*gambar ihsan Google*
Apa itu budak ON-OFF? Orang panggil seseorang tu macam ni
bila dia tu seorang perempuan islam yang kadang-kadang pakai tudung, dan
kadang-kadang bukak tudung. Maaf la, sebab saya rasa adalah lebih menyakitkan
hati bila seseorang tu jadi budak ON-OFF berbanding orang yang memang free
hair. Takde la kasar sangat sampai sakit hati kan, just rasa tak suka je. Haha.
Memang kalau orang yang free hair tu kalau ikutkan logicnya worse than these
ON-OFF kids, tapi tengok sini:
1. Pernah dengar tak ayat ni? Tak sure la, rasanya
hadith kot, tapi saya takleh nak quote hadith ni sebab saya takde sumber, tapi
saya pernah terbaca dan terdengar; beruntunglah orang-orang yang hari ini lebih
baik daripada semalam, rugilah orang-orang yang hari ini sama dengan semalam,
dan celakalah orang-orang yang hari semalam lebih baik dari hari ini.
2. So Nampak tak? At least kalau free hair, dia
masih berpeluang untuk dapat “hari ini lebih baik daripada semalam”, tapi kalau
ON-OFF ni? Hari dah pakai tudung, esok tak pakai lak, pastu pakai balik, tetiba
rasa, eh, nak pakai balik la, dan lusa, em, takde mood nak pakai tudng hari
ni.. They’re in the 3rd situation, that is “hari semalam lebih baik
dari hari ini”.
3. Tak ke rugi namanya tu? Dah dalam keadaan baik,
kita pegi tuka jadi tak baik lak.
Kalau dah bertudung tu, tolonglah kekalkan dengan penampilan
bertudung. Kalau masih belum bertudung tu, jangan berputus asa dalam mencari
hidayah Allah. Hidayah untuk dicari, bukan untuk ditunggu semata-mata. Jangan
cuba untuk menolak hidayah itu kalau anda rasa hidayah itu sampai kepada anda.
Lembutkan hati, Insha Allah boleh!
Maaflah, sebab saya sangat rasa budak-budak ON-OFF ni takde
pegangan hidup, takde prinsip, takde identity. Bayangkanlah, kalau pegangan
untuk menutup aurat pun leh berubah-ubah macam lalang. Macam kalau korang tak
suke seseorang artis la contohnya, punya kutuk kutuk kutuk, tetiba suka lak.
Tak ke kawan-kawan korang kata korang tu takde pendirian? Ahaha.
Okay no offense ya. Hanya sekadar teguran yang bagi saya
perlu untuk saya tegur sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Selagi saya
tak melakukan sedemikian, insha Allah saya diberi kekuatan oleh Allah untuk
menulis di blog ini bagi kategori ala-ala tazkirah macam ni. Haha.
Terima kasih pada yang sudi membaca. Jadilah orang yang
saling ingat mengingati baru ummah kite bertambah kuat!
Assalamualaikum~
No comments:
Post a Comment