Order Guidelines

Saturday, August 14, 2010

NOCTURNAL kate don

yeay ! hari ni mission yang saya dan rummate saya si Mia plankan telah berjalan dgn lancar skali ! plan kami dah memasuki fasa ketiga, bersamaan dengan 75% completed.

Fasa 1 : berjaga sepanjang malam
Fasa 2 : tak terlepas sahur !
Fasa 3 : solat Subuh awal waktu
Fasa 4 : dirahsiakan hehe..

best jugak berjaga sepanjang malam (or pagi) ni. mcm2 boleh buat. wifi pon dapat dengan cemerlangnya memandangkan ada sorang je penggunanya iaitu saya (kalau betul la sorang je haha). Mia dengan berukbandnya pun tampak gembira aja..mungkin laju juga memandangkan kadar orang yang on9 pakai berukband di dinihari adalah sangat2 rendah.

antara aktiviti saya ialah on9 dan belajar math. yaa..oleh sebab math xde buku lagi, kenalah cari inisiatif lain untuk belajar. so belajar la kat internet.
and then terbukak la satu website ni, www.tutorvista.com
kat website tu ada ramai la tutor orang putih ni yang available on that time. yala time kat negara dorang kan siang masa tu (or malam kot).
so cey saya pon kununnya nak tanya la pasal soalan math ni. dasar la, ada sorang tutor ni respon, n dia tanya nama dan grade saya. ala..kat malaysia mana ada pakai grade, so x tau nak gtau apa. nak gtau nama pun malas, so saya jawab, "for IB Math SL" . hahahaha mmg lari topik gile. and then tau x environment Doodle kat ym tu? kan boleh tulis2 pakai crayon tu kan? ha kat website tu pon dia ada sediakan satu kotak ni untuk menulis mcm tu, maybe senang la tutor nak mengajar kan. n tibe2 tutor tu tulis "Hi". saya rasa mcm,,,erm,,agak gelabah. HAHAHAHA. dan x tau apa nak buat lagi, terus tutup tab website tu. kakakaka

and then, sambil2 belajar math kat tenet, sambil tu baca gak blog pasal dajjal ni, kat
http://ksz-associate.blogspot.com. erm agak takut la kan baca malam2 ni, sampai nak pegi toilet pon ajak Mia. hahahaha.

haa..around 4:20 am tu, bunyi siren bersahur pon kedengaran.. cey semangat la ni nak gi turun sahur sebab dah 2 hari terlepas sahur. ini sangat bertepatan dengan objektif misi ini dalam Fasa 2. sebelum tu, saja2 la pegi bilik Wani+Nabila, tapi pintu bilik dorang berkunci. ketuk2 pon no respond. lepas tu pegi bilik Anis, tapi tengok2 katil dia kosong, so dapatlah saya concludekan di sini bahawa Anis berada di tingkat 3 bersama Haiza !! dan saya beserta Mia pon bergegas naik ke tingkat 3. tengok2 betul la hypothesis saya..selipar kuning Anis yang berglowing tu ada kat depan pintu bilik Haiza. dasar la..bila dikejut, Anis langsung x tergugat. Haiza pulak keep on uh..ahh..uh.. cit. Akhirnya Nad yang ada dalam bilik tu jugak yang bangun. lain target. hahaha.

lepas tu pergi balik ke bilik Wani+Nabila. ketuk3, akhirnya pintu dibuka oleh Amalina yang juga rummate dorang. tapi lepas tu dia sambung tido balik. so saya pon pergi la mengaau Wani dan Nabila. hehehe n dapat +ve feedback. dorang bangun! dan join kami turun ke DS.. ahha, Dayah rummate saya lagi sorang tu pon turun skali.

akhirnya makan..makan..makan..dan makan..kucing Misai kat DS tu agak kelaparan sebab ia sangat vigorous pagi ni. bagi la jugak ikan kat dia..lebih bagus kan..
haa..itulah ceritanya pada pagi ini. selagi ada wifi ni, BOLEH LAAAAH !! kirenye kite ber-online. hahahaha

*tentang Fasa 4 yang dirahsiakan tu, x perlu la tahu. HAHAHAHA

HAAAAA !! kami otw menuju ke Fasa 4 ! bye-bye !

No comments:

Post a Comment