Order Guidelines

Tuesday, August 30, 2011

Mereka Semakin Berani

Assalamualaikum.
Ya ALLAH. Macam mana nak start menulis ni.
Rasa sungguh sakit. Sakit sangat.
Terasa selama ni diri begitu alpa, macam dah terlalu lama berada dalam situasi yang selesa dalam negara yang bernama Malaysia ni.

Sebelum ni, seingat saya masa saya bersekolah menengah, negara dikejutkan dengan berita mengenai seorang perempuan Melayu, Islam yang murtad, yakni keluar dari agama asalnya iaitu Islam. Ya ALLAH, masa tu rasa macam itulah pertama kali dengar kes sebegitu (walhal sebenarnya sebelum tu lagi dikhabarkan dah ramai yang murtad tapi secara rahsia, tidak mengumumkannya secara terang). Lina Joy kan nama perempuan tu.
Bayangkan. Seorang manusia yang kerdil ni begitu berani sekali menegakkan yang kononnya hak asasinya, sedangkan di atas sana ada yang lebih berkuasa. Mungkin sebab kepercayaan dah dibuangnya dari hati, sikit pun takde rasa takut dalam diri.

Dia lupa janji ALLAH itu benar.

Ditakdirkan ALLAH semalam saya terjumpa link ke satu group kat sebuah laman sosial popular kaler biru ni. Group khas untuk orang-orang murtad di malaysia dan singapura.
Just imagine. Satu group yang mana antara descriptionnya menyatakan tujuan group tu diadakan untuk bagi support dan perlindungan kat orang-orang Islam murtad. Memang niat mereka tu kalau ikut logiknya sangatlah murni, tapi ada sesuatu yang salah di sini.

Kewujudan group tu menyebabkan orang-orang Islam murtad semakin berani menegakkan pendirian mereka yang sebelum ini mereka tau ada salah. Jangan tanya kenapa mereka terpesong.

Okay, wujud beratus-ratus, dan sekarang tak mustahil dah mencecah puluhan ribu para murtadin kat Malaysia. Itu sangat MENAKUTKAN okay. Dah banyak sangat perkara negatif kat atas muka bumi ni. Takut dalam masa-masa kita masih berada di persimpangan ni, bala daripada Yang Maha Kuasa turun.

Seorang murtadin yang namanya jelas seorang Melayu Muslim, dengan angkuhnya berkata
'aku dulu sekolah agama..pernah hafal beberapa juzuk al-Quran, pernah mengimamkan orang..eh. sekarang ni pun still imamkan orang. Nasiblah diorang sembahyang tak sah sebab berimamkan seorang murtadin. haha' (ayatnya lebih kurang begini sebab saya tak copy terus ayat dia tapi saya ingat setiap point dia dalam ayat ni sebab ianya sangat menyedihkan saya)

See? Macam mana dia bersorak, sedangkan dalam dia gembira tu,

dia lupa janji azab ALLAH itu benar.

Apa yang menyedihkan, sekarang ini mereka sudah berani mencabar kekuasaan ALLAH. Statement seorang atheist (non-believer/tak percaya akan kewujudan Tuhan) ini sangat menakutkan. Saya tak tau sama ada dia ni seorang murtad atau cuma seorang atheist yang tiada kaitan dengan Islam, tetapi beriya-iya sungguh dia berdebat dengan seorang Muslim ni pasal kewujudan Tuhan.

Dan akhirnya, demi membuktikan kepercayaan dia yang tuhan tu tak wujud, dia telah mencabar Allah. Sungguh. Tak tipu. Saya tak printscreen apa yang dia tulis tu. Cukuplah sekadar saya nyatakan yang LELAKI ITU TELAH MENCABAR KEKUASAAN ALLAH.

Dengan beraninya bagi 2 pilihan; supaya dalam masa 24 jam, Allah melakukan salah satu yang demikian:

1. Menjadikan sebuah page yang kirenya kuat pengaruhnya di kalangan atheist tidak berfungsi, atau rosak tanpa menyebabkan keseluruhan sistem laman sosial itu break down. Maknenye, secara analogi ringkasnya, kalau ada sebuah buku ni, dia nak supaya satu page je dalam buku tu rosak, tetapi tidak buat keseluruhan buku itu. maknenye satu page sahaja yang terkoyak misalnya.
2. Menarik nyawanya dalam apa2 cara sekalipun, contohnya dia terlibat dengan accident ke.

Bagi saya pilihan kedua itu sangat tidak bijak, atau bahasa kasarnya bodoh saya kira.
Bayangkan jika hendakNya Dia mencabut nyawa lelaki tersebut, secara automatiknya:

i) baru dia tau yang Allah itu memang wujud
ii) dia dah terlambat untuk beriman kepada Allah kerana dia telah dicabut nyawanya

Dalam Islam, kite percaya yang doa kita itu ada 3 kondisinya, iaitu:
- terus dimakbulkan oleh Allah
- ditangguhkan oleh Allah
- atau Allah memberi kite sesuatu yang lain yang kite tidak tahu, bahawa ianya lebih baik untuk kite (Perancangan Allah itu lebih baik untuk kita).

Si atheist ini pula dengan bongkaknya mencabar, antara ayatnya yang saya masih ingat ada lebih kurang begini:

'Kalau Allah itu Maha Mendengar dan Maha Kuasa, sudah tentu sekarang ini Allah mendengar apa yang saya minta. Kata Allah itu Maha Kuasa, jadi mesti senang je nak tunaikan cabaran saya ni.'

Who he thinks he is?

Jika Allah menghendaki, sekarang pun Dia boleh mencabut nyawa lelaki itu. Tapi Allah juga berkuasa jika ingin terus menghidupkan lelaki kerdil tu. Perancangan Allah itu maha hebat. Allah juga berkuasa jika inginkan lelaki itu terus hidup dalam kekufuran dan kebatilan. Mungkin ini boleh dijadikan hujah bagi para atheists. Mungkin mereka akan menyoalkan, 'Allah yang mahukan kami jadi macam ni, dan kami akan diseksa dalam neraka. Di manakah keadilan Allah?'

Rujuk kembali kepada ayat ini,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah ar-Ra'd 13:11)
Maknenye, dalam konteks Islam, pilihan untuk seseorang itu menjadi Mukmin ataupun seperti golongan atheist ini terletak pada tangan individu itu sendiri. Yang membezakan cumalah usaha. Dalam ayat di atas dah cukup terang menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang itu kalau dia tidak mahu mengubah keadaan diri dia sendiri. Dalam hal ini, mengubah diri sendiri boleh juga kita katakan dalam hal pandangan. Ubahlah pandangan anda, bukalah mata anda seluas-luasnya. Jangan kurung pemikiran anda dalam dunia logik akal semata-mata. Cuba untuk menerima kebenaran yang Allah dah tinggalkan banyak petanda buat kita atas muka bumi ini. Jangan mudah menolak sesuatu yang tidak dapat anda buktikan secara fizikal.

Usaha itu sangat penting. Sedangkan nak dapat straight A's dalam SPM pun kita kena berusaha, apatah lagi dalam mencari hidayah Allah. Allah begitu memandang setiap usaha kamu tahu tak. Saya mengaku saya bukanlah Muslimah yang perfect dari aspek keagamaan, tapi at least saya berusaha untuk memperbaiki diri. Saya mengaku kadang-kala saya tersasar sedikit, tapi secara automatik saya akan reflek balik sejauh mana saya tersasar dari landasan yang sepatutnya, dan saya tahu ilham itu datangnya daripada Allah. Nak jadi baik bukan senang.

Saya sedar kebanyakan golongan atheist dan murtad ini orangnya bijak-bijak, hebat dalam hal agama Islam, dan dari jenis orang yang kuat berfikir. Islam sendiri menganjurkan umatnya agar berfikir dan mengkaji al-Quran kerana tidak akan habis ilmu al-Quran dikaji. Dan sebab tu jugaklah Islam ada menggariskan adab-adab yang perlu dipatuhi dalam berfikir sejajar dengan keterbatasan akal manusia. Allah lebih tahu akan segala sesuatu yang diciptaNya.

Satu analogi yang cukup mudah. Kita mempunyai seterika di rumah. Dan seterika itu mempunyai tahap-tahap suhu kepanasan yang tertentu dan ia mempunyai tahap kepanasan maksimum, contohnya pada skala 5. Dan seterika tersebut hanya boleh dilaraskan sehingga ke skala 5 sahaja. Kenapa penciptanya tidak membiarkan sahaja pengguna melaraskan suhu sehingga lebih daripada 5? Kerana dia lebih tahu keupayaan seterika tersebut. Jika melebihi had keupayaannya, berkemungkinan seterika tersebut akan rosak atau akan menyebabkan litar pintas di rumah kita yang seterusnya akan menyebabkan kebakaran.

Simple je, kan?

Dan satu lagi. Seterika merupakan objek ciptaan. Bayangkan jika manusia yang mencipta seterika itu mampu memberi keupayaan berfikir kepada seterika tersebut, adakah seterika tersebut mampu untuk berfikir akan apa yang penciptanya fikirkan? Mustahil kan? Takkan la keupayaan seterika tu mampu menyamai pemikiran penciptanya. Kalau macam tu tak mustahillah seterika tu boleh mencipta seterika yang lain pula :D

Alhamdulillah.
Dah rasa tenang sikit hati. Tadi rasa sangat takut membaca ayat-ayat sombong seorang manusia itu kepada Tuhannya.
Betapa jahilnya dia. Semoga dibukakan pintu hati mereka yang seangkatan dengannya untuk berusaha mencari kebenaran dan hidayah Allah. Teruskan berusaha.

Ya Allah, tetapkanlah iman kami pada jalanMu. Janganlah Engkau menjadikan kami sebahagian daripada hamba-hambaMu yang ingkar. Selamatkanlah iman kami Ya Allah. Selamatkan kami di dunia yang sementara ini dan akhiratMu yang kekal Ya Allah. Selamatkanlah kami dari godaan syaitan dan fitnah Dajjal Ya Allah. Teguhkanlah hati kami pada syariatmu. Satukanlah hati umat Islam Ya Allah. Aamin Ya Rabbal a'lamin.

1 comment:

  1. yeah~smoga kte sume thindar dri fitnah dajal akhir zaman..

    ReplyDelete