Order Guidelines

Tuesday, June 30, 2015

PRELOVED BOKITTA HIJAB TO LET GO!

Salam,

hai iliana is back! Just a short announcement. I'm letting go my Bokitta hijab here. Of course for a much cheaper price!
Reason for selling: I rarely wear it. Condition is reallyyy gooooood. 9/10. i would give it 10/10 actually haha but because it's preloved, then 9/10 it is :P
Colour: dark blue with small red flowers motive.
Material: Chiffon outside, and cotton inner inside. It's double-layered so you dont need to wear a separate inner.
It is the Chic series, and labuh. I don't remember it but there's 2 sizes for each series of bokitta isn't it. So for Chic series, this is the longer size. Insha Allah will cover your chest.

WITHIN MALAYSIA (EM/WS) ONLY ;)
Whatsapp me at +60175091678 if you are interested. Serious buyer only please. Dont play with a financially desperado dental student like me will ya? Lol bye-bye!

THE ONE AT THE RIGHT OKAY! Blue with small small red flowers.

Sunday, November 9, 2014

Black & White

Assalamualaikum
Haritu aku ada join Black & White Challenge setelah nominated oleh kawan aku. Mula-mula aku ingatkan kena post gamba yang memang originally amik dengan B&W mode, tapi kawan aku kata boleh je edit gamba berwarna jadi B&W, so I accepted the challenge!

Challenge ni disertai melalui facebook. So just upload gambar kat facebook beserta caption "Got nominated by bla3... Now nominating bla3 to post a black and white shot for 5 days and nominating someone else on each day. #BW_Challenge"

Hashtag tu harus ada k. Kita perlu post gambar pada hari-hari yang berlainan, satu gambar setiap kali post, untuk 5 hari. Not necessarily kena post setiap hari la. Just post bila korang free dan ada mood. Mood tu penting k. Haha

Aku sebenarnya agak suka dengan B&W. The thing about B&W photos ni kan, bagi aku senang nak bagi gambar nampak outstanding. Kalau gambar berwarna, kadang-kadang nampak biasa tapi bila in B&W, nampak lawa dan senang nak bagi gambar nampak lebih dramatik. That's one thing why I like B&W photos.

So kat sini aku nak share a few photos yang aku dah pilih untuk upload ke FB dalam #BW_Challenge ni. Dan aku include sekali original photos untuk comparison. Saja jaaa nak bagi orang tengok coloured and B&W versions. Haha






















#1 Kapu Beach, Karnataka, India

Gambar original untuk shot ni personally is one of my favourite shots. Sebab aku suka. Tu je reasonnya. Hahaha

Taken using Nikon 1 J1 10-30mm



 

#2 Yellow Lotus at Dal Lake, Srinagar, Kashmir

Gambar ni diambil waktu naik shikara (pengangkutan utama di Dal Lake) waktu petang-petang. Tenang sangat! Huwaa rindu Kashmir :'(

Taken using Samsung Galaxy S3






















#3 A Baby Boy From Matayen Village

Matayen Village ni satu kampung yang agak isolated dari kawasan ramai penduduk. Sebab kampung ni terletak kat lereng-lereng gunung, on the way to Ladakh. Kampung ni supah lawa, one of the best places I have been to. Selain tu, gambar ni jugak adalah one of my favourite shots. Budak ni pulak dah la comel, wangi lak tu. Aku sempat mintak kebenaran mak dia untuk cium dia hahaha

Taken using Samsung Galaxy S3






#4 Hand-to-Hand

A cute squirrel found in..... Taman Negara Kinabalu! Memandangkan kamera aku tak power, so bokehnya pun tak power la kat background gambar ni. Tak ingat la apa kategori bokeh camni, pernah baca dulu tapi dah terlupa. Kiranya bukan bokeh yang bagus la. So bila tuka jadi B&W, aku terangkan sikit background so that tak rosakkan fokus pada subjek.

Taken using Nikon 1 J1 10-300 mm





#5 St. Philomena's Church, Mysore, India

Gambar ni pada aku biasa-biasa je asalnya. Tapi bila dah tuka B&W, macam jadi menarik pulak. Langitnya nampak extra dramatic, tambah lak dengan subjeknya bangunan church yang architecturalnya ala-ala zaman gothic. Read more about this church's architectural on the net ya. Menarik!

Taken using Nikon 1 J1 10-30 mm



Gambar-gambar extra:



#1 The Sky Lantern Project

Event ni akan diadakan setiap kali musim Diwali di Manipal, India. Tempat kampus kitorang dulu.. Hehe. Akan diadakan pada waktu malam di padang Endpoint. Aku pernah cover story pasal event ni dulu. Sila rujuk travelogue India di sidebar kanan blog --->

Taken using Samsung Galaxy S3





#2 Sunset at Agra Fort, India

Agra Fort ni terletak di Agra, India. Berdekatan dengan Taj Mahal jugak. Ni pun one of my favourite shots.

Taken using Nikon 1 J1 10-30 mm

Okay tu sesi sharing gambar-gambar kite! Thank you for viewing this hehe =)


Saturday, November 8, 2014

To This One Anonymous (Too Many Anons Unfortunately)

Assalamualaikum

Rasa absurd gila bila tau people actually still do read my old blog post yang kadang-kadang aku dah tak ingat pun. Aku mengaku la kadang-kadang memang aku ada tulis post kritikan, which aku jarang gila buat kat blog ni, selalunya aku akan kritik dalam hati je. And bila aku kritik tetiba dalam blog, memang diakui expression aku melalui penulisan memang nampak agak emo kot? Haha. Tapi tu la, benda yang jarang aku buat, bila sekali buat, memang uncontrollable. LOL

And aku rasa aku dah bersihkan dah blog aku dari unnecessary emotional posts, tapi ada tertinggal satu lak, and unfortunately itu la yang ditemui oleh seorang Anon. I wonder jugak how on earth dia boleh terjumpa post yang satu tu jugak. But untuk bersangka baik, maybe dia google something and terjumpa post tu la kot. Anyway Anon, untuk kesejahteraan masyarakat saya telah pun mendelete post tu.. Sebenarnya post tu takda pape pun, it's just a critic from a customer to a shopping mall yang tak menyediakan tempat solat temporary untuk pengunjung time tengah renovation. And aku tak sentuh langsung pasal kritikan terhadap pekerja. Aku rasa dia salah sangka aku bengang kat pekerja mall tu kot. Padahal pekerja-pekerja mall tu baik kot cuba tolong aku. The thing is that, aku kritik mall tu. Sebab pelik la kat Malaysia mall sebesar tu takleh sediakan surau temporary, at least satu bilik kecil pun jadi la, and itu yang membuatkan aku questioned, camne kebajikan pekerja dijaga kalau macam tu, sebab ramai je pekerja muslim kat situ. So Anon, I hope you dont get me wrong if you happen to find this post.

Forget about that. It's just the younger me. Everyday we are turning older, and hopefully wiser. So forgive me okay, Anon? Thank you for visiting.

Hype, The Clinical Year Is Officially ON! Part 2

Assalamualaikum.
Hi Iliana datang lagi! Blogging ni sekali datang mood, sangat berkobar-kobar perasaan nak update blog, maka terhasillah part 2 entri pasal masuk clinical year! Zzzz

Anyway, rasanya dah banyak kali kot aku mention dalam blog ni yang clinical phase kitorang adalah di Melaka. 2 tahun preclinical phase kat MMMC Manipal campus, dan another 3 years clinical phase kat MMMC Melaka campus. So, aku dah officially menetap di Melaka for at least another 3 years! Insha Allah, moga 3 tahun at most je lah. Sebab kalau lebih than 3 years, meaning.............
ada sangkut. K. Mohon dipermudahkan bagi kita semua aameen.

Iliana berazam nak tulis pendek je untuk entri ni. Ganbatte! hehe


Walaupun duduk di Melaka, kotaraya yang penuh dengan tempat-tempat pelancongan dan mencuci mata melihat pelancong asing (kalau ada yang kacak la hihi), tapi aku sangat jarang keluar. Yela sebab kitorang satu rumah (aku, Yani dan Aida) takda transport masa awal-awal duduk sini. So memang agak terbatas pergerakan memandangkan rate teksi kat sini sangat mahal! I mean, kat sekitar Bukit Baru (area kolej kitorang dan tempat kitorang tinggal) pun boleh dicaj RM15 walaupun ke destinasi yang aku kira sangat dekat. Mungkin agak bias comparison aku ni, tapi Seremban pun bandar gak, tapi jauh lebih murah (aku compare dengan Seremban sebab 2 tahun dok Seremban masa buat foundation dulu memang teksi adalah pengangkutan utama budak-budak KMS). Standard RM7 je nak gi memana. Hmm sebabnya pada hemat aku (ceyy) Bukit Baru ni bukannya tempat tumpuan pelancong, macam Seremban la gak suasananya, tapi harga teksi sangat mahal T.T I iz student yang tak berkemampuan T.T

Yela bayangkan la, contohnya kalau nak gi Melaka Sentral yang dekat tu pun dicaj RM15 untuk beli tiket balik Ipoh, tiket bas balik Ipoh lak plus minus RM37, then nak balik ke rumah balik, naik lagi teksi dan dicaj another RM15. Tak ke cam stress gilaaa tengokkan angka cost perjalanan nak beli tiket sahaja dah sampai RM30? Belum lagi campur dengan tiket Ipoh-Melaka lak. Hahahaahahaa *gelak kurang siuman*

Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan kehidupan kita dari semasa ke semasa sebab bersama kesusahan kan ada kesenangan? =') Now kitorang dah dipermudahkan dari aspek transportation, tq Yani :*


Oh bercakap pasal gi jalan-jalan kat Melaka, gambar kat atas tu baru like my first time keluar jenjalan dengan kawan-kawan BDS aku, tu pun tumpang naik kereta Adzrif hihi macih Adzrif dan Bal yang turut berkongsi duit minyak kereta ittew hehe.

So, at last aku dapat gak rasa cendol yang aku rasa agak popular la kat Melaka, which is yang situated opposite to bangunan merah Stadhuys tu. Aku tak pernah tau camne nak pronounce nama bangunan merah tu. Anyway, kalau gi sini, pleaseee makan cendol durian dia. Sedap ya amat. I'm not a fan of durian though I'm a pure Perakian lol, tapi cendol durian ni is totally an exception! Sedap gila weh. Harga RM3.20 tak silap aku. Not bad la. Kalau cendol biasa RM1.80.


7 November 2014
Community Visit ke Tadika Nur Balqis, Taman Merdeka, Melaka

Semalam, giliran kumpulan kitorang lak gi community visit. Dua kumpulan akan pergi setiap minggu, and satu kumpulan pergi ke tadika, dan satu lagi pergi ke rumah OKU. Group aku was assigned to go to this tadika.

Basically kitorang tak buat pape pun, just duduk dan tengok ada 3 orang kakak ni (mungkin wakil dari Kodomo Lion kot?) buat persembahan story telling kat budak-budak tadika ni pasal kepentingan menggosok gigi, mengurangkan pengambilan makanan manis, dan cara-cara menggosok gigi yang betul.


Tengok lah singa yang comel di tengah itu. Chia Hua, our classmate yang kena pakai tu lol. Mesti panas gilaaa pakai costume mascot Kodomo Lion tu hahaha.



 And then lepas kakak-kakak tu balik (selamba je aku letak diorang as kakak. Entah-entah sebaya hahahaha), budak-budak ni ditinggalkan dengan kitorang yang clueless taktau buat pape. Sebab takda preparation langsung. So ended up kitorang bantai je ajak budak-budak ni menyanyi, menari chicken dance guna music manual yang kitorang nyanyi sendiri (this one sadis gila), main London bridge is falling down, falling down, falling down yang aku tak pernah tau nyanyi lagu tu, tapi kena belajar on the spot dalam masa a few seconds sahaja. Fortunately la lagu tu senang dan ulang2 lirik yang sama je kakaka



Itu saja lah yang kitorang buat. Aku suka community visit camni sebab mengingatkan aku pada CAS (Creative, Action, Service) yang kitorang wajib buat masa zaman amik International Baccalaureate (IB) diploma kat Kolej Mara Seremban dulu. Tapi CAS dulu best la sebab memang akan buat preparation habis-habisan sebelum pegi. Ni, clueless habis semua orang hahahaha



Tu je update yang ringkas ini walaupun still panjang gak entry ni. Oh I just cannot :'(
Aku kan baru habis posting pedo, cam best lak kan layan main-main dengan budak-budak ni sampai berpeluh gila hahaha.

Kids. I love kids! I can handle kids! I can manage them! *kesan posting Pedodontics tak habis lagi*
Sebab macam susah gila je nak handle pedo patient dalam dentistry? Hmm =/
Thank you for reading.