apa kena-mengena lagu tu dengan malu ?
post ni ditaip pada jam 3:20 pm. Pukul 1pm lebih tadi, kitorang balik dari kelas, nak pegi makan la kat Dewan Selera (DS). Sebelum sampai kat kawasan blok-blok asrama, kitorang jalan kaki kat tepi jalan tar. kat bahu jalan ada tempat pejalan kaki, cey saya jalan atas tu, kawan-kawan saya Aida dan Sarah ada jalan sekali. And then, terserempak dengan Suriani Omar, budak A-Level Engineering, jalan kaki kat situ jugak. Masa memotong dia, saya tegur la dia, sambil memandang ke belakang (Suriani Omar dah terkebelakang sikit). Okay. Masa berjalan negitu pantassssssss. Sedar-sedar kaki dah tak berjalan kat atas tempat pejalan kaki, sebelah kaki dah berjalan atas jalan tar. Terus terjatuh ! Okay, memang sakit. jatuh terduduk. Buku-buku kat tangan pun terjatuh sekali. Suriani sempat membantu. aaaaaaaa....yang tak boleh bla nya ada senior laki kat belakang ! Tapi tak tau siapa diorang sebab tak sanggup nak pandang mana-mana dah ! Kalau perempuan je takpe la , ala ni normal la kan. malu la jatuh depan org bukan muhrim (eih?). Lepas tu dah sampai DS, pegi menangis kat classmates yang tengah makan, well nangis bukan sebab sakit terjatuh, tapi sebab malu yang sangat-sangat even sakit terjatuh tu tetap ada ! Rasa macam taknak turun makan je tadi ! Tapi Aida dengan Srah ajak jugak, sebab diorang kata makan ayam. Nanti rugi !
Sejarah kisah ini bermula hari tu (tak ingat bila). Ada senior laki sorang ni jalan depan dobi kolej, saya dengan Nabila pun ada kat situ. Tiba-tiba dia terjatuh, DUM !!! bunyinya. Maaf, tak sengaja nak tergelak bila masuk asrama..sebabnya benda tu jadi laju sangat, depan mata, sangat terkejut ! Sejak hari tu, kalau terserempak dengan senior ni, mesti nak tergelak. Bukan niat nak ejek ke apa ! hahahaha...and hari ni dah dapat balasan cashhhh ! Jatuh depan senior lelaki jugak. ha, nasib baik bukan senior laki yang jatuh tu.
Kesimpulannya, Tuhan sekarang bayar cash apa yang kite buat. wakakaka...taknak ingat dah peristiwa jatuh-jatuh ni !
Now nampak tak, kalau masa kecik-kecik dulu, kalau jatuh, kita menangis sebab sakit terjatuh tu. Bila dah besar, kita menangis sebab perasaan malu tu. eih? Perlukah ? Tapi tak boleh control air mata, so nak buat macam mana... =.=
*hari yang sama (Selasa) minggu lepas, baru je kena cakar dengan Borhan kucing hitam gemuk tu kat kaki kiri. Hari yang sama, seminggu lepas kejadian tu, jatuh pulak. habis kaki aku !!!!
ni ada senior kelas BT (tak tau dia amik Biotech or Tindikan) order. buat 4 huruf. Baru semalam perasan huruf N tu terbalik. tapi tak pe la. cantik juge. hikhik. Laz week dia order, baru hari ni dapat bagi. Yala, dia pun student IB gak, mesti tau mcm mana life IB kan..hahaha....I Busy !
Ni buat untuk Anis, kawan sekolah dulu, kawan sama-sama dapat Matrik Perak (KMPk), kawan sama-sama dapat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), dan kawan sama-sama dapat scholarship MARA sampai dah masuk kat Kolej MARA Seremban (KMS) ni. Tapi laz-laz, tetap tak dapat sama bilik. muahahaha
benda ni ialah penanda buku, bentuk buku. boleh dibuka-buka macam buku jugak laaah :)
okay, kena jalan berhati-hati lagi lepas ni.
No comments:
Post a Comment