Konsep ini menekankan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama. Bagi penganut-penganut aliran ini, agama-agama besar di dunia seperti Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan yang seumpamanya, mempunyai dua struktur utama, iaitu, eksoterik (aspek luaran / zahir) dan esoterik (aspek dalaman / batin). Agama-agama ini, menurut mereka, hanya berbeza pada aspek luaran atau zahirnya sahaja, sedangkan pada aspek dalamannya ia adalah sama, iaitu menuju pada tuhan yang satu. "
rujukan : http://www.danialzainalabidin.com/?p=13
Setujukah anda dengan pluralisme ? Saya tidak ! Boleh ke Islam disamakan dengan agama lain ?
Firman Allah SWT,
" Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya. "
Surah Ali Imran, ayat 19.
Kalau anda ialah seorang pluralist, of course anda tak yakin dengan ayat ni sebab anda akan menegaskan kesamarataan dengan agama lain, ala dalam erti kata lain, tak adil kalau hanya bersandarkan pada ayat al-Quran hanya kerana seseorang itu beragama Islam.
Tapi cuba kite tengok balik, kalau kita ialah seorang ISLAM, perlukah kite mempertikai ayat-ayat suci Allah SWT ? Setiap orang yang beragama Islam mesti tau pasal RUKUN IMAN, yang membezakan anda dengan orang kafir. Apa rukun iman yang ke-3 ? Percaya pada kitab kan??????
okay itu dah cukup terang nak explainkan yang kite tak boleh ada keraguan dengan ayat-ayat Allah. Jangan main-main aa....ini hal besarrrrrrrr.....
JADI kesimpulannya, konsep pluralisme ini SALAH sama sekali, hanya sebahagian dari dakyah orang kafir nak mengelirukan umat Islam. Mungkin ini salah satu daripada fitnah-fitnah akhir zaman. Apa-apapun kite kena kuatkan hati kite pada agama kite yang satu je, iaitu Islam. Jangan jadi lemah dengan hasutan pihak lain. Hanya ada kite, dengan Islam. Tu je.
Oh ya, sebab nak cerita pasal ni sebab tadi roomate saya kat KMS tag saya dekat satu gambar keratan akhbar pasal pluralisme kat fb, selebihnya boleh baca printscreen komen-komen kat gambar tu di bawah, dan nilailah sendiri.
klik pada gambar untuk tumbesaran sejati
Dah terang-terang agama yang diredhai di sisi Allah ialah agama Islam, beruntung dan bersyukurlah kite yang dah memang dilahirkan sebagai Islam di dalam keluarga Islam. Janganla kite nak campakkan diri kite jauh dari rahmat Allah pulak kan. Betul la orang cakap kan, nama Islam, tapi hati tak semestinya Islam. Nauzubillah min zalik.
Kepada semua orang, jangan takut untuk menyatakan kebenaran kepada orang yang tak mengetahui ! Berdakwah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.
Dalam gambar kat atas tu, ada saya, tapi rahsia la yang mana satu :) hihi
terima kasih kepada dua org saudara Islam tu. Saya bangga dengan mereka !!!
ohhh..camtu...ya..memang pluralisme ni x betull...sangat x logik kalau kita pikir secara logik pun macam mana semua agama boleh sama? sedangkan setiap agama ajarannya berbeza, tuhannya berbeza..dan sudah pasti agama Islam agama yang benar, bukan sekadar cara manusia membaikkan diri..dan nak cakap dengan orang2 yang pluralist ni kena ada pengetahuan tentang agama lain jugak,sebab diorg xkan terima kalau kita cuma cakap dari sudut agama Islam sahaja.. so better kita pakarkan diri kita ataupun serahkan je pada yang pakar untuk betulkan mereka ni..
ReplyDeleteyesssss.... nampaknya banyak lagi kita kena belajar, bukan belajar bende2 dalam agama je.. ahha tapi org kat atas yang pluralist tu pun byk mengkaji agama2 lain, tanya org2 agama lain, and akhirnya , ini dia kata "The broader I go, the more difficult it is to believe in one ultimate truth. "
ReplyDeleteso basically kena ada pegangan yang kuat la before nak selongkar agama lain kan ?