Order Guidelines

Wednesday, March 19, 2014

Farewell, Bestfriend

Assalamualaikum

I once posted something on this blog, pasal aku tak percaya adanya bestfriend lain gender. Kenapa? Kalau rajin pegi la cari balik entry tu :B hehehe

But since almost a year ago, aku tau yang aku dah tak percaya dengan apa yang aku sendiri post dulu tu. Sebabnya, eventually aku rasa this one guy has became my another bestfriend. I just don't know how we suddenly became close! Haha

To be honest, I had my first guy friends during KMS time, sebab sebelum tu aku sekolah Convent, sekolah Convent manada lelaki-lelaki derrr. Kat KMS la baru kira aku ada kawan lelaki yang sebenar (sebenar?? Suspicious gila tak baca ayat ni haha). MD62. Yep. Kelas aku tu. Kelas yang selalu bergaduh tapi ended up rapat macam siblings. Aku sendiri honestly pernah gaduh dengan beberapa orang termasuklah dengan this guy. Kitorang bergaduh sampai bawak ke dalam blog okay. Punya tak matang masa umur 18, boleh gaduh post-post hatred entries dalam blog hahaha. Now korang boleh berputus asa kalau ada niat nak cari post-post tu sebab aku dah tuka jadi draft dah pun semuanya hihi

After that kitorang berkonfrontasi, and berbaik balik. Sakit jiwa tau tak kalau bergaduh dengan budak kelas because you have to face the same faces like everyday! Kalau tetiap hari jumpa tak ke kau rasa nak ponteng kelas je. Tapi KMS tak bagi poteng kelas and selaku scholarship holders, pasti lah kitorang jadi students yang patuh. Bagus ennn. Hihi

Tapi gaduh bukan takat tu je. Pasal CAS (Creative, Actions Service. Hanya ada dalam program International Baccalaureate) pun penah sampai bergaduh-gaduh. Memang pelik kelas ni, tapi at one point, bila semua dah saling memahami each other, kitorang jadi makin rapat. And we called ourselves as siblings. That's why aku sayang gila kat kelas ni :'(

Tu masa dulu. Bila kitorang sembang balik pasal ni, ya Allah rasa lawak gila nampak sangat budak tak matured gaduh kecoh-kecoh dalam blog pastu sebab entri pasal orang lain, orang lain pulak yang terasa. Sooo budak yang baru nak up umur 18 kan kan haha. Now, most of us dah ada kat Manipal, India. And kat India la aku mula berkawan balik dengan this guy, walaupun dia course medic, and aku dentistry (FYI, medic dengan dentistry jarang dapat berjumpa walaupun satu bangunan).

I remembered how dia nak sangat start memasak kat bilik hostel dia, so dia beli rice cooker, and ajak aku beli sayur, beli beras and other groceries. Okay la that time tak rapat sangat, and honestly aku rasa awkward dah dengan dia after a few months dah tak sekelas lepas masuk degree. Tapi lepas tu, aku tak ingat macam mana aku leh jadi rapat dengan dia pulak. He is someone who I can trust to share my problems with, termasuklah pasal crusheSS *ngeheheh plis la aku manusia biasa kot hahaha walaupun aku anti-couple*, and dia pun sama. Kitorang share share lagu, benda-benda yang berhikmah (cewahh). I always knew that I can be myself whenever I talk (read: chatting) to him. Walaupun aku tau setengah orang salah faham bila aku kawan dengan dia and kadang-kadang buat aku rasa bersalah whether to continue being like this or not. Lepas tu dia share hobby yang sama dengan aku, iaitu doodling and graphic designing. I miss his cartoons. Dia dah lama tak melukis cartoon dia sebab dia malas nak lukis and scan. That's why aku hasut dia untuk beli sama Bamboo tablet macam aku hihi. He's a good guy you know. Girls out there, don't ever mess with him. Haha

Lain-lain cerita mungkin tak perlu kot aku nak tulis kat sini, but aku just nak cakap yang sebab benda-benda gini la buat aku start anggap dia as my bestfriend. Dia takde la panggil aku bestfriend ke apa, tapi aku memang anggap dia bestfriend aku. And I assume nobody knows about this. Yes, he is secretly my bestfriend.

And to cut short, now he has to leave Manipal, and further his study in Taylors. Bagus untuk dia, and I hope he can do well there. I know he had hard times during his time in Manipal, so aku yakin dia mampu buat lebih baik kat Malaysia. Tapi aku tetap sedih haha bengong kan. Walaupun kalau ikutkan jadual, aku pun akan sambung clinical phase kat Malaysia lepas 5-6 bulan ni, tapi perasaan sedih tu tetap ada bukan sebab jarak tu lagi, tapi sebab kitorang dah tak sama uni :'( 

And sebelum dia back for good ni pun, aku cuba sedaya upaya untuk tolong dia apa yang aku mampu untuk memudahkan sikit kerja dia nak balik Malaysia ni, walaupun entah apa-apa je yang aku tolong. Haha. And dia dah banyak kali belanja aku KFC, so haritu aku belanja la dia sekali which made him surprised "Ini Iliana ke???" Kakakaka aku tau ah aku memang jarang belanja orang hihi

You are so funny, a good listener and a nice guy. Aku harap Allah akan permudahkan semuanya untuk kau wahai Ayunnie Hazim! Gambatte~ and banzaiiii! Haha. Kita MD62 akan terus kawan sampai bila-bila insha Allah walaupun kita dah berlainan tempat. And aku akan terus anggap kau sebagai bestfriend aku, I don't know sampai bila, mungkin sampai bila aku dah get married, atau kau yang dah get married dulu sebab at that time, mana boleh kawan dah :'(

Trust me, korang takkan jadi kawan yang memahami each other selagi korang tak pernah bergaduh. Aku mana percaya ada kawan yang tak pernah gaduh-gaduh salah faham ni. Mesti adaaaaa. Haha 

And semalam time hantar Hazim kat bas, bila dia waving waving hand dari dalam bas masa bas dah bergerak, aku pun waving waving balik sambil fikir,



Am I going to see him again? :(

Saturday, March 15, 2014

Freebies March!

Assalamualaikum

Hai! Tetiba tadi rasa nak lukis something, and memandangkan aku berniat nak bagi freebie dalam blog, so, ini ialah freebies aku yang pertama! 

Takde la lawa sangat sebab tak berapa kemas, tapi takpe la, nak jugak buat freebies! Hehe. So, anyone boleh amik, dengan syarat

- tak padam signature gua
- tak gatai pi tambah signature sendiri pulak. hihi
- tak reuse dalam apa-apa bentuk untuk tujuan komersial
- digalakkan jika ianya untuk tujuan charity!




Tiga je la aku mampu buat untuk permulaan ni. Okaytengsbyesalam!

Prostho Lab Pasang Lagu, Kau Ada?

Assalamualaikum

Yayyy harini hari Sabtu! Bestnya kelas half day and balik rumah leh lepak terus takyah fikir "urgh pukul 2 ada kelas. Must get outta this house by 1:45 pm or else Iliana must get an auto to go to class."

Oh ya. Ada something kepelikan dah berlaku dalam lab prostho. Start dari minggu ni, guess what. Lecturers prostho (dentist 3 orang) pasang lagu masa buat kerja practical dalam lab! I don't know why, and sebab tu aku mengajukan persoalan

"Adakah diorang terbaca dalam 9Gag atau mana-mana website yang menyatakan hasil kajian mendapati dengan memasang music dalam lab prostho boleh mengurangkan kadar tekanan perasaan para pelajar?"

MMMC students next year, please amik ni jadi tajuk MSP (Mentored Student Project) korang nanti or untuk student IB, please amik tajuk ni untuk EE (Extended Essay) korang. Kahkah

Tapi serius la, diorang pasang lagu! Hahaha. Semalam diorang pasang lagu instrumental je, rasa macam makin slow aku buat kerja sebab dengar music instrumental yang ala-ala menenangkan jiwa, so kerja tangan pun semakin tenang. Tapi harini, dah tuka, pasang lagu English.. Dengar cerita cucuk dari henpon budak kelas kitorang gak. But pape pun, aku okay je diorang pasang lagu dalam lab tu, walaupun aku tak mengikuti perkembangan music antarabangsa so aku tak tau sangat lagu-lagu terkini orang putih mueheheh

Perkara ini akhirnya telah menjadikan hobi mendengar lagu ketika buat prostho tidak lagi illegal di sisi kolej! Selama ni aku dengar secara illegal je, untung pakai tudung kan, earphone tak nampak dari luar. Kekeke

Selain itu, dengan adanya music melatari kehidupan kitorang di dalam lab prostho, diharapkan ia mampu untuk menghasilkan masking effect. Apa itu masking effect? Masking effect dalam konteks ini bermaksud ia dapat mengaburi pendengaran lecturers dari suara-suara kitorang yang bersembang dalam lab masa buat kerja. Hmm yela diorang kan tak bagi sembang-sembang ni =/

Namun, harapan je la. Masking effect tetap gagal.



Happy lepas balik dari lab prostho. Yeap yeap, siapa yang tak happy bila dapat bebas dari lab prostho? Wakakaka

(Happy tidak bermaksud happy sebab dapat buat protho. Tapi happy sebab dah habis lab prostho. Penat mental dan fizikal tau tak! Future dental students, awas la korang. Kahkah)

Thursday, March 13, 2014

Belle Alyahya

Assalamualaikum

Last two days aku ada lukis seseorang. Orang tu kan, dia comeiiii amat. Aku taktau la kalau korang kenal dia ke tak, tapi dia agak popular jugak sebab dia ada buat clothing business untuk muslimah.

Nama sebenar dia, aku pun taktau. Tapi nama komersial dia is Belle Alyahya. Dia owner kepada Bella Ammara. Actually aku baru beberapa minggu follow dia kat Instagram sebab aku suke ngatt tengok muka dia.. Comel cam arab-arab. Hehe



Ini illustrasi dia yang aku buat based on gambar yang dia post kat Instagram dia. Gambar lama dah ni. 




Semalam aku hantar dua-dua gambar ni kat kawan aku Nadiah yang ada kat Belgaum. Dia tanya, siapa ni?
Aku cerita la pasal dia ni, bisnes apa whatsoever2. Pastu tetiba kawan aku tanya,

"Berapa umur dia ni? Kecik-kecik lagi dah pandai buat bisnes.."



Kecik-kecik lagi dah pandai buat bisnes.
Kecik-kecik lagi dah pandai buat bisnes.
Kecik-kecik lagi dah pandai buat bisnes.
Kecik-kecik lagi dah pandai buat bisnes.




Hahahahahaa sungguh lawak ayat Nadiah! Padahal orang ni dah kawin siapppp. Lawak hahahadoiii.
Kawan aku kata muka dia nampak sangat muda, macam budak-budak, haha terkejut dia aku kata dia dah kawin.


This time aku dah cuba buat lebih banyak pembaharuan bila melukis. Contohnya, ada aksesori tambahan iaitu beg. And ini contoh illustration yang ada complicated pattern, and kalau nak tempah, senarai harga boleh tengok kat sini ye =)

Okay tu sahaja. Tengs membaca!