*gambar ihsan Google*
Assalamualaikum..
Hai! Hari ni dah masuk hari kedua IRP. Macam yang dijelaskan
dulu, IRP ni ialah Intensive Revision Program. Seluruh batch duduk dalam satu
dewan in smaller groups and then study sama-sama. Yes, kena bekerjasama as one
team. Semua saling membantu supaya semua dapat lepas ke luar negara, Insha
Allah. Kalau ada yang terkandas sikit, kawan-kawan dalam group akan membantu untuk menaikkan kita kembali ke
paras yang selamat. Best tak??? :D
Kalau dilihat secara zahirnya, waktu-waktu macam IRP ni
sepatutnya di-apply-kan dalam kehidupan kita. Sekarang kita tengok balik, kalau
kawan kita tu ada buat salah dalam pelajaran, kita akan cepat-cepat betulkan dia
atau tegur kesalahan dia, so that dia takkan terus buat kesilapan yang sama dalam
exam besar nanti. Nanti dapat sama-sama merasai kemanisan kejayaan.
Sama la macam kehidupan kita kat dunia ni. Kita wajar sangat
tegur kawan-kawan kita yang mungkin dah melakukan kesalahan, sebagai contoh
tidak menutup aurat. Ini sangat penting sebab ini berkaitan hal hidup dan mati,
tujuan hidup kita di dunia adalah untuk dapatkan kejayaan di akhirat nanti. Bekerjasama
dalam satu batch untuk memastikan semua lepas untuk fly ke overseas, sama jugak
bekerjasama dalam kehidupan seharian untuk tujuan yang seakan-akan sama, tetapi
lagi besar; iaitu mencapai kejayaan di akhirat.
Kalau kat kolej ni, kita biasa dengar ayat “fly ramai-ramai”,
untuk kehidupan seharian juga patut kita gunakan ayat “menuju syurga
ramai-ramai”. Bak kata cikgu dulu, jangan pentingkan diri sendiri, tak perlu
ada competition sebab semua orang dah ada tempat di luar negara nanti, cuma yang
membezakan ialah sama ada kita lepas ujian IB atau A-Level, atau pun tidak. Macam
tu jugak syurga kan? Takdenye boleh pulak korang fikir “eh biar je lah dia
macam tu. Asalkan aku masuk syurga. Nanti dia dapat masuk syurga, aku pulak tak
dapat masuk.” Err.. ni sangat nonsense. Haha. Sebabnya semua orang berpotensi
untuk mendapat syurga kalau ada usaha.
Tapi apa yang menghalang kita daripada menegur? Menegur bukanlah
sesuatu yang negatif kalau ianya berlandaskan kepada niat yang baik. Selalunya first
benda yang ada dalam fikiran kita bila nak menegur ialah kita takut yang kawan
kita akan terasa kan? Itu perkara biasa yang menjadi dilemma. Korang perasan
tak, semakin rapat hubungan korang dengan seseorang, semacam semakin susah
untuk kita menegur? Tak tau la bagi orang lain, tapi ini apa yang saya selalu
rasa dan apa yang selalu saya lihat la. Banyak sebabnya, antaranya kita takut
dia akan tersalah tafsir maksud teguran kita itu. Nak tunjuk baguskah kita ni,
atau teruk sangatkah dia itu.
Yang paling selalu saya fikir; hidup kat dunia untuk akhirat
je. Dunia ni macam permainan je. So what? Tegur je la orang tu supaya dia tak
buat macam tu lagi. Benda ni benda betul, tegur je la. At the end orang tu akan
tau jugak sebab kenapa kita menegur.
Tapi benda ni sangat susahhhhhhhh... percayalah. Susah sangat.
Nak start tu sangat susah. Tapi once kalau dah berjaya tu, kita akan rasa happy
sangat. Mungkin nak cakap direct susah kan, tapi kita ada macam-macam medium
sekarang ni. Tulis je kat status facebook, tapi kenalah yang secara general. Mana
boleh point-point kan? Bahayaaaa~ haha. Kalau tak pun, buat video. Kat youtube pun berlambak. And
lagi satu yang paling saya suka, doodling. Ya Allah teringin sangat nak buat
tapi tak berkesempatan lagi. Somehow kalau kita mengingatkan orang lain, secara
automatik kita akan mengingatkan diri kita sekali kan?
Bagi yang ditegur pula, cubalah untuk berlapang dada supaya
senang untuk kita serap masuk nasihat-nasihat yang diberikan dan seterusnya
memulakan perubahan.
Kawan-kawan, tolong! Jadilah sahabat yang baik kepada saya
dengan menegur saya jika ada kesalahan yang dilakukan. Jagalah tepi kain saya
jika perlu :D
Motif entri ni? Nak bagi semangat untuk seorang sahabat baik saya kat Kolej MARA Seremban ni,
Syazwani Azmee. Weh, cubalah. Dengan apa cara sekali pun yang kamu rasa mampu. Bak kata
senior masa ceramah fardhu ain haritu, kita taknak persahabatan kita berakhir
dengan cara yang tidak baik sedangkan masa kat dunia kita bersahabat sangat
akrab. Kita tak nak nanti di hari perhitungan nanti kita berbalah-balah dengan
seseorang yang pernah kita sayangi waktu kat dunia. Cuba je, tak rugi mencuba. Allah akan mempermudahkan jalan kita kan kan
kan? Insha Allah~
Kita perlu hidup sebagai satu ummah baru best berjaya dunia
akhirat sama-sama kan? Kita tidak hidup seorang diri kat atas bumi ni so jom kita hidup sebagai satu ummah!
Selamat berjaya untuk batch 6 IB dan batch 11 A-Level untuk
final exam pertengahan tahun ini. Semoga kita dapat fly ramai-ramai nanti.
Tu je. Huhu.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment