Order Guidelines

Monday, October 3, 2011

Surat Untuk Sahabat

Assalamualaikum semua... ada cerita sikit ni :)

Beberapa bulan yang lalu. Masa tu program usrah setiap hari Rabu. Group usrah kami suka buat usrah kat surau floor 2 asrama Aisyah, sebab ada rasa privacy sikit, takda bunyi bising dan gangguan. Naqibah-naqibah kitorang, Kak Shanad dan Kak Pa’ah selalu buat segmen hati ke hati. Yeah bestttttt sangat! Masa malam tu, dalam bilik tu (surau floor 2), Kak Shanad bawak study lamp nye datang ke situ ketika kami semua dah berkumpul. Lalu Kak Shanad off lampu utama, dan bilik tu hanya diterangi cahaya malap study lamp tu. Suasana romantic habiesss~ haha. Rupa-rupanya, malam tu kitorang nak main satu game... Game luahan hati. Haha. Naqibah bahagi-bahagikan kertas kecil untuk setiap orang, dan setiap orang kena tulis segala apa yang dia rasa dalam kertas tu. Kalau ada problem boleh tulis, kalau gembira tulis, pokoknya semualah boleh tulis. Kemudian, bila dah habis time, Naqibah kumpulkan semua kertas kat tengah-tengah, dan lepas tu setiap orang kena amik satu. Dan bermulalah game ni! Kita baca apa yang tertulis dalam kertas yang kita dapat tu, dan komen, nasihat, dan apa-apa je lah. Banyak jugaklah luahan perasaan yang kita boleh baca.

Antaranya:
“Ya ALLAH susahnya nak berubah jadi baik. Susahnya nak istiqomah!”

Tu antara yang saya ingat. Saya ada menulis masalah saya masa tu dalam kertas tu, dan ia juga mendapat nasihat daripada usrahmates.

Nasihat-nasihat itu sangat berguna dalam menenangkan kembali jiwa, sehingga sekarang masih tersimpan dengan rapi oleh saya. Antara nasihat tersebut ialah:
“Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, kalau kita terima orang tu seadanya, Insha Allah orang lain pun boleh terima kita.”
“Sentiasa bersangka baik... =)”
“Bangun untuk solat malam, mengadu kat Allah =P”
“Jangan pikir benda remeh temeh sangat. Cool je. Semua ni ujian.”

Dan sekarang saya membaca kembali semua nasihat-nasihat tu. Well, masalah takkan pernah lari daripada manusia. Masalah takkan hilang daripada kita selagi kita bergelar manusia, selagi kita bergelar manusia yang tak lepas daripada melakukan kesalahan. Siapa yang tak pernah buat silap kan kan kan.
Saya dah besar. Dah boleh dikatakan matang (matang ke?? haha). Dan segala pengalaman yang lepas sudah menjadi pengajaran untuk saya. Satu pengajaran terbaru: Dalam segala hal, utamakan perasaan orang lain. Lupakan perasaan diri sendiri. Biar kita terluka macam mana pun, biar hanya hati dan Allah sahaja yang tahu. Jangan dibukakan ke pengetahuan orang lain.

Orang kata, kalau ada masalah, jangan pendam, nanti bahaya kalau sekali nanti meletus. Nampaknya itulah apa yang jadi pada saya baru-baru ini. Dah lama sangat ada tabiat suka memendam perasaan, menjeruk hati, sampai jadi pickles dalam burger BigMac tu ha. Haha. Sekali terasa pulak nak luahkan kat blog, tu la padahnya bila orang lain terasa. Kita tau akan niat kita yang sebenarnya, tapi kita tak boleh expect that everybody knows what we feel, faham akan apa sebenarnya niat kita. Nanti kalau dah terlajak, susah nak undur balik ke jalan asal kalau kita tak naik motorboat.. kita pakai sampan kayuh-kayuh tu je, susahlah kan..lambat. hehe

Jalan terbaik: MENDIAMKAN DIRI
Well, people said, SILENCE IS THE BEST POLICY.

Kita takkan keseorangan walaupun kita berdiam diri.. Allah itu sentiasa ada untuk kita. Kita je yang kadang-kadang takde masa untuk Allah (this is such a lame excuse okay. Don’t try this in your real life. Tak baik!!!). sebab tu adanya solat untuk manusia, bukan hanya sebagai exercise, tapi sebagai penghubung kita kepada Allah. Macam telefon kan.. Cuma ianya lebih pantas kalau nak ‘telefon’ Allah kalau nak dibandingkan dengan segala talian internet yang Laju Dowhh zaman sekarang ni... haha.. ni bukan promoting okay. Mengadu kat Allah. Biar kita menangis kat Allah. Sebabnya, menangis itu melembutkan hati kita... kalau dah lama tak menangis tu, check diri sendiri, rasa hati keras ke tak? Huhu (salah satu pengisian dalam usrah dulu)
Pernah jugak mengalami masalah dan termenangis dalam kelas (OMG! haha), dan saya ingat lagi, lepas balik ke bilik, bukak buku Maths, ada nota kecik tertulis,

“Laena, buka surah An-Najm (53) ayat 43.
-(Nama dirahsiakan)- =)

Tapi sayang sangat, masa tu tafsir Quran pulak tertinggal dalam kelas, so simpan dulu nota tu. Dan inilah ayatnya:

“Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
Surah An-Najm, ayat ke 43 (Al-Quran)

Kita tahu yang segala yang terjadi adalah mengikut ketentuan Allah. Kadang-kadang kita menyesal selepas berlaku sesuatu dan akhirnya akan membuatkan kita menangis. Kita hanya nampak secara kasar. Kita menangis pun mesti sebab Allah yang inginkan. Mungkin sebab kita dah terlalu lama ketawa, akhirnya kita menangis. Ketawa banyak kan mematikan hati (haih ni lagi satu problem. huhu). Pape pun, kita tak boleh ikut suka hati translate maksud ayat kat atas tu, sebab takut kita tersalah tafsir kan.. apa-apa pun, kita tetap dapat gambaran mengenai point ayat tu.

Kesimpulannya, saya ingin meminta maaf kepada sahabat-sahabat saya yang telah saya gores hati mereka (macam teruk sangat je perkataan gores tu. haha). Saya manusia biasa, macam awak semua juga. Saya juga melakukan kesilapan. Tapi percayalah, saya tidak mahu bersangka buruk dan tidak mahu hubungan persahabatan yang keruh sedangkan kita sudah lama saling mengenali.. Saya tidak mahu mengambil hati jika saya terasa dengan kalian, tapi saya juga manusia biasa, yang kadang kala mahu isi hatinya didengari. Tapi tak mengapa, Insha Allah lepas ni saya akan lebih berhati-hati dan mungkin tidak akan menceritakan lagi apa-apa masalah yang saya hadapi. Kita kena pandai menjaga hubungan sesama manusia kan? Asalkan kita semua saling bertolak ansur, segalanya akan menjadi mudah Insha Allah. Semoga ukhuwwah yang kita bina selama ni takkan putus walaupun segala-galanya yang ada di muka bumi ini tidak akan kekal selamanya :)

Assalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment