Order Guidelines

Thursday, September 5, 2013

Hari Merdeka dan Penang Street Art


31 Ogos 2013

Assalamualaikum
Selamat hari merdeka Malaysiaaaaa! Kitorang sambut merdeka dalam hati jewww sebab masa hari tu, ada sepupu bertunang, so kitorang sambut majlis pertunangan secara fizikal, merdeka merdeka ni dalam hati je hahaha.

And dah alang-alang pergi Penang kan, aku ajak la family pergi kat tempat street art ni, sebab sebelum tu tengok kawan-kawan coursemates pergi bergambar-gambar kat situ. Sebelum ni taktau pun kewujudan tempat ni hihi. Macam biasa la, asal balik Penang je, dok rumah sedare-mare je.. Jarang gi jalan.. blame the traffic kan kan.. Hihi

So, balik je kenduri tu, dengan baju mengelebang-ngelebang le kitorang pegi jalan-jalan kat sekitar Armenia Street tu dalam tengah hari rembang. Vocab Perak aku sungguh power dengan status aku sebagai orang muda kihkih

So.... enjoy the photos and the art!







This thing is made up of besi. Ada banyak. Dia cerita macam-macam. Nak tunjuk semua memang tak lah kan because you have to experience it yourself!




Used shoes as plant pots. Good idea right? Pleaseeee keep the earth green and safe for human beings! :D and don't forget for the animals too.





Inai? Tepi-tepi jalan ada memacam. Jual fridge magnet (harus ada di mana-mana kawasan pelancongan kan), postcards, bearbear, tshirts, etc. Perkhidmatan lukis inai juga ada.



Child abuse! Haha




Meow.. meow everywhere.





BRUCE LEE wachaaaaa!





Le Penangite cousins with Akif!



Capati capati deii!



Minions pun merata aih. Queuing for this pulak, anyone? Hahakss







An old barber shop. Really classic!



At the end, kitorang tak berjaya pun jumpa lukisan-lukisan yang ni. Padahal gua nak sangat tangkap gambar kat buaian tu tau. Wuuuaaa! And family gua balik malam tu jugak sebab esoknya ayah kerja. Sedare-sedare lain balik esoknya, so esoknya diorang pergi pulak ke tempat ni. Haha dasar...

Tu sahaja. Lukisan-lukisan kat sini, for me personally, sangat berjaya kot buat orang masuk ke lorong-lorong yang entah pape kan pada asalnya, lorong-lorong yang mana rasanya takkan ada orang nak masuk, tambah-tambah pelancong. Tapi disebabkan usaha sesetengah pihak yang menghasilkan seni kat kawasan usang macam ni, sampai ke lorong yang cam seram-seram pun orang masuk gak sebab nak bergambar, and paling penting, menghargai seni itu sendiri. Lawa kot diorang lukis! Tabikk! :)

And jalan ni mempunyai khazanah bangunan-bangunan lama, which are sangat sangat antik. Eloklah dipulihara tempat-tempat macam ni kan? Macam kat Melaka kan.

Oh last sekali, selamat hari merdeka rakyat Malaysia.. walaupun hakikatnya kita masih dibelenggu penjajah.

'Masa bila pulak dijajah lagi ni?'

Minda?
Ghazwul fikr.

Serangan pemikiran.

Akuinya lah kan. Saya pun mengaku :) Peperangan yang paling susah bagi kita. Kita tak diuji dengan peperangan fizikal, tapi dengan peperangan mental. Jom try sama-sama membebaskan minda kita dari cengkaman orang luar. Selamat berusaha memerdekakan diri kita semua! :)

Assalamualaikum.

Friday, August 30, 2013

Sabah Part 2: Kiram's Village (Penginapan di Kundasang)

Assalamualaikum!
HA HA HAAAA!! AKU NAK JADI GILE!!
Tadi best-best menulis, dah panjang gile tau tak?? Tapi sebab menulis secara offline, lepastu terklik button untuk add photo, habis, HABIS SEGALANYA! Takleh nak buat apa dah. Sebab dia terjadi waktu offline kan, plus masa offline takde autosave. Arghhh tensionnya haku. Haha

Okay, meh la kita try tulis balik apa yang kita dah tulis tadi *menangisi nasib diri di tepi kolam ikan*

Okay camni ceritanya, kitorang gi Sabah 4 hari 3 malam, so the first two nights we spent in Kundasang, and the third night pulak kat KK. So satu malam je kat KK. Dalam entri ni ingat nak cerita pasal tempat kitorang menginap kat Kundasang je, ye la kot-kot leh bagi panduan sikit kat sapa-sapa yang nak travel Kundasang lepas ni.. Hehe




Kitorang menetap di..... KIRAM'S VILLAGE!
Sebenarnya agak lambat jugak kitorang book bilik kat sini. Tu pun lepas ayah bertanya pada suatu hari yang hening...

"Kamu dah cari tempat tido ke belum?"

Oh emm gee.. Nak pegi Sabahnya masa hujung minggu tu, tapi satu habuk pun tak buat lagi! Daku memikirkan cutiku masih panjang lagi agaknya.. TT____TT
So di satu malam, tengah malam, tengah survey-survey tempat penginapan, so terjumpa la Kiram's Village ni. Check je website dia, saya terus terpana dek surroundingnya yang berbunga-bunga..

Prinsip aku nak cari tempat tido kat Kundasang ni:

1. Nak ada suasana nature. Hotel - pangkah!
2. Nak murah murah murah! Ehehehe

Tapi memula baca nama 'Kiram' tu, macam ada perasaan-perasaan cenggitu la kan *you know what I mean hihi*. Nampaknya peristiwa pencerobohan orang Sulu dia Lahad Datu masih berbekas di jiwa rakyat Malaysia.. haha



So lepas dah survey-survey website KV ni sekali dengan facebook page dia, rasa macam dah yakin 'oh inilah tempat penginapanku di Kundasang nanti!' *mata berkaca-kaca*
Dia macam seronok kat sini sebab surrounding dia ada banyak bunga, and terletak dekat dengan gunung Kinabalu. Kedudukannya secara relatif ialah antara Kampung Mesilau dengan Mount Kinabalu Golf Club. Tinggi tempat ni.. ada satu part jalan tu masa nak naik ke tempat ni, jalannya sangat curam, macam nak ke 90 degree dah kecondongan dia gituh. Haha

Ni ada sedikit details mengenai KV ni yang boleh aku share:

Check-in time : 2:00 petang
Check-out time : 12:00 tengah hari

Yang paling penting, kenapa aku suka tempat ni mainly sebab konsep dia. Macam ala-ala kampung sikit dengan binaan chalet-chalet dia dalam taman bunga cewah. Rasa nyaman segar mata memandang camtu lah.



Ni cabin kitorang. Chilli and Onion cabin. Satu malam (weekdays) RM80 untuk satu bilik. And cabin ni ada dua bilik, which kitorang book dua-dua terus. So kiranya kitorang amik satu chalet ni terus la, so satu malam = RM160. Satu bilik ada satu katil single dan satu katil queen. Maksimum orang yang boleh menginap kat sini adalah seramai 4 orang satu bilik. Makanya, kitorang yang 5 orang ni kena la amik dua bilik.. Hahaha... Dan setiap bilik pula ada bilik air sendiri.

Dekat sini ada beberapa jenis cabin/ chalet yang disediakan, dan harga bergantung kepada jenis cabin. Ada cabin yang untuk dua orang je (macam untuk honeymoon je?), ada yang besar siap ada dapur, ada ruang tamu, kawasan untuk ber-BBQ.







Ni main office dia.



Pintu gerbang dia yang aku nak sangat tengok in real life ni. Sebab aku dah tengok awal-awal dalam internet, sungguh jatuh hati saya pada pintu gerbang ni... hahaha. Dengan bunga rosnya yang banyak gila tu. Haihh.. melting :*



Ni jalan menuju ke Mount Kinabalu Golf Club. Sebelah KV ni je.. Jalan kaki pun boleh. Kat depan tu la Gunung Kinabalu. Dekat tak dekat tak dekat tak??? Waktu ni ada la dalam jam 6:30 pagi kot. Ingat ye! Waktu kat Sabah ni cepat lebih kurang satu jam dari Semenanjung, tapi jam tetap sama sebab dah standardized dalam Malaysia ni. Tak perlu kot nak explain benda ni? Semua dah belajar kot masa kat sekolah dalam subjek Geografi dulu.. Sapa taktau, boooo! Hahaha. So yang penting, kena cakna sikit dengan perubahan waktu solat ya ya..



Okay now nak highlight the main attraction kat KV ni, which is bunga-bunga dia!















Subhanallah cantik gile kan? Best gile tengok bunga-bunga tumbuh sehat-sehat je sini.. bestnyaaaa banyak bunga! Whyyyyy bunga taknak tumbuh di tempat panas.. whyyyyy :'(



Mount Kinabalu Golf Club



Ni kat kawasan MKGC ni actually. Boleh je nak lalu nak lepak-lepak kawasan ni. Cantik sangat!



Ni pokok pine kan? Ala kalau tak pun, lebih-lebih kurang gitu la. Hehe. Cantik juge!!!

Dari Kiram's Village ni nak ke pekan Kundasang, takde la jauh mana pun. Ada kot dalam 15-20 minit camtu? Mungkin la. Tapi cam berbaloi la dok sini sebab surrounding dia best, bukan kat tengah pekan. Oh lupa nak cakap, masa kitorang stay kat sini haritu, ada krew-krew penggambaran drama gak yang stay sini. Ada la beberapa artis ada haritu, tapi aku tak amik port pun. Kalau Aaron Aziz atau Lisa Surihani atau Tiz Zaqyah dejavu di kinabalu mungkin aku akan melompat kat diorang wahahahahahaa

Dari segi facilities pulak, KV ada menyediakan cafe kat situ, so pagi-pagi boleh la pi melantak roti canai kat situ. Seingat gua la, sekeping RM 1.80 kot. Dari segi facilities bilik pulak, harap pihak pengurusan boleh tingkatkan lagi kualiti dalam memberikan keselesaan yang tiptop kat pengunjung. Yang lain-lain okay dahhh. Oh, kadang-kadang ada anjing jugak melintas-lintas kawasan ni. Taktau anjing siapa atau anjing dari manakah. Haha.

Okay la tu je nak cerita. Sedeh lagi ni sebab entry yang first tulis tadi sebenarnya lebih berkualiti dari yang ni huhu T_T

Thanks membaca! Assalamualaikum!