Order Guidelines

Sunday, May 9, 2010

burung apa ??


mari menonton video pendek ni dulu




x ingat sejak bile seekor burung merbah ni buat sarang kat atas pokok kat rumah saya. yang pasti, sedar2 je, da ade sarang burung ni kat situ, beserta ade dua biji telur di dalamnya. dan x lama selepas itu, menetas la kedua-dua biji telur itu.. kami di rumah melihat setiap proses yang berlaku, sebab pokok tu x tinggi sangat, boleh la tgk. haha. anak2 burung tu comel, da la xde bulu. hahak. kalau tergoyang sikit pokok tu, mesti dua2 akan naikkan kepala dorang n ngangakan mulut mcm di awal video atas ni.

ibu burung tu sangat penyayang. ia slalu cari makan utk anak2nya. kami ade letak sekeping roti kat dahan pokok tu, jadi slalunya ibu burung tu akan makan roti itu, manakala makanan yang ia bawak pulang, diberi pada anak2nya. ibu burung tu sanggup berkorban x makan makanan yang sedap..dlm dunia burung, kire sedap la cacing ke, belalang ke, kan. haha. lepas tu, waktu hujan ibu burung tu mesti berada kat sarangnya all the time. ia kembangkan kedua-dua belah sayapnya untuk melindungi anak-anaknya dari terkena hujan, takut demam lak. kool fever mana ade jual dlm saiz dahi burung. haha

waktu malam pulak, ibu burung tu menyediakan tempat yang hangat untuk anak-anaknya dgn menutup mulut sarang burung itu dgn dirinya, tanpa menghempap anak-anaknya. ibu burung tu buat saya rase sangat terharu
=.=

burung pun sayangkan anaknya, apatah lagi seorang manusia. tapi sekarang ni byk pulak ibu x syg anak. buang anak, dera anak. haish. alhamdulillah saya mendapat seorang ibu yang penyayang, dan berkorban demi masa depan saya
T.T


SUZANAH SALEHUDDIN

ibu, walaupun org hidup 1000 tahun pun x mungkin dapat membalas segala jasa ibu.
hanya doa dapat diberikan demi kesejahteraan hidup ibu.
dan kejayaan org ari ni byk didorong oleh ibu.
terima kasih ibu~


Selamat Hari Ibu

2 comments: