything they saw on MTV before we ever invaded, they just have more freedom to express themselves now."
Ehem.. tak tau la kata macam mana. Tak tau mana yang betul, mana yang salah.
Ini hanyalah pendapat saya semata-mata, ditambah dengan pembacaan dari sebuah blog dulu, yang menceritakan konspirasi menjatuhkan Saddam Hussein yang merupakan seorang Sunni. Betul atau tidak, wallahualam. Dunia sekarang ni terlalu banyak fitnah sampai boleh mengaburkan terus pandangan kita tentang kebenaran sesuatu perkara. Dunia akhir zaman sangat menakutkan :'(
Semoga kita semua selalu berada dalam lindungan Allah SWT hendaknya. Amin.
Oh ya, ini antara ayat dalam artikel tu. Ianya SANGAT-SANGAT-SANGAT menyedihkan bagi saya sebab ia umpama macam satu sorakan kemenangan untuk AS yang telah berjaya meruntuhkan moral belia Islam Iraq.
"Most of Hakim's customers are Iraqi security guards imitating their American counterparts. They demand tattoos of coffins, skulls, snakes, dragons, bar codes, Gothic letters and crosses. Female customers prefer flowers and butterflies on their shoulders. Also, many young women now dare to wear tight tops and hip-hugging jeans with their hijabs, or head coverings. Some also sport miniature dogs."
Artikel tersebut boleh dibaca di sini.
Assalamualaikum semua :)
No comments:
Post a Comment